Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Saturday, January 12, 2013

Seberang Takir & Bukit Puteri

Assalamu'alaikum...
Cuti sekolah penggal akhir tahun yang lalu, ie pulang ke kampung. Biasa hujung-hujung tahun adalah musim tengkujuh di Terengganu. Bagi yang malas, mesti lah duk mengadap tv dan ulang-alik ke dapur je. Ie lah tu. hakhak.. 

air banjir separas tangga pertama rumah sahaja


Tapi bagi yang rajin, saat ini lah yang dinanti-nantikan seperti adik lelaki ie, Amirul. Apabila hujan sudah tidak terlalu lebat, air juga tidak mengalir deras, dia akan pergi berenang dan memasang pukat di kawasan rendah berhampiran sungai di kampung kami.

Pandangan dari pintu utama rumah

Of course dapat ikan! Cuma ie tak ingat nama-nama ikan yang Amirul bawa balik. Cuma yang ie ingat dia pernah mengelek balik ikan Belida (namanya kalau tak silap lah) sebesar dada ke rumah. Tapi dari pukat kawan ayah yang dia tolong naikkan. Pukat sendiri pun dia dapat ikan tapi yang paling besar ikan belida itu lah. Tak percaya???

Nah, buktinya!

 Suatu hari tu kami sekeluarga keluar ke bandar. Cuaca tetap juga hujan cuma renyai-renyai. Tujuan asalnya mahu menukar kad pengenalan. Sesampai di bandar, semua jadi tension sebab tiada tempat parking. Orang terlalu ramai. Dua kali kami pusing mengelilingi jalan bandar. Lastly kami melencong ke Syahbandar. Melihat air laut sambil menenangkan fikiran yang stress. Hakhak. 

Entah siapa punya idea, nak rasa naik bot tambang ke seberang sana iaitu Seberang Takir. Cadangnya sampai di sana nanti kita minum-minum kopi dan makan-makan keropok je sekejap sebelum balik semula ke sini. ermm, feeling nostalgia zaman kecik lah tu! Tapi memang dah lama tak pergi. So, kami pun bergerak lah ke jeti Syahbandar. Sudah ada bot yang menunggu terus kami melompat naik.

jeti syahbandar

Masa bot bergerak meninggalkan jeti, hujan sudah pun reda. Mentari pun memancar silau walaupun dalam malu-malu. Huhu...

cantiknya awan

Amirul memilih tempat duduk paling belakang dari pintu masuk ke bot. Ingin melihat bahagian enjin katanya. 

Gaya orang yang biasa membawa bot

Tak sangka gaya duduk dia di hujung bot menarik perhatian seorang pelancong dari Johor. Dia menangkap beberapa keping gambar Amirul. Walaupun sporting, Amirul tetap bertanya juga kenapa? Jawab pelancong tersebut untuk buat kenangan. Haha.. 

Gambar dari kamera pelancong tu mungkin lebih baik kot. Huu

Kali terakhir ie ke Seberang Takir dengan menaiki bot ni adalah masa zaman sekolah rendah. Mungkin masa umur 10 tahun. Sekarang sudah berbelas-belas tahun. Kedai kopi yang kami pergi dahulu pun sudah tiada. Jenuh lah mencari kedai baru. Memandangkan sudah hampir pukul 1 pm kami tiba, kami terus terjah kedai nasi berlauk. Makan tengahari; nasi putih, ikan/ayam goreng dengan masak lemak petola dan sambal belacan. 

Lapar punya pasal, gambar makanan langsung tak snap. Mmm... Bagusnya, kedai ini betul-betul bersebelahan dengan sebuah surau. Sebaik sahaja selesai makan, azan Zohor berkumandang dan dapatlah kami solat terlebih dahulu.

Pemandangan dari jeti Seberang Takir

 Jeti di sini pun sudah berubah. Jeti kayu telah diganti dengan binaan batu bertangga yang memudahkan pelancong naik ke darat. Ie masih ingat dahulu terdapat jeti kayu naik ke sini.

Ini kot jeti kayu yang lama dulu

Masa kami tiba di jeti, belum ada bot lagi. Tapi kami tak menunggu lama untuk mendapatkan bot. Oh ya, tambang sekepala hanyalah RM2 sahaja. Perjalanan antara jeti Seberang Takir ke jeti Syahbandar sekitar 7 hingga 10 minit sahaja.

Seberang sana sebelah kiri adalah Syahbandar manakala sebelah kanan adalah Pulau Duyung

Jeti baru ini disediakan kemudahan tempat menunggu dan pondok tiket bagi memudahkan pelancong/ penumpang bot.

Sementara menunggu bot tiba

Ok, sekarang kami dah tiba ke Syahbandar semula. Jeti Syahbandar betul-betul bertentangan dengan Bukit Puteri. Sebelum ini tidak pernah naik ke Bukit Puteri. So ada lah cadangan untuk naik ke atas sana pula. Pada mulanya kami masuk ke Bazar Warisan iaitu bangunan baru yang dibina bertentangan dengan Pasar Kedai Payang dan betul-betul berada di kaki Bukit Puteri.

Fungsinya sama seperti Pasar Kedai Payang cuma dalam struktur yang lebih moden. Khabarnya harga sewa outlet-oulet jualan di sini lebih mahal. Ini kali pertama juga kami memasuki Bazar tersebut.

Pemandangan dari pertengahan tangga menuju ke puncak Bukit Puteri

Rupanya dalam Bazar Warisan, terdapat tangga menuju terus ke puncak Bukit Puteri. Bukit Puteri ini tidak lah setinggi mana. Kita pun tidak perlu susah payah mendaki. Gunakan sahaja tangga yang disediakan. Tiga atau empat kali tangga yang ada lebih kurang 20 anak tangga tu je. Itu pun 2 tangga pertama adalah eskalator dan ia berada dalam bangunan Bazar Warisan. Hehe.

Dapatkan tiket di hentian tangga ke 3. Kami berlima tapi tiketnya hanya RM2 sahaja. Tidak pasti atas sebab apa. Mungkin kami orang Terengganu atau mungkin sebab cuaca kembali mendung.

Pemandangan dari puncak Bukit Puteri. Bangunan paling hadapan  itu adalah bunbung Istana Maziah

Setibanya di puncak, hujan turun selebat-lebatnya. Tak sempat nak snap gambar Meriam Beranak. Nak tahu macam mana ia beranak, datanglah tengok sendiri! Jengjengjeng... Kami menunggu hujan reda di pondok yang disediakan. Dari pondok tersebut, dapatlah ie snap gambar pondok Genta ni.

Genta (loceng besar) pada zaman dahulu digunakanuntuk memberi amaran bahaya

Lama menunggu, hujan tidak juga berhenti. Ie tidak bercadang untuk naik ke bahagian puncak paling tinggi di Bukit Puteri ini. Jadi ie snap gambar dari jauh sahaja. 

Kubu terakhir yang menempatkan singgahsana Sultan.

Tapi adik-adik ie degil. Diorang ajak naik juga dalam keadaan hujan. Mak pun join sekali. Ermm.. akhirnya apabila hujan renyai sedikit ie pun ikut serta. Tidak lama selepas itu, hujan kembali lebat. Kami berteduh di pondok lain pula berdekatan dengan tangga naik ke kubu tadi.

Pemandangan laut dari puncak Bukit Puteri

Pemandangan dari pondok ini lebih cantik kerana ia mengadap laut. Kami menunggu hujan reda sebelum menuruni tangga masuk semula ke Bazar Warisan. Dalam bazar ini terdapat banyak butik-butik pakaian yang rata-rata menjual kain batik sutera dan sebagainya.

Kami cuma singgah di kedai cenderamata sahaja. Banyak betul anak-anak patung penyu dijual di sini. Maklum lah trade mark Terengganu kan penyu. Ie dah penat sangat untuk snap gambar. Sekadar memilih beberapa key chain penyu sahaja sebagai buah tangan apabila balik ke Melaka nanti.

pemandangan hadapan pintu masuk utma Bazar Warisan

Masa keluar dari Bazar Warisan, hujan masih turun dengan lebatnya. Tapi kami redah kan juga memandangkan jam sudah lebih dari angka 3 petang. 

lagi! Bazar Warisan dalam keadaan hujan

Sampai sini sahaja kisah percutian ie di negeri kelahiran. Tarikh sebenar kejadian ialah 16 Disember 2012. Tahun 2013 ini pula adalah tahun melawat Terengganu. Justeru mari lah ramai-ramai ke Terengganu. :P



No comments:

Post a Comment