Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Sunday, January 20, 2013

Lobak Putih Masak Lemak

Lobak Putih Masak Lemak? Mmm... ini nama yang ie sesuka hati bubuh. 

Resepi dari ibunda tercinta. Salah satu favorite ie semasa di rumah. Sekarang hidup sendiri, mahu tak mahu kena lah masak sendiri kan. Huu...

Porsi: 2-3 orang

Bahan-bahan: 
  1. Sebatang lobak putih - dibuang kulit dan dipotong batonnet
  2. Seekor ikan (tak kisah jenis apa. Biasa ie guna ikan selayang atau kembong)
  3. santan dari 1/2 biji kelapa (boleh kurangkan mengikut citarasa)
  4. sebiji bawang besar - dihiris
  5. secawan air
  6. 1 camt lada hitam
  7. 1 camt ++ garam
  8. 1/4 camt ++ gula

lobak putih yang telah siap direbus

Kaedah :
  1. Rebus lobak putih bersama ikan di dalam periuk. (ikan boleh juga dipanggang).
  2. Sementara itu, tuangkan santan ke dalam periuk bersih yang lain. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul bersama santan dengan menggunakan sudu.
  3. Setelah ikan masak, tutup api. Keluarkan ikan tadi dan buang tulangnya. Isi ikan diramas dan dimasukkan ke dalam periuk santan. Gaul bersama.
  4. Letakkan periuk santan ke atas dapur dan nyalakan api dengan sederhana. 
  5. Toskan lobak putih yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam periuk santan. Kacau.
  6. Tambahkan air dan lada hitam. Kacau. 
  7. Setelah hampir mendidih (keluar buih-buih kecil), perasakan dengan garam dan gula.
  8. Apabila mendidih, rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

tadaa.. dah pun siap! siap berhias bawang lagi 2 lingkar. :P


p/s: Masakan bersantan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah minyak. Jika ingin tinggalkan, masaklah dengan api yang kecil dan sekali-sekala sahaja dikacau. 

~ Selamat Mencuba~


No comments:

Post a Comment