Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

2012 bakal melabuhkan tirainya.. berlalu dalam sedar tapi pantasnya tanpa sedar...
Tidak banyak perubahan mahupun pencapaian yang dapat ie bangga kan sepanjang tahun ini.
Namun syukur pada Allah kerana ie masih dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki berpanjangan. Alhamdulillah...

sumber : fb
Saat ini adalah tinggal beberapa jam untuk melangkah ke tahun 2013. Ie tidak mahu mengulas lanjut tentang tahun 2012 yang bakal ditinggalkan. Entri kali ini sekadar untuk mengucapkan selamat tahun baru sahaja buat semua pembaca blog Selembut Bayu.

sumber : fb
Sedarilah, perkara yang paling jauh adalah masa lalu. Mudah-mudahan masa lalu yang kita tinggalkan bermanfaat dalam mengejar akhirat yang makin mendekat. Happy New Year everyone!!!

Friday, November 2, 2012

November 1st 2012



sebaris ayat mengungkapkan rasa, 
sebaris ayat juga menerbitkan rasa, 
terima kasih buat yang sudi berkongsi rasa, 
rasa itu menggembirakan jiwa.



Alhamdulillah, Allah lanjutkan usia ini hingga ke suku abad sudah. mudah-mudahan seluruh hidupku yang telah berlalu mahupun akan datang sentiasa dibawah rahmatNya~ 

Aamiin Ya Rabb...



surprise cheese cake from mak & adik-adik 

Thanks a million buat family yang menjadikan hari ini sungguh menyeronokkan. Simple cake but that one which I like.


Terharu dengan ingatan dan ucapan dari rakan-rakan. Jutaan terima kasih jua yang mampu aku katakan. Kalian membuatkan diri ku rasa dihargai.


Mudah-mudahan Allah jua yang dapat membalas doa dan kebaikan kalian semua dengan kebaikan juga. Terima kasih semua~ :D

Sunday, October 7, 2012

Ulu Bendul

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Update sikit rupa Selembut Bayu. Hehe...

Semalam, ie bersama Anis dan Ayu ke Ulu Bendul. Anis yang merancang, ie turutkan aje biar pun kepala berserabut dengan kerja-kerja yang belum dapat diselesaikan.

Selepas mengambil Ayu di kolejnya di Port Dickson, kami kembali semula ke Tampin. Dari Tampin kami memasuki jalan ke Repah iaitu jalan yang sama ke Gemencheh/ Gemas/ Segamat. Tidak berapa jauh melalui jalan tersebut, kami membelok ke kiri menuju Kuala Pilah. Berdekatan simpang tiga tersebut, terdapat sebuah sekolah menengah agama disebelah kanan.

Perjalanan ke pekan Kuala Pilah mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang jalan tersebut, kami bertemu pekan Air Mawang dan Johol. Kami turut bertemu dengan simpang ke Dangi iaitu jalan pintas ke lebuhraya Muadzam. Tengok jalan ni, hati rasa nak balik kampung je. huhu.

Jalan bengkang bengkok bab ular dipalu bahkan sampai satu kawasan keadaan jalan hampir menyamai huruf  'S' bentuknya. Namun ia tidak lah bahaya kerana jalannya landai sahaja. Akhirnya kami tiba di pekan Kuala Pilah. Pekan kecil namun kelihatan agak sesak.

Pada traffic light pertama, kami membelok ke kiri memasuki Senaling. Dari sini, dianggarkan kira-kira 20 minit lagi perjalanan dengan kereta untuk tiba ke Ulu Bendul yang terletak di Tanjung Ipoh.

Sepanjang perjalanan kali ini, kami disajikan pula dengan pemandangan sawah padi, ladang jagung dan gerai-gerai menjual ayam dan itik salai. Terdapat juga beberapa gerai menjual buah-buahan terutamanya jagung.

Akhirnya kami disambut dengan pintu gerbang Ulu Bendul di sebelah kiri. Ia terletak betul-betul di tepi jalan memudahkan kami menemuinya.


Kawasan rekreasi Ulu Bendul ini mempunyai banyak lorong sehingga kami keliru untuk memilih tempat paling sesuai meletakkan kereta. Kami akhirnya memakir kereta berhampiran dengan sebuah kolam tadahan air.


Ramai pengunjung mandi-manda di sini. Kami pula berjalan menuju ke atas untuk mencari kawasan yang lebih semulajadi.

bertebing dan berbukit
Terdapat banyak pokok yang tumbuh merendang. Keadaan air pula tidak lah sejernih mana mungkin kerana membawa terlalu banyak daun-daun kering yang jatuh berguguran.


Oleh kerana airnya cetek dan tidak sedalam mana, mood untuk mandi-manda pun hilang. Huhu. Kami sekadar merendamkan kaki ke dalam air sungainya yang sejuk dan mengalir perlahan. Tapi jangan tak tahu, walaupun cetek, kehadiran kepala air pernah menyebabkan paras air di Ulu Bendul ni meningkat dengan mendadak apabila hujan lebat. Pernah terjadi tiga adik beradik perempuan mati lemas di bawa arus deras di kawasan rekreasi ini.

Cuma satu yang best di sini ialah terdapat ikan-ikan kecil yang datang mengerumuni kaki-kaki kami. Jadilah terapi ikan semulajadi. Seronok kami melihat telatah ikan-ikan menggigit-gigit jari jemari kaki kami. Huhu...

Secara keseluruhannya perkelahan ke Ulu Bendul ok lah. Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 15 minit sahaja dari bandar Tampin. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kemudahan tandas dan bilik air yang agak bersih dan selesa. RM0.40 sekali masuk. Terdapat juga kedai-kedai jualan di bahagian depan berhampiran pintu masuk.

Ketika kami tiba ke sana, kerja-kerja memperluaskan jalan sedang dilaksanakan. Mungkin pada masa akan datang, keadaan kawasan rekreasi Ulu Bendul ini lebih baik. Apa pun bahagian terapi ikan percuma itu adalah yang pertama kali ie jumpa. Moga ada kesempatan lagi untuk ke sana.

Ie terlepas snap gambar kerana plan asal mahu sampai pagi tapi kami bertolak pun agak lewat jadi tiba di sana jam sekitar 12 tengahari. Masa menghambat jadi kami berada di sana selama lebih kurang 2 jam sahaja. Jadi terima kasih lah buat 'Encik Google' kerana ie mendapatkan gambar-gambar di atas daripadanya. hehe...

Jom ke Ulu Bendul~ (^_^)

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, October 2, 2012

To Love their Mother

Photo: Feel free to share or tag
More @ www.allfamousquotes.net
♥

Hari ni, terjumpa kata-kata di atas dalam facebook. Sangat setuju bahawa perkara paling penting yang seorang bapa boleh lakukan untuk anak-anaknya adalah mencintai ibu mereka.

Sweet sangat rasanya bila melihat kemesraan mak ayah suatu ketika dahulu. Paling sweet, bila masuk bilik mereka di pagi hari, mesti dapat lihat mereka tidur berpelukan.

Best sangat suatu ketika dahulu, emak selalu masak sebelum ayah pulang. Kami pasti terlompat-lompat kegirangan menyambut kepulangan ayah. Kemudian hidangan tersedia, kami selalu makan malam bersama.

Terharu sangat bila ayah tak kejutkan tetapi mengangkat dan alihkan anak-anak yang tidur bersama emak ke katil sendiri bila dia pulang lewat di tengah malam kerana outstation. 

Nah, ternyata kasih sayang antara ibu dan bapa memberi kebahagiaan kepada anak-anak. Kehidupan keluarga lebih harmoni dan bahagia sekali.

Untuk aku pula, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Memanglah hidup ini tidak selalunya indah tetapi yang indah itu akan selalu hidup dalam kenangan. 

Rindu keluarga ku dulu~ 

Saturday, September 8, 2012

Pisang Sira


Comel jer 4 ketul pisang ni yer? Huhu... Ni pisang dari pokok yang tumbuh di belakang rumah sewa ie. Buah nya banyak dalam setandang dan besar-besar pula. Kalau untuk makan seorang memang tak habis. Ie agih-agihkan kepada jiran-jiran dan kawan. Hampir 10 sikat kot, ie dah lupa. Ni masa Ramadhan lepas.

Ie ambil sesikat jer. Ye lah nanti duk teringat nak makan juga. Pisang ni manis. Namaya pisang nangka kot. Tapi ada orang panggil pisang tanduk. entahlah. Dalam gambar di atas, sebenarnya sebiji pisang jer tu. Belah dua dan setiap belahan dipotong lagi dua. Jadi lah 4 ketul tu.

Ok jom buat kuih mudah sesuai untuk muda mudi bujang macam kita. Opps, peringatan! Tak semua pisang sesuai untuk kuih ni ye.


Porsi: 1-2 orang

Bahan-bahannya hanyalah:
  1. 2 biji pisang masak (Boleh tambah mengikut saiz perut :D)
  2. 2 sudu hirisan Gula Melaka (Nissan=panggilan di Terengganu)
  3. Sedikit air (beberapa sudu je)
Cara Membuatnya:
  1. Belah pisang kepada dua. Jika pisang agak panjang, potong setiap belahan itu kepada dua juga.
  2. Masukkan sedikit air ke dalam periuk sebagai medium elak panas terus kepada pisang. 
  3. Masukkan pisang yang telah dibelah tadi.
  4. Taburkan gula melaka yang telah dihiris nipis ke atas pisang. Boleh tambah atau kurangkan kuantitinya mengikut citarasa anda.
  5. Setelah gula melaka cair, gaul rata bersama pisang tadi. Tutup api. Sedia dimakan.

*Jangan masak terlalu lama. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk hidangan sejuk. 

Sunday, September 2, 2012

MAJLIS KESYUKURAN

Salam I'dilfitri 1433H semua... maaf lah, rasanya agak terlewat ie mngucapkannya memandangkan ucapan hari merdeka terlebih dahulu ie post kn.

Pada 05 Syawal yang lalu, ie sekeluarga telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran. Majlis yang sudah lama dirancang ini telah dihebohkan di facebook. Kami invite lebih kurang 150 orang tetamu. Kemudian pada hari raya pertama hingga ke empat, kami tidak putus-putus menjemput saudara mara dan rakan taulan yang ditemui untuk menghadiri majlis ini. Kami menjangka kan lebih kurang 100 orang tetamu akan hadir.

Pada malam 4 Syawal, kami menyediakan goodies bag berisi kuih raya dan kerepek sebagai buah tangan kepada tetamu. Kami turut membuat tapai pulut dan diisi ke dalam bekas-bekas kecil sebagai dessert. Keesokkan paginya, kami menyediakan beberapa uncang bunga rampai sebagai hadiah kepada tetamu yang datang untuk bacaan yasin. Kami target 20 orang tetamu akan tiba awal sekaligus dapat mengikuti majlis bacaan Yasin tersebut. Ie turut menyediakan tiga biji kek coklat kukus sebagai penyeri majlis.

dalam bakul buku Yasin ini juga berisi bunga rampai, dihias dengan bunga tisu. wangi~ 

Sebelah malamnya, kami mula bertungkus lumus menyediakan bahan untuk membuat sup, memasak kuah kacang, gulai ikan tongkol, membuat pulut kuning, menyusun perabot di bahagian ruang tamu dan menyediakan bekas-bekas untuk mengisi juadah esok.

bacaan Yasin dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi
Seawal jam 6 pagi, emak dan Anis ke pasar borong membeli 15 ekor ayam. 13 ekor ayam telah digunakan untuk membuat sup untuk juadah soto, selebihnya dibuat rendang untuk dimakan bersama pulut kuning dan lemang.

pulut kuning; sebahagian diagihkan kepada tetamu 
lemang; sekitar 10 batang dengan harga RM50
selain itu, biskut-biskut raya turut disediakan
betik dan tembikai sebagai pencuci mulut

Penyediaan soto sebenarnya agak cerewat. Menjelang pukul 10.30 am, ia belum dapat dihidangkan sepenuhnya. Kami mula kalut, memotong nasi himpit, mencelur sayur, mee kuning dan bihun serta mencarikkan isi ayam.

nasi himpit (di dalam bekas bertutup), mee kuning dan bihun sup akhirnya dapat disediakan 

dimakan bersama carikkan isi ayam, bawang goreng, daun sup, begedil dan sambal lada (ayah tak suka taruk kicap)

sup (dihidangkan dalam fluks) dan air strawberri
Ie puas melihat semua juadah. Memang beria dan bersungguh lah majlis kali ini. Tak pernah ada majlis sebesar ini di rumah kami sejak pemergian arwak kakak. Setelah hampir 5 tahun berlalu, baru kali ini kami mengadakan majlis kesyukuran.

Majlis ini untuk meraikan adik Ie, Anis yang berjaya menerbitkan novel pertamanya di bawah syarikat SR Publication, manakala Ie pula sudah sah jawatan dalam perkhidmatan sejak awal tahun baru ini. Ie dan Anis berkongsi bajet mengadakan majlis ini. Di samping tarikh yang dipilih pula tepat pada ulangtahun kelahiran Ayu iaitu 23 Ogos manakala bacaan Yasin untuk adik bongsu kami Aro yang akan menduduki UPSR tak lama lagi.

Ok setakat ini dahulu, jika ada kelapangan ie akan sambung lagi cerita tentang majlis ini ye. :D

p/s: kek coklat dan tapai terlepas pandang. Tak tertangkap gambarnya dari hp ie ni. huu

Thursday, August 30, 2012

SALAM MERDEKA 2012

Usah diragut kebebasan ini
Usah dicemari kedamaian ini
Dengan sengketa, dengan prasangka
Kita sudah sepakati
Memberi dan menerima
Jadi, jangan diungkit kembali
Kenapa begitu, kenapa begini
Sucikan hati, hindari iri
Marilah kita bersatu seteguh hati
Agar berpanjangan kemerdekaan ini.

Salam Merdeka yang ke-55 Malaysia ku tercinta. Mohon Tuhan panjangkan kedamaian ini~

Sunday, August 5, 2012

FOOD POISONING

Salam Ramadhan semua. Insyaallah malam ini kita akan menyambut Nuzul Quran yakni esok ada lah 17 Ramadhan, hari dimana al-Quran diturunkan. Cepat masa berlalu...

Seminggu lepas, bagaikan tak terasa masa berputar. Maklum lah apabila kita dikejutkan dengan berita tanpa disangka, apa pun berlaku di sekeliling kita kadangkala tanpa kita sedari. Bermula dengan hari Khamis, 26 Julai 2012; di saat menunggu waktu berbuka, ie dikejutkan dengan panggilan telefon dari Hospital Port Dickson (HPD). Beliau memaklumkan adik ie, Ayu dimasukkan ke wad kerana keracunan makanan.

Berdebar ie menerima panggilan tersebut. Ie bertanyakan keadaan Ayu. Beliau tak dapat jelaskan teruk atau tidak yang pasti pihak hospital telah menjalankan rawatan dengan memasukkan air ke badan. Lega rasanya. Ie menelefon hp Ayu tapi tak dapat. Jadi ie menelefon mak di kampung, sekadar memaklumkan.

Usai berbuka puasa, ie menerima panggilan dari ayah pula. Ayah memberitahu mak mahu datang ke sini. Risau ie jadinya, ialah naluri ibu biasanya apa yang dirisaukan memang benar. Ie cuba menghubungi hp Ayu sekali lagi. Kali ini bersambut tetapi dijawab oleh rakannya. Rakan Ayu memberitahu hp Ayu tercicir di dalam kereta ketika ia dibawa ke klinik.

Ie cuba tenangkan hati. Berfikir positif. Seperti biasa jam 10 ie  masuk ke bilik untuk tidur. Tetapi mata pula susah nak lelap. Sekitar jam 11.30 malam, baru nak lelap hp ie berdering lagi. Panggilan dari ayah. Ayah memberitahu bahawa pihak hospital menelefon memberitahu mereka terpaksa memasukkan Ayu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tekanan darahnya tetiba menjadi rendah dan kadar denyutan nadinya menjadi laju.

Tidak beberapa lama kemudian, emak pula menelefon dari dalam bas memaklumkan perkara yang sama. Bezanya mak dapat bercakap dengan Ayu. Ayu meminta dia pergi ke sana cepat. Mujur dia sedar masa dimasukkan ke ICU kerana kata mak kalau dalam keadaan tidak sedarkan diri itu yang bahaya.

Biasa lah bila ujian melanda, hati mana nak tenang. Mata pun tak dapat nak lelap lagi. Ie bangun menunaikan solat hajat memohon keselamatan dan kesejahteraan Ayu. Kemudian ie mengaji sehingga mata mula mengantuk kembali, baru lah ie berbaring semula. Entah pukul berapa ie lelap...

Mak tiba sekitar jam 4.30 am. Kami terus bersahur. Sekitar jam 6.40 am ie sudah bersiap keluar dari rumah ke sekolah. Ie hendak menyudahkan beberapa kerja sebelum meminta untuk pulang lebih awal. Sekitar jam 8.00 am sebelum, kelas bermula, ie berjumpa dengan GPK 1 meminta keizinan untuk pulang pukul 9.40 am selepas kelas ie berakhir. Selepas mendengar penerangan ie tentang adik yang dimasukkan ke ICU, GPK 1 terus memberi kebenaran untuk ie keluar waktu tu juga. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah segala urusan.

Walaupun balik awal, ie tak dapat bertolak waktu tu juga. Kami menunggu Anis, adik ie yang berada di Melaka Tengah pula. Sekitar jam 10.30 am baru lah kami bertolak ke sana. Kami tiba sekitar jam 11.30 am di kolej Ayu, berjumpa dengan pegawai penyiasat. Beliau memaklumkan tindakan yang telah diambil berikutan kes keracunan ini. Kami turut dimaklumkan seramai 30 orang pelajar termasuk seorang staff kolej telah keracunan makanan akibat membeli juadah berbuka dari gerai yang sama.

Tanpa melengahkan masa lagi kami membawa salah seorang rakan baik Ayu, Syu ke HPD. Mudah masuk ke wad ICU HPD cuma 2 orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu ketika. Mula-mula memandang Ayu memang menyedihkan. Wayar berselirat di dada dan kedua tangannya. Tetapi bila tengok dia ceria bercerita kepada mak, hati rasa lega.

Ayu memberitahu gambar mee sup yang dihantar kepada ie petang kelmarin itu lah menjadi penyebab keracunan. Ia, ie baru teringat petang hari Rabu, ie menghantar mesej bertanyakan Ayu tentang juadah berbukanya. Dia makan habis licin mee sup tersebut dan mula merasa tidak sedap badan apabila bangun bersahur paginya. Tekak rasa loya sehingga dia tidak berselera untuk makan. Jadi dia hanya mengambil snek untuk sahur pagi tersebut. Akibat cirit-birit dan muntah berterusan, badan dia kehilangan air yang banyak. Sementelah dia juga baru kebah dari demam.

Ketika dihantar ke klinik, badan dia terlalu lemah sehingga doktor di klinik menghantar kesnya ke HPD. Dia dibawa ke HPD dengan menaiki ambulans. Pada mulanya dia seperti rakan-rakan lain dimasukkan air, tetapi apabila suhu badannya mula naik, tekanan darah pula turun dan denyutan nadi nya menjadi laju menyebabkan dia disorong masuk ke ICU pula.

Hanya 2 orang sahaja dari kes keracunan yang dimasukkan ke ICU. Ketika Ayu sudah stabil petang tu, pesakit yang seorang lagi pula masih dalam pengawasan. Dia dimasukkan ke ICU dalam keadaan separuh sedar.

Lebih kurang jam 4.30 pm, keadaan Ayu sudah betul-betul stabil. Justeru dia dipindahkan masuk ke wad 1 (wad pesakit biasa) Di sana terdapat lebih kurang 7 orang lagi rakan se kolej nya yang turut diberi rawatan. Dua kali ie keluar, membeli barang keperluan Ayu dan mak yang akan bermalam disitu untuk menjaga Ayu. Kami bertiga bertolak pulang dalam jam 06.40 pm. Menghantar Syu semula ke kolej dan meneruskan perjalanan ke Tampin memang memenatkan. Sementelah ie pun tak cukup tidur, kepala berdenyut-denyut menahan sakit.

Usai berbuka dan solat maghrib, Ie terus tertidur keletihan.

Ie bangkit semula dalam jam 4.00 am untuk solat Isyak. Huhu.. satu hari yang haru biru.

tangan Ayu bersama sambungan wayar air dan ubat pada hari ke-2 di wad

Hari sabtu, berita keracunan makanan di kolej Ayu mendapat liputan semua akhbar dalam negara. Malam sebelum tu pun dihebahkan dalam buletin utama tv3. Muka Ayu terpampang dalam 3 akhbar iaitu Sinar Harian, Metro dan Kosmo. Em.. macam-macam ye.

3 hari ie berulang alik Tampin-Port Dickson. Hari Ahad petang kami menjemput Ayu dan membawanya pulang ke Tampin. Sebab tu ie cakap sekejap je masa berlalu, lihat lah pejam-celik pejam celik 3 hari berlalu sejak Ayu dimasukkan ke HPD.

Alhamdulillah, hari ini Ayu berada di kolejnya di PD, bakal menduduki peperiksaan semester III minggu depan. Mudah-mudahan dia sentiasa sihat sejahtera dan dalam lindungan & rahmat Allah sentiasa. Amin.

Sunday, July 1, 2012

SPAGHETTI

Sesiapa yang tak pernah makan spaghetti, jangan cakap ia tak sedap sebelum cuba. Cuba dahulu anda pasti terpikat. Restoran yang biasa menyediakan hidangan ini mestilah restoran berasaskan makanan barat dan paling terkenal ialah Restoran Pizza Hut. Sekali cuba pasti nak lagi.

Tak ingin korbankan duit terlalu kerap di Pizza Hut? Ok, jom cuba buat sendiri menggunakan resepi paling mudah. Macam masak Maggi, sekejap je dah siap. Huhu...

Kita guna sos segera iaitu sos spaghetti Prego. Cepat dan sedap! :D


untuk porsi 3 orang, guna 1 tin kecil sos spaghetti prego. ie selalu beli yang warna hijau sebab rasa sosnya yang asli dan ada tambahan cendawan butang. Segenggam spaghetti dan beberapa biji bebola ayam (jika suka boleh ganti atau tambah dengan bebola daging).


Cara memasaknya; rebus spaghetti di dalam periuk bersama secubit garam hingga empuk. Kemudian masukkan bebola ayam/ daging  ke dalam periuk yang sama. Sementara menunggu spaghetti dan bebola empuk, panaskan sos spaghetti prego di dalam periuk/kuali. 

Angkat dan toskan bebola yang telah empuk dan teruskan merebus spaghetti (biasanya bebola lebih cepat empuk berbanding spaghetti). Masukkan bebola ke dalam kuali berisi sos yang telah mendidih. Gaul rata. Tutup api.

Setelah empuk angkat dan toskan spaghetti. Masukkan ke dalam pinggan, tuangkan sos bersama bebola ke atasnya. Siap!


Cepat bukan? percaya lah ia cepat dan mudah. Ini lah antara makanan yang sangat sesuai untuk orang yang berkerjaya dan terlalu sibuk! huhu

Selamat mencuba~


Monday, June 25, 2012

APAKAH ANDROID?

Jom update sikit pasal gadget dan teknologi...

Sebelum ni ie banyak search dan baca entri mengenai android sebab nak beli smartphone kan. huhu... Tapi sebenarnya banyak lagi yang ie tak tahu. Bila dah beli Samsung Galaxy Mini II, owh baru tahu... memang penting android dalam smartphone ni.

So malam ni, kita geledah lagi alam maya mencari artikel mengenai android. Ok firstly mari mengenal serba sedikit tentang adroid melalui article dari blog budumasin yang bertajuk
Apakah Kelebihan Telefon/ Handphone Adroid
Di samping android, pernah dengar tentang Gingerbread? Ia juga berkaitan android ya bukannya berkaitan roti halia. Hakhak...

Gingerbread adalah salah satu android device. Samsung Galaxy Mini II menggunakannya. Selain gingerbread ada juga cupcake, donut, eclair, froyo dan honeycomb. Akan datang mungkin akan wujud banyak lagi android device yang baru dengan nama yang mungkin pelik-pelik pada pendengaran kita. Huhu...

Sekarang, jom kita ketahui lebih lanjut menerusi artikel kedua dari blog taufiksm yang bertajuk
Mari Mengenali Apa itu Android
 Dah selamat baca? Sudah faham tentang android. Faham dan tahu serba sedikit lebih baik dari tak tahu langsung kan. So, cukuplah sekadar dua artikel ini dahulu. Sudah lewat malam, mengantuk. Huhu...

Sekian~ (-_-) Zzzz

Sunday, June 24, 2012

SAMSUNG GALAXY MINI II

Sudah lama berhajat beli hp canggih2 atau orang panggil smartphone.

Masa 1st time beli hp dengan duit sendiri dulu sangat2 lah kedekut. Masa tu ie baru je posting. Ie tak terfikir lagi nak beli hp sebab duit banyak habis bayar permulaan rumah sewa, beli barang2 keperluan rumah sewa, mana lagi baru pakai kereta. Memang tragis sangat dalam waktu susah tu, hp yang ie guna selama ni pula rosak tetiba. Screen nya jadi gelap, langsung tak nampak apa. Boleh dengar bunyi dan suara (kalau orang call) aje.

Selama ni ie guna hp yang ayah beri. Baik yang ayah telah guna mahupun hp second hand. Tak silap ayah sudah berikan ie 3 buah hp dah sejak tahun 2004 hingga terakhir 2010. 1 hilang, 1 bagi bagi adik (sebab nak yang baru dari ayah) dan last 1 lagi rosak.

Waktu sesak tu, hp pertama yang ie beli ialah Nokia 2700 Classic. Hoho... ie pilih ini sebabnya pertama ialah sebab ia ialah Nokia. ie jatuh cinta dengan nokia sebab dari 3 hp yang ie guna selama ini nokia paling best dan paling mudah diguna. Sebab kedua ia adalah paling murah di antara hp2 yang sederhana canggih ini.  Harganya ialah RM300.

Baru-baru ini ie tetiba berhajat nak pakai hp baru. Sekarang kan orang bercakap-cakap pasal hp touch screen. Iklan di tv lagi. memang menggoda i lah. Huhu... Paling canggih setakat ni iphone 4S dan Samsung Galaxy SIII. Ie search di google dan youtube memang canggih.

Baca di blog Hanis Zalikha pun memang best lah iphone 4s ni. Cantik juga gambar-gambar dari cameranya. Cuma ia kelihatan tebal lah. Lagipun harganya mahal sangat, lebih RM2K. hoho... Tak sanggup tak sanggup. Tak sanggup nak nangis 40 hari 40 malam kalau rosak atau hilang.

Harga Samsung Galaxy SIII pun hampir sama dengan iphone 4S. Cuma ie suka Samsung ni sebab ia nipis. Oh, i like lah yang slim2 ni. Designnya pun bulat di bucu. Sangat comel lah. Tapi sekali lagi harganya mahal lorh. 

Dalam duk search gadget2 ni ie terpandang lah hp Samsung Galaxy Mini II. Owh I tertawan semenjak kali pertama lihat dan baca mengenainya. Jom try tengok di blog Yuyu Zulaikha pula. Lagi tak tidur malam ie teringat Galaxy Mini II. Dengan harga dalam likungan bajet orang tak seberapa kaya tapi nak action lebih ni kan memang sesuailah. Hakhakhak

Ok kita tengok ikut youtube pula. Klik pada Samsung Galaxy Mini 2 ini. Banyak lagi video berkaitan, boleh search sendiri k! :P

Sekarang...

Tadaaaaaaaa.......



Akhirnya semalam mimpi jadi realiti. Ini lah hp yang ie beli dengan harga RM550. Kedai pertama ie pergi harganya memang diletak RM599. Dengan duit tiada dalam poket ie blah. Kedai ketiga ie pergi (banyak singgah untuk tengok2, cume yang betul-betul tengok siap ngan soalan dalam 3 buah je kot) harganya kurang RM100 iaitu RM499. Hah, terus aku duduk kat kedai tu engkau!

Dah selidik2 rupanya harga di kedai tu lagi murah sebab tiada memory card percuma. Nasib baik lah ie ni jenis sayang duit, tanya banyak-banyak baru buat keputusan untuk beli. Tuan kedai tu cakap dia boleh bagi memory card 8 GB+screen Pro Matte dan satu casing dengan harga RM550. Fikir punya fikir ie pun setuju lah nak beli. Lagipun tuan kedai tu bagus(pada kali pertama yang menipu). Dia banyak beri penerangan. Ie cakap ini 1st time ie nak guna hp touchscreen. So nak minta tolong ajar guna especially bagaimana nak connect internet. Dia cakap boleh2! Terus lah ie setuju beli. 



Dia pun terus bukakan bungkusan Samsung Galaxy ni utk install software. Sudah buka die tolong cuci buang2 debu guna salotape. Sementara itu pembantu dia siapkan bil. Ie pun sembang-sembang lah lagi tanya pe yang patut. Siap bil, ie terus bayar. Tak nak tangguh2 dah.

Uh, siap bayar lain pulak gaya tuan kedai tadi. Dia dah start buat lambat2. Lepas tu layan other customer yang baru datang. Dia buat yang ie punya tapi dah jadi sambil2. Nak masukkan software pun sampai 2 buah laptop dikeluarkan. Pastu katanye elektrik tak ada. Tak dapat nak cas laptop, terpaksa pembantu dia bawa hp tu ke mana entah untuk install kan.

Lame juga tunggu baru pembantu dia muncul. Terus dia bagi kepada ie. "ok, dah! bye" Boleh pulak tuan kedai tu cakap macam tu. Ie pun tak puas hati lah walaupun nada dia dalam gurau2 jer kan. "Tadi u cakap nak ajar I." Hmm.. Boleh die cakap lupe. Ok, dia pun ajar. Eh laju2 lak ajarnya. Ie tak puas hati. Ie try kat situ jugak. Pastu die tengok ie tak bergerak lagi, baru lah dia ajar sekali lagi. Siap minta line pembantu dia lagi. Hah baru lah ie dapat tengok dengan contoh yang betul. 

Walaupun banyak lagi ie nak tanya tapi ie malas dah nak layan. "Nanti balik kite godek2 lah". Kata adik ie, Anis. Dia temankan ie. Hmmm. Kalau tahu perangai tauke tu macam tu, mestilah dah dapat dah puas hati, bila nak balik baru ie bayar. Bayar awal2 ni lah jadinya. Dah dapat duit dia dah abaikan kita. Hp yang dah jadi hak kita tu buat lebih kurang jer.

Jadi kepada sesiapa yang mahu beli hp baru atau apa-apa barang yang mahal ni, berhati-hati lah. Cari maklumat dahulu sedikit sebanyak sebelum keluar membeli dan paling penting buat bayaran last sekali, pada akhir sesi perbualan kita dengan tuan kedai ok.

Ok, panjang lak celoteh. Kisah Samsung Galaxy Mini II sikit jer! Haha... Jangan lah marah ok. Ie sekarang ni pun ngah search lagi macam mana nak guna. hah, amik ko. Beli canggih2 dah pening nak guna. Kihkihkih... 

tq krn baca entry kali ini. Assalamualaikum~ :D