Perasaan itu datang lagi
Menghuni lubuk hati
yang sunyi
Sedih
Memeluk kemas
Sebuku daging
Di dalam dada
Menyesakkan jiwa
Sedih
Perasaan yang sukar diungkap
Dengan kata dan tinta
Deraian air mata
Ceritakan segala.
created on 7/2/2011
Selembut bayu menyapa.. mengusap lembut seraut wajah.. menyentuh sekeping hati yang sedang leka bermusafir sendiri. Selembut bayu itu menyedarkan hati ini dari perjalanan kisah yang panjang.. menghembuskan suatu kekuatan buat jari jemari ini menari-menari di atas papan kekunci.. menari mengikut rentak kata hati.. melakar suatu coretan sebagai bingkisan buat semua yang sudi.
Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)
No comments:
Post a Comment