Update sikit rupa Selembut Bayu. Hehe...
Semalam, ie bersama Anis dan Ayu ke Ulu Bendul. Anis yang merancang, ie turutkan aje biar pun kepala berserabut dengan kerja-kerja yang belum dapat diselesaikan.
Selepas mengambil Ayu di kolejnya di Port Dickson, kami kembali semula ke Tampin. Dari Tampin kami memasuki jalan ke Repah iaitu jalan yang sama ke Gemencheh/ Gemas/ Segamat. Tidak berapa jauh melalui jalan tersebut, kami membelok ke kiri menuju Kuala Pilah. Berdekatan simpang tiga tersebut, terdapat sebuah sekolah menengah agama disebelah kanan.
Perjalanan ke pekan Kuala Pilah mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang jalan tersebut, kami bertemu pekan Air Mawang dan Johol. Kami turut bertemu dengan simpang ke Dangi iaitu jalan pintas ke lebuhraya Muadzam. Tengok jalan ni, hati rasa nak balik kampung je. huhu.
Jalan bengkang bengkok bab ular dipalu bahkan sampai satu kawasan keadaan jalan hampir menyamai huruf 'S' bentuknya. Namun ia tidak lah bahaya kerana jalannya landai sahaja. Akhirnya kami tiba di pekan Kuala Pilah. Pekan kecil namun kelihatan agak sesak.
Pada traffic light pertama, kami membelok ke kiri memasuki Senaling. Dari sini, dianggarkan kira-kira 20 minit lagi perjalanan dengan kereta untuk tiba ke Ulu Bendul yang terletak di Tanjung Ipoh.
Sepanjang perjalanan kali ini, kami disajikan pula dengan pemandangan sawah padi, ladang jagung dan gerai-gerai menjual ayam dan itik salai. Terdapat juga beberapa gerai menjual buah-buahan terutamanya jagung.
Akhirnya kami disambut dengan pintu gerbang Ulu Bendul di sebelah kiri. Ia terletak betul-betul di tepi jalan memudahkan kami menemuinya.
Kawasan rekreasi Ulu Bendul ini mempunyai banyak lorong sehingga kami keliru untuk memilih tempat paling sesuai meletakkan kereta. Kami akhirnya memakir kereta berhampiran dengan sebuah kolam tadahan air.
Ramai pengunjung mandi-manda di sini. Kami pula berjalan menuju ke atas untuk mencari kawasan yang lebih semulajadi.
bertebing dan berbukit |
Terdapat banyak pokok yang tumbuh merendang. Keadaan air pula tidak lah sejernih mana mungkin kerana membawa terlalu banyak daun-daun kering yang jatuh berguguran.
Oleh kerana airnya cetek dan tidak sedalam mana, mood untuk mandi-manda pun hilang. Huhu. Kami sekadar merendamkan kaki ke dalam air sungainya yang sejuk dan mengalir perlahan. Tapi jangan tak tahu, walaupun cetek, kehadiran kepala air pernah menyebabkan paras air di Ulu Bendul ni meningkat dengan mendadak apabila hujan lebat. Pernah terjadi tiga adik beradik perempuan mati lemas di bawa arus deras di kawasan rekreasi ini.
Cuma satu yang best di sini ialah terdapat ikan-ikan kecil yang datang mengerumuni kaki-kaki kami. Jadilah terapi ikan semulajadi. Seronok kami melihat telatah ikan-ikan menggigit-gigit jari jemari kaki kami. Huhu...
Secara keseluruhannya perkelahan ke Ulu Bendul ok lah. Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 15 minit sahaja dari bandar Tampin. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kemudahan tandas dan bilik air yang agak bersih dan selesa. RM0.40 sekali masuk. Terdapat juga kedai-kedai jualan di bahagian depan berhampiran pintu masuk.
Ketika kami tiba ke sana, kerja-kerja memperluaskan jalan sedang dilaksanakan. Mungkin pada masa akan datang, keadaan kawasan rekreasi Ulu Bendul ini lebih baik. Apa pun bahagian terapi ikan percuma itu adalah yang pertama kali ie jumpa. Moga ada kesempatan lagi untuk ke sana.
Ie terlepas snap gambar kerana plan asal mahu sampai pagi tapi kami bertolak pun agak lewat jadi tiba di sana jam sekitar 12 tengahari. Masa menghambat jadi kami berada di sana selama lebih kurang 2 jam sahaja. Jadi terima kasih lah buat 'Encik Google' kerana ie mendapatkan gambar-gambar di atas daripadanya. hehe...
Jom ke Ulu Bendul~ (^_^)
Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment