Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Sayur Campur @ Masak Air

Kalau di Terengganu, orang panggil Masak Air sebab resepinya mudah. Warna air yang dimasukkan pun tak berubah sangat berbanding kalau masak rendang, gulai or sambal. 100% berubah warna air yang dimasukkan kan? (pandai jer ie reka cerita~ hakhak)

Ini resepi ke-2 hari ini. Ayam Masak Halia ialah masakan kering. Kuahnya hampir tiada. Jadi untuk dapatkan kuah eloklah kita masak Sayur Campur aka Masak Air ni. Sayur yang digunakan pun lebihan sayur buat tomyam semalam. Opps entri tomyam tak pernah post pun. (Belum sempat nak snap gambar, dah telan! Cmno nak masuk blog? huhu)

Porsi: 1-2 orang

Bahan:
  1. 1/2 - 1 ulas bawang besar (kalau bawang terlalu besar, guna separuh sudah lerr)-Mayang halus
  2. 2 ulas bawang putih-diketuk@dihentak
  3. Seketul isi ayam dihiris nipis
  4. 5-7 biji lada hijau (boleh ganti dengan lada hitam jika suka)
  5. 1 putik jagung
  6. 1/2 batang lobak merah
  7. sedikit bunga kobis (tak tahu nak sebut banyak mana. terpulang lah. huhu)
  8. secawan ++ air
  9. 1/2 ++ camt garam
  10. 1/2 camt gula
  11. Sedikit minyak untuk menumis
Kaedah:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan putih. Goreng hingga berbau wangi. Masukkan isi ayam dan biarkan hingga berubah warna.
  2. Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan lada, garam dan gula.
  3. Masukkan jagung dan lobak yang telah dihiris nipis.
  4. Masukkan bunga kobis yang dipotong sederhana kecil
  5. Gaul bersama. Rasa dan sedia dihidangkan.
Mudahkan. Ie belajar masak resepi ini melalui pemerhatian je. Tu pun jeling-jeling jer time mak masak. (Maksudnyer bukan tak sudi tapi time tu bukan serius nak belajar masak pun. Alih-alih kerja jauh dari family, terpaksa juga memasak. huhu) Kalau malas sangat nak masak or dah terlalu lapar, tak payah fikir lama, terus masak ni je. Senang dan cepat. Selamat mencuba~

Ayam Masak Halia



Hari ini buka peti, tengok isi ayam aje yang tinggal. Bahagian isi dengan tulang dah habis guna. Ingat nak buat sup tapi bahagian isi tak sedap dimasak sup. Jadi tengahari tadi ie masak ayam masak halia. Resepi asal dari koleksi resepi subjek makanan dan pemakanan di UTM dulu. Jom try buat!

Porsi:
1-2 orang

Bahan:
  1. 200g isi ayam/ 1 bahagian ayam
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 2 inci halia
  4. 2 helai daun bawang (ie abaikan)
  5. 1/2 camt minyak jagung* (tiada jadi ie ganti dengan minyak masak cap buruh tu hah)
  6. 1/2 camt ++ minyak bijan*
  7. 1/2 camt sos tiram
  8. 1/2 camt kicap manis
  9. 1/2 camt garam
  10. 100 ml air
Kaedah:
  1. Isi ayam dipotong dadu. Cuci dan toskan.
  2. Halia dan bawang putih dikisar/dicincang halus.
  3. Ayam dimasukkan ke dalam mangkuk bersama halia, bawang putih, minyak jagung, minyak bijan, sos tiram, kicap manis dan garam. Gaul rata dengan menggunakan sudu.
  4. Perap ayam bersama bahan tadi selama 15 minit.
  5. Panaskan kuali dan masukkan ayam sambil dikacau rata.
  6. Masukkan air dan biarkan hingga ayam masak dan kering.
  7. Jika menggunakan daun bawang, potong daun tersebut 1 inci panjang. Masukkan daun tersebut ke dalam kuali dan gaul sebentar.
  8. Sedia dihidangkan.
Ini cara buku. Mak ie selalu jugak masak masakan ni. Ayam
Masak Halia resepi mak warnanya lebih cantik sebab tak guna kicap dan penggunaan halia lebih banyak. Entri di lain hari nanti ie masukkan resepi Ayam Masak Halia resepi air tangan bonda ie ye. hee~

juadah tengahari orang bujang. Jom makan! :P

Tuesday, October 11, 2011

Sebuah Persahabatan

Hubungan ini
Kadangkala mengecewakan
Kadangkala membingungkan
Kadangkala menyakitkan
Bersahabat
Tetapi sendirian
Dekat tapi berjauhan
Hati tertanya-tanya
Apakah salah diri
Di mana silapnya
Oh Tuhan,
Sakitnya sebuah persahabatan
Andai tidak bersulam keikhlasan

~19 Jun 2011, Tampin~

Monday, October 10, 2011

Cucur Ayam


Petang-petang sedap pekena cucur atau kuih bergoreng kan? Mmm.. dulu masa kecil2, petang masa untuk bermain. Sekarang dah tua ni, duk kat rumah aje. Kemudian mula lah perut berkeroncong. Nak tunggu makan malam lambat lagi. Jadi selalu lah memikirkan juadah minum petang.
Petang ni ie buat Cucur Ayam. Asal resepi ini adalah daripada idea adik ie, Nanieytj. Dia ni sangat suka kan ayam berbanding ikan. Semua ikan akan bertukar menjadi ayam kalau dapat kat dia. Dulu mak selalu buat cucur ikan bilis atau cucur ikan. Tapi bila Nani sudah mula memasak, suatu hari dia buat cucur dengan menukar ikan kepada ayam. Sedap woo...
Hari ni cucur Nani menjadi salah satu kegemaran kami adik-beradik. huhu... Ok, jom tengok bahan-bahan dan kaedah membuatnya.

Bahan-bahan:
  1. 1 bahagian ayam
  2. 2 biji ubi kentang
  3. 2 biji bawang merah (jika suka)
  4. 1 biji telur
  5. 300g ++ tepung gandum
  6. 1 camt garam
  7. 1/2 camt serbuk lada hitam
  8. sedikit air
  9. minyak untuk menggoreng
Kaedah:
  1. Ayam dibuang tulang dan isinya dipotong dadu. Bersihkan.
  2. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu.
  3. Bawang merah dihiris nipis. Boleh juga guna bawang besar.
  4. Masukkan ayam, ubi kentang dan bawang ke dalam mangkuk adunan.
  5. Pecahkan telur dan kacau dengan menggunakan sudu.
  6. Tambahkan gandum, garam, lada hitam dan sedikit air. Jika adunan keras, tambahkan air. Jika sebaliknya tambahkan gandum. Kacau adunan hingga rata.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali. Sudukan adunan tadi satu persatu.
  8. Goreng hingga warna kekuningan. Angkat. Sedia dihidangkan panas-panas.
Porsi: 2 orang
~Enak di makan bersama sos cili dan mayonis. Selamat mencuba~

Friday, October 7, 2011

Nasi Goreng Kampung



Pertama-tama sekali ie nak pesan; jika anda tukang masak or orang yang pro dalam masak-memasak hati-hati bila baca entri di bawah label baru yang ie perkenalkan ni. Ie risau korang rasa seperti ini; "huh, kacang jer! tu pun nak ajar ker." hukhukhuk.
Nah, entri ini khas buat semua yang tak tahu masak tapi ingin belajar memasak atau cuba memasak. Dibawah label Resepi Bujang ini, ie akan kongsi kan beberapa masakan yang ie masakkan menggunakan resepi sendiri mahupun dari beberapa sumber (kalau ie guna, nanti ie link kan kepada resepi sebenar). Semuanya resepi simple2, menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan dimasak dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Actually ie tak pandai memasak pun sebab tu ie fikir banyak kali untuk post entri berkaitan masakan ni. Tapi tak apa, yang penting ada minat dan tak pandai memasak bukan bermakna tidak boleh memasak kan? Apa yang penting ada kesungguhan. Jom kita cuba memasak!

Resepi pertama yang ie nak share ialah nasi goreng kampung. kihkihkih... punye lah lawak resepi ko nak ajar iera insyirah! :P
Layan je lah~

Bahan-bahan:
  1. 1 ulas bawang putih
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1/2 genggam ikan bilis
  4. 1/2 potong fish cake
  5. 1 camt lada kisar
  6. 3-5 tangkai cili padi
  7. 1 biji telur
  8. sedikit kicap cair
  9. garam dan gula secukupnya
  10. nasi putih semangkuk
  11. Sedikit minyak
  12. 5 batang kangkung

Kaedah:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi. Masukkan lada kisar. Goreng hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis dan fish cake. Kemudian, tambahkan garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan nasi. Gaul nasi dengan rencah tadi menggunakan sudip dan sudu besar supaya mudah rata. (Pastikan nasi tidak berketul).
  4. Tempatkan nasi di sebelah kuali dan tahan menggunakan sudip. Di sebelah lagi, pecahkan telur dan biar ia masak sedikit. Kacau telur tadi dan gaul bersama nasi.
  5. Tambahkan kicap cair dan rasa. (jika tawar, tambahkan lagi kicap cair/masin. Jangan ditambah garam)
  6. Akhir sekali masukkan cili padi dan kangkung yang sudah dihiris dan gaul bersama nasi. Biar kangkung sedikit kecut.
  7. Tutup api dan sedia di hidangkan.
Porsi Hidangan: 1 orang sahaja :p

*Sedap dimakan bersama keropok ikan ataupun telur mata lembu.

Sunday, September 11, 2011

PERSAHABATAN

Menjalin persahabatan tidak semudah memperkenalkan diri... Persahabatan sejati adalah yang jujur dan luhur dari hati tanpa secubit pun perasaan iri dan dengki... Bersahabat lah dengan seikhlasnya... Jangan dibayangi dengan perasaan akan tewas dengan kehebatan sahabat sendiri~

Saturday, September 10, 2011

Raya 1432H

Ramadhan berlalu.. Syawal juga sudah hampir surut kemeriahan. Namun aktiviti ziarah menziarah masih diteruskan.

I’dilfitri tahun ini, 1432H adalah tahun pertama ie menghulurkan duit raya hasil titik peluh sendiri. Asalnya ie memperuntukkan RM450 hanya untuk duit raya. Tapi akhirnya sedikit demi sedikit ie terpaksa tarik semula memandangkan banyak pula duit diperlukan untuk tujuan lain.

Mak dan ayah sendiri hanya RM50 masing-masing dapat ie hulurkan. Adik-adik pula RM10 seorang dan untuk semua kanak-kanak termasuk sepupu-sepupu dan pelajar-pelajar setiap seorang RM1 sahaja. Akhirnya jadilah duit raya yang ie keluarkan hanya dalam RM250. Memang sedikit. Apa pun yang penting keikhlasan kan. Insyaallah tahun hadapan andai diberi rezeki lebih akan ie tambah nilai duit raya nanti.

Dulu tengok orang hulur duit raya macam senang je kan. Dan yang nampak susah mestilah yang menerima. Malu-malu kucing beb. Malu tapi mahu. Huhu.. Tapi bila tiba giliran ie hulur duit raya baru ie tahu bagaimana perasaannya. Susah sebab tak tahu bila masa paling sesuai untuk ie bagi. Kalau bagi awal bimbang pula dianggap menghalau balik lah tu. Kalau bagi lewat, alih-alih kat tangga rumah baru bagi duit raya.


Itu part menghulur. Kemudian mengenai sampul duit raya tu pula. Paling terkilan, sampul duit raya yang ie beli 10 sen setiap satu tu dikoyak depan mata untuk dikeluarkan isinya. Aduhai sayangnya. Duit RM1 yang keluar dari sampul tu pun memalukan. Yelah hari ni rata-rata paling kurang orang bagi RM2. Uit, yang penting ikhlas! Apa pun ie maafkan je budak-budak. Tak kisah lah. Nama pun budak kan..

Sekarang sudah 10 Syawal. Kembali bekerja. Rumah depan sekolah aje dan ramai pelajar sedia maklum yang mana satu rumah Cikgu Iera. So, awal-awal lagi ie dah siap warning, siapa datang tanpa beritahu dulu, cikgu tak akan buka pintu. Rombongan pertama datang, ie terima sebab tiga hari sebelum datang mereka sudah maklumkan. Malam sebelumnya dapat lah ie bancuh sunquick siap-siap. Diorang pun datang selepas waktu persekolahan. Jadi masuk je dalam rumah, keluarkan minuman dari peti sejuk terus diorang dapat minum dan ie pun dapat hilangkan dahaga sekali.

Rombongan kedua datang mengejut. Tiba-tiba “assalamualaikum.. assalamualaikum…” depan pagar rumah. Memang dalam amaran ie tak akan buka pintu tapi masalahnya, adik ie, Si Nani yang datang hujung minggu ke rumah sewa ie ni, sesenang hati buka pintu rumah seluas-luasnya. Budak dah tengok pintu rumah terbuka, mesti lah dah set dalam fikiran diorang yang mesti ada tuan rumah ni. Sudah lah yang datangnya budak-budak lelaki. Kelam kabut kami capai tudung dan kemaskan apa yang patut. Rumah tak adalah bersepah tapi biasa lah rumah kecil bila banyak barang kat luar still nampak bersepah. Huhu…

Esok ada rombongan ketiga nak datang. Awal-awal dah beritahu. Siap minta buatkan mee goreng untuk diorang. Banyak cantik! Awak ingat rumah cikgu ni ada kuali besar? Pinggan banyak? Nasib baik Nani rajin nak buatkan popia untuk korang. Bertuah korang dapat cikgu yang ada adik rajin macam Nani ni tau. Actually sebelum balik ke Tampin selepas cuti raya baru ni ie telah menempah 30 biji ketupat daun palas untuk tetamu yang datang beraya kat sini. Memandangkan diorang nak datang hujung minggu, maklum kan pula pada ie, jadi esok cadangnya nak goreng kan lah untuk diorang ketupat telur paling kurang sebiji sorang.

Ini lah antara cerita raya yang dapat ie kongsikan kali ini. Memandangkan blog pun dah lama sepi tanpa entri baru, ie rajin-rajin kan diri menulis tentang cerita terbaru ie ini. Apapun Salam I’dilfitri 1432H buat semua pembaca blog Selembut Bayu di Hatiku. Mohon maaf andai ada penulisan ie yang mencuit hati atau mengguris perasaan sesiapa sahaja. Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin~

Diam Diam Jatuh Cinta




Diam-diam berpandangan
Mata bertentang mata
Malu-malu aku malu
Kau buat begitu
Jeling-jeling kau menjeling
Senyuman mengoda
Lama-lama dalam diam
Aku jatuh cinta…

Thursday, September 8, 2011

MEMASAK

Aku ni jarang memasak. Apatah lagi lauk pauk untuk dimakan bersama nasi. Mungkin aku tidak terlalu di kerah ke dapur ketika zaman muda remaja ku. Bahkan teh suam selalu sampai ke meja di bilikku ketika aku sibuk menelaah pelajaran masa zaman sekolah dulu. Mak tak melarang untuk turun ke dapur membantu dia dan dia juga tidak memaksa andai kami adik beradik tidak menghulurkan tangan.
Memang bertuah dapat mak aku ni. Lebih beruntung, ayah kami pun pandai masak. Hujung minggu memang dapur macam tongkang pecah kalau ayah turun memasak. Time tu, mak jadi pembantu aje. Uish.. ayah sama terror dengan mak tapi bab-bab kudrat, ayah lah yang lebih. Hehe… Kalau ada kenduri kendara saudara mara, ayah selalu dijemput jadi kepala tukang masak. Wah, class gitu! Untung… untung…. untung dapat mak ayah pandai memasak. Dan aku sebagai anak memang bangga. Cuma yang tak best nya buat masa ni, ilmu mereka belum dapat aku warisi sepenuhnya. Baru bertatih. Huhu..



sumber: google



Dulu mula-mula aku start masak adalah kuih raya. Time tu aku form 1 or 2. Aku buat sendiri dan bestnya 'menjadi' walaupun hanya menggunakan oven butterfly tu. Korang tau tak oven ni macam mana? huhu... Oven ni guna dapur gas jer tau. Ia macam kotak yang diletak di atas dapur dan haba dapur terperangkap dalam oven ni.

Berbalik pada cerita tadi, paling menjadi kuih mama carries. Hoho… Masa baca resepi dulu memang susah (bagi aku yang masih budak-budak lagi lah time tu) especially nak buat krim kat atas tu. Tapi Alhamdulillah. Last-last menjadi. Then, aku pun stop memasak yang sendirian berhad punya. Kalau ada pun, setakat bantu orang lain kat rumah memasak, atau masak benda-benda yang ringkas aje.

Aku focus study dari PMR. Kemudian SPM. Selepas tu, aku mengikuti PLKN, Matrikulasi dan lastly aku ambil degree di UTM. Jangan tak tahu, aku belajar masak lauk-pauk di universiti. Universiti, ok! :D

Kemudian time praktikal kat Batu Pahat, adalah juga aku masak. Tapi lauk pauk budak praktikal lah. Sardine, telur, ayam bersalut tepung yang dah siap tu(ni akak yang sewa serumah dengan aku selalu beli).. masak kicap.. masak air.. itu aje lah.

Tamat pengajian akhir April lalu, aku pun jadi lah penganggur terhormat. Duduk rumah, tengok tv, makan, tidur… search internet pun jarang-jarang. (aku tak pakai broadband, rumah aku pun tak ada guna sambungan internet..) Mula lah timbul minat aku untuk turun ke dapur. Tapi bab-bab lauk pauk ni memang aku tak berapa nak boleh lagi lah.

Pertama, sebab mak ayah aku memang dah pro. Kalau diorang masak setakat 15-20 minit, aku mahunya sejam baru siap. Second, aku tak berapa nak suka sikit main kunyit, bawang putih, nak cari-cari rempah. Nak mesin kelapa guna mesin parut tu pun aku takut. Seumur hidup aku tak pernah buat lagi kerja merbahaya yang satu ni. Insyaallah satu hari nanti aku suka dan akan buat lah semua ni kot. Huhu…

Actually aku ni minat masak pembuka selera dan pencuci mulut aje. Appetizer and dessert, orang putih cakap. Lagi.. aku suka buat kek walaupun agak susah lah orang cakap. Huhu.. Sebabnya masakan yang lain pun, aku suka juga cuma jarang memasaknya kerana dah ada yang lebih pakar. Macam kek, pudding, kuih muih ni.. mak ayah aku jarang nak membuatnya. Diorang tak berapa gemar sebab leceh dan kata mereka itu semua makanan ikut musim, ikut mood je orang makan. So kalau aku masak ni, kira aku pun dah ambil part lah memeriahkan dapur, baru lah lengkap kan. Hehe…

Oleh sebab blog ni, dah jarang-jarang aku masuk. Time masuk pun tak tahu nak cerita apa. Idea puisi semua dah hilang sebab tunggu internet lambat sangat. Jadi aku ingat nak mula memuatkan resepi-resepi masakan aku lah. Asal resepi aku cedok dari orang lah. Belajar kan. Nanti aku akan taruk lah sumber asal. Aku ni bukan nye perompak cetakan and karya orang. Cuma bezanya mungkin pengalaman aku membuatnya sendiri berbeza dengan pencipta asal.

Mungkin ada pengubahsuaian time aku masak kan. Itu lah yang akan menjadi karya-karya baru dalam blog ini nanti. Tapi tak boleh nak janji juga sebab family aku ni jenis, masak jer terus makan panas-panas. Aku pun salah seorang jenis macam tu. Dah masuk mulut, baru ingat nak tangkap gambar. Uwaaa.. jem lah angan-angan aku nak share resepi kat blog lau macam tu.



Harap aku tak lupa lah kan. Ok lah setakat ini dulu. Insyaallah resepi pertama akan muncul as soon as possible. Adios.

Sunday, August 21, 2011

Namaku Bukan Maria

Novel ini bukan lah kegemaran ie. Tetapi sebab tertarik dengan kisahnya yang di adaptasi dari kisah benar Natrah, ie redah kan jua membacanya. tetapi pengakhirannya menghampakan. Cerita ini tergantung lah pulak. Walau bagaimanapun karya ini kaya dengan bahasa-bahasa sastera. Penggunaan pantun yang jarang ditemui dalam novel-novel moden memberi kelainan pada 'Namaku bukan Maria'.





Apapun berikut adalah salah satu petikan kata-kata Natrah dalam novel ini;
"Sekiranya di beri pilihan,saya mahu suami yang ada agama. Tidak kisah jika tiada rupa atau kurang harta. Suami yang lengannya boleh menjadi pelindung di siang hari dan menjadi bantal pelapik kasih pada malamnya. Suami yang boleh dirujuki jika terkhilaf memahami agama. Suami yang boleh menjadi penyelamat jika ada musuh yang mahu berbuat khianat."

Best kan?

Ie pun mahu seperti pilihan Natrah itu. Kalau diberi pilihan lah. Huhu...


Saturday, August 6, 2011

Padamu Ku Bersujud


When you feel all alone in this world,
and there's nobody to count your tears,
Just remember,
no matter where you are,
Allah knows.

Saturday, May 28, 2011

RAPUH


Detik waktu terus berjalan,
Berhias gelap dan terang,
Suka dan duka, tangis dan tawa,
Tergores bagai lukisan,
Seribu mimpi, berjuta sepi,
Hadir bagai teman sejati,

Di antara lelahnya jiwa,
Dalam resah dan air mata,
Ku persembahkan kepada Mu,
Yang terindah dalam hidupku,

Meskipun rapuh dalam langkah,
Kadang tak setia kepada Mu,
Namun cinta dalam jiwa,
Hanyalah pada Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri Mu yang bertakhta

Sunday, May 15, 2011

MUNAJAT KU PADA MU

Semakin menginjak dewasa... semakin banyak kisah sedih yang ie temui...
Ie tahu itu semua cara Tuhan menguji...
Sebab tu, bila kesedihan datang, hanya dengan munajat pada Tuhan dapat menghilangkan perasaan itu.

Tuhan, kuatkan lah aku menghadapi semua ujian Mu. Janganlah sesekali biarkan aku lalai dan terleka dengan dunia ini, kerana pasti ajal itu akan tiba walau lambat mahupun cepat. Aku hanya mahu mati di jalan yang Engkau redhai, sebagai hamba Mu yang beriman dan bertaqwa hanya pada Mu. Amin ya Rabb~

Shoutul Amal - Guruku.wmv


Aku memulakan pelayaran internet ku pagi ini di laman youtube. mendengar beberapa buah lagu berkisar tentang guru. Sungguh banyak lagu yang mendendangkan pengorbanan guru. Salah satu aku share kn di facebook. Untuk blog pula aku terus mencari sehingga lah bertemu video lagu ini. Sama-sama kita dengarkan sempena menyambut hari guru 16 Mei 2011 esok.

Tiba-tiba hp ku berdering. Panggilan masuk dari mak su. Mak su sampaikan satu berita tentang Kamal.

Kamal adalah anak saudara mak su. Mak Su pula adalah isteri kepada bapa saudara ku, Pak Su. Ketika aku di tahun 1 pengajian di UTM, aku pernah kemalangan. Oleh kerana kecederaan ku tidak teruk, maka aku tidak balik ke Terengganu. Melalui Kamal, mak mengirimkan keropok sira. Aku tahu sebenarnya supaya Kamal dapat lihat keadaan aku. Jadi dia dapat mengiyakan kepada ibu bapa ku, yang aku tak apa-apa. Ketika itu Kamal sudah di tahun akhir pengajiannya dalam kursus pendidikan Kimia.

Tiga tahun kemudian, aku bertemu buat kali ke-2 dengan Kamal pada 2010 ketika majlis perkahwinan adik Mak Su. Beberapa bulan lagi, Kamal bakal melangsungkan perkahwinan dia pula. Ketika itu, dia sudah bekerja sebagai guru di Sarawak manakala aku berada di tahun akhir pengajianku.

dan baru sebentar tadi, berita yang Mak Su sampaikan adalah Kamal sudah meninggal dunia. Dia rebah dan terus pergi. Innalillah...

Jenazahnya masih di Sarawak, dalam proses dibawa pulang. Arwah meninggalkan seorang isteri bersama seorang anak kecil yang belum pun berusia setahun. Walaupun hanya bertemu sebanyak dua kali, tapi sudah cukup mengenalkan aku dengan seorang manusia baik hati bernama Kamal.

Pemergiannya pasti meninggalkan kesan besar dalam keluarga beliau kerana sebagai anak sulung, beliau lah pengganti tunggak keluarga yang telah pergi dulu.

Ya Allah, tempatkanlah arwah dalam kalangan hamba-hamba Mu yang soleh dan bertaqwa. Ampunilah dosa dan cucurilah rahmat-Mu buat arwah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Kaya.

Budi yang baik di bawa mati. Terima kasih, Kamal.

Al-Fatihah buat arwah Kamal. Meninggal pada 15.05.2011 di usia 27 tahun.

Saturday, May 14, 2011

Jasa Bonda


Terima kasih mak. Atas segala pengorbanan mak, ambe berdiri di sini seperti hari ini. Tanpa mak, entah siapa ambe kini.
Mudah-mudahan Allah sentiasa mengampunkan dosa mak, mencurahkan rahmat-Nya buat mak, dibahagiakan mak dunia akhirat dan mengasihi mak seperti mana mak mengasihi ambe sejak dari kecil. Semoga hari-hari mendatang, memberikan ambe lebih banyak peluang untuk membahagiakan mak.
Selamat Hari Ibu, mak. Sentiasa menyanjungi dan menyayangi mu semalam, hari ini dan selamanya. Insyaallah.

Saturday, April 9, 2011

CATATAN DUKA SEORANG GURU

Mentari pagi memancar suram
Awan memutih penuh syahdu
Mengiringi pulang seorang anak muda
Ke pangkuan Pencipta yang berkuasa

Mesra dan riang sikapmu
Menutup semua kisah pilu
Gigih berusaha mencapai ilmu
Demi cita mu yang satu


Mutiara hati berpuluh guru
Rakan senda beratus taulan
Hari ini bersemadi tenang
Menyambut seruan Tuhan

Pergi mu menyambung duka
Luka dan pilu di hati ku
Ikhlas dan luhur jiwa mu
Kenangan hayatku


Al-Fatihah buat arwah adik Hasbullah yang telah pulang ke Rahmatullah pada malam 04.04.2011. Mudah-mudahan Allah menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Amin ya Rabb

Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes

Saturday, February 19, 2011

SEBUKU DAGING

Sedih...
Perasaan itu datang lagi
Menghuni lubuk hati
yang sunyi

Sedih
Memeluk kemas
Sebuku daging
Di dalam dada
Menyesakkan jiwa

Sedih
Perasaan yang sukar diungkap
Dengan kata dan tinta
Deraian air mata
Ceritakan segala.

created on 7/2/2011

Saturday, January 15, 2011

SEPI


Sudah lebih 3 tahun terlibat dalam dunia blog tapi entri kali ini adalah yang pertama ie pos kan bersama video. Haha... Ie memang akui yang ie tak tahu pun macam mane nak upload video dalam blog dan ie juga tak pernah nak ambil tahu sebab fokus utama ie dalam blogging ialah penulisan.

Tapi sebenarnya ie akui, video dan gambar dapat memeriahkan sesebuah blog. Di samping ia juga berfungsi merehatkan mata pembaca dari melihat tulisan terus menerus.

Terima kasih buat adik ie, Ayu yang ajarkan ie cara-cara masukkan video di blog. Rupanya share kat youtube bawa ke blog (fahamkah korang? Huu).. Mungkin ie sorang je kot baru tahu cara ni. hehe

Untuk video pertama ni, ie nak kongsikan lagu Sepi nyanyian Sixth Sense. Lagu ni menjadi tema cerita Ayoub kat tv3. Ie suka sangat cerita tu dan lagu ni pun kena dengan jiwa ie. Ayoub... masih ada kah lelaki sebaik mu?? Ekekekekk.. masuk bab jiwang pulak!

Dan video ini ie labelkan sebagai favorite song lah ye. Liriknya? Hah, video ni sebenarnya paparan lirik lagu sepi. So, click aje untuk melihat lirik sambil mendengar melodinya. :P

Ok lah ini aje entry minggu ini. Minggu depan masuk minggu ketiga ie bertugas di sekolah. Entah bila kan datang idea berpuisi, asyik melayan kenakalan anak-anak pelajar aje. Doakan ie boleh handle mereka dengan bijaksana ye. Amin... Huhuu...

Assalamualaikum~

Saturday, January 8, 2011

MINGGU PERTAMA JADI GURU

Wah, sibuk bebenor rasenya! Hari ini baru dapat rehat. Itu pun dalam keadaan was-was nak taip entri baru. Iye lah, banyak lagi resit yang belum ditulis, RPH untuk minggu hadapan yang belum disiapkan, persediaan menghadapi pengajaran lagi... owh, banyaknyerr!

Tugas paling besar adalah menjadi guru tingkatan untuk kelas 1B. Kutipan yuran yang tinggi memandangkan SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah bantuan modal, menyebabkan duit yang berpindah ke tangan juga menimbun. Nasib baik pengetua murah hati menawarkan peti besinya untuk menjadi tempat simpanan sementara aku menyiapkan resit. Huhu...

Cabaran paling besar ialah menghadapi karenah pelajar-pelajar di kelas belakang. Pelajar-pelajar kelas hadapan tak kurang hebatnya bersuara. Bising satu kelas tapi bila kita start P&P, automatik mereka diam dan memberi perhatian. Berbeza dengan pelajar kelas belakang. Tak kira masa P&P atau tak, mulut mereka tak pernah diam. Yang paling teruk, siap jalan ke sana-sini lagi seolah-olah aku tak ada di hadapan.

Untuk pelajar tingkatan 1, sekali basuh, dah terdiam tapi untuk pelajar tingkatan 2 dan 3... ish. minggu hadapan aku akan lebih berkeras dalam menguruskan mereka. Suasana dan persekitaran yang bising dan berserabut menyulitkan aku melaksanakan P&P di dalam kelas. Aku tidak mahu keadaan ini berterusan. Bantulah aku, ya Allah.

Selain menjadi guru tingkatan dan mengajar subjek Kemahiran Hidup Teknikal dan Sejarah, aku turut memegang tanggungjawab sebagai guru Kadet Polis, jurulatih Olahraga, guru Persatuan KH dan Keusahawanan serta guru kelab PPDa (PROSTAR). Setiap satu memerlukan komitmen yang berbeza.

Pekerjaan guru nampak mudah tapi sebenarnya hanya dengan satu kesilapan guru boleh merosakkan manusia keseluruhannya. Nauzubillah.... Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu ku dalam mendidik dan menyampaikan pengajaran yang bermakna buat pelajar-pelajarku agar menjadi insan berguna kelak. Amin...