Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Saturday, January 15, 2011

SEPI


Sudah lebih 3 tahun terlibat dalam dunia blog tapi entri kali ini adalah yang pertama ie pos kan bersama video. Haha... Ie memang akui yang ie tak tahu pun macam mane nak upload video dalam blog dan ie juga tak pernah nak ambil tahu sebab fokus utama ie dalam blogging ialah penulisan.

Tapi sebenarnya ie akui, video dan gambar dapat memeriahkan sesebuah blog. Di samping ia juga berfungsi merehatkan mata pembaca dari melihat tulisan terus menerus.

Terima kasih buat adik ie, Ayu yang ajarkan ie cara-cara masukkan video di blog. Rupanya share kat youtube bawa ke blog (fahamkah korang? Huu).. Mungkin ie sorang je kot baru tahu cara ni. hehe

Untuk video pertama ni, ie nak kongsikan lagu Sepi nyanyian Sixth Sense. Lagu ni menjadi tema cerita Ayoub kat tv3. Ie suka sangat cerita tu dan lagu ni pun kena dengan jiwa ie. Ayoub... masih ada kah lelaki sebaik mu?? Ekekekekk.. masuk bab jiwang pulak!

Dan video ini ie labelkan sebagai favorite song lah ye. Liriknya? Hah, video ni sebenarnya paparan lirik lagu sepi. So, click aje untuk melihat lirik sambil mendengar melodinya. :P

Ok lah ini aje entry minggu ini. Minggu depan masuk minggu ketiga ie bertugas di sekolah. Entah bila kan datang idea berpuisi, asyik melayan kenakalan anak-anak pelajar aje. Doakan ie boleh handle mereka dengan bijaksana ye. Amin... Huhuu...

Assalamualaikum~

Saturday, January 8, 2011

MINGGU PERTAMA JADI GURU

Wah, sibuk bebenor rasenya! Hari ini baru dapat rehat. Itu pun dalam keadaan was-was nak taip entri baru. Iye lah, banyak lagi resit yang belum ditulis, RPH untuk minggu hadapan yang belum disiapkan, persediaan menghadapi pengajaran lagi... owh, banyaknyerr!

Tugas paling besar adalah menjadi guru tingkatan untuk kelas 1B. Kutipan yuran yang tinggi memandangkan SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah bantuan modal, menyebabkan duit yang berpindah ke tangan juga menimbun. Nasib baik pengetua murah hati menawarkan peti besinya untuk menjadi tempat simpanan sementara aku menyiapkan resit. Huhu...

Cabaran paling besar ialah menghadapi karenah pelajar-pelajar di kelas belakang. Pelajar-pelajar kelas hadapan tak kurang hebatnya bersuara. Bising satu kelas tapi bila kita start P&P, automatik mereka diam dan memberi perhatian. Berbeza dengan pelajar kelas belakang. Tak kira masa P&P atau tak, mulut mereka tak pernah diam. Yang paling teruk, siap jalan ke sana-sini lagi seolah-olah aku tak ada di hadapan.

Untuk pelajar tingkatan 1, sekali basuh, dah terdiam tapi untuk pelajar tingkatan 2 dan 3... ish. minggu hadapan aku akan lebih berkeras dalam menguruskan mereka. Suasana dan persekitaran yang bising dan berserabut menyulitkan aku melaksanakan P&P di dalam kelas. Aku tidak mahu keadaan ini berterusan. Bantulah aku, ya Allah.

Selain menjadi guru tingkatan dan mengajar subjek Kemahiran Hidup Teknikal dan Sejarah, aku turut memegang tanggungjawab sebagai guru Kadet Polis, jurulatih Olahraga, guru Persatuan KH dan Keusahawanan serta guru kelab PPDa (PROSTAR). Setiap satu memerlukan komitmen yang berbeza.

Pekerjaan guru nampak mudah tapi sebenarnya hanya dengan satu kesilapan guru boleh merosakkan manusia keseluruhannya. Nauzubillah.... Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu ku dalam mendidik dan menyampaikan pengajaran yang bermakna buat pelajar-pelajarku agar menjadi insan berguna kelak. Amin...