Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang Ramadhan


29 Sya'ban 1430 H. Cuaca cerah pagi tadi di Skudai, Johor. Namun mendung berarak menjelang petang. Jam menghampiri 4, guruh berdetum, kilat sambar menyambar dan hujan mula gugur menyimbah bumi nan tua. Dunia yang kian tua menanti penghujung segalanya yang akan tiba pada bila-bila masa mengikut ketentuaan Allah S.W.T, Penguasa segala-galanya.

Hari demi hari dunia semakin uzur. Penularan wabak penyakit berterusan saban tahun meragut nyawa ramai manusia. Terkini penyebaran Selsema Babi (H1N1), yang telah menjadi igauan setiap yang bernama manusia. Wabak yang khabarnya merupakan senjata biologi manusia-manusia yang berhasad dengki. Dunia semakin tenat menanggung manusia-manusia kejam yang sanggup berbunuhan demi kepentingan diri sendiri. Nilai kemanusiaan sudah tidak bernilai lagi.

Tanpa disedari, ini semua ketentuan Tuhan. Segala yang terjadi tersirat maksud dan hikmah disebaliknya. Mungkin ini semua ujian dari Allah atau mungkin juga bala buat manusia-manusia yang semakin alpa menjalani hidup di dunia ini sebagai Khalifah di muka bumi sekaligus sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

Ramadhan... aku menanti hadir mu. Aku pasti ramai Muslim, Muslimin, Mukmin dan Mukminin diluar sana turut menanti hadirmu. Moga kedatangan mu nanti akan membawa setitis rahmat buat penawar dunia ini. Semoga setiap ujian Allah, dapat kita lalui dengan mudah. Semoga setiap bala yang ditimpa dapat dijauhkan dari kita semua.

Namun, andai Ramadhan ini yang terakhir, aku mengharapkan kita semua dapat menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran. Moga berakhirnya hidup kita di dunia ini dengan cara yang baik, dalam keadaan suci, Islam dan beriman agar kebahagiaan menanti dalam kehidupan kita dalam episod seterusnya di akhirat sana. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Buat semua pengunjung blog Bayu di Hati ku, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang telah berlalu. Amin...

Wednesday, August 12, 2009

Sayang, kau pergi dulu


Sayang..
Setiap detik yang berlalu..
Setiap hela nafasku..

Setiap mimpi yang bertamu..

Ingatan padamu tidak kunjung luput..
Kasih dan sayangku tidak pernah surut.


Sayang..
Kau pergi dulu..

Tinggalkan aku..

Lemas dalam rindu..

Kuyup dalam sendu..

Sepi tanpa siapa yang tahu..

Sayang..
Biar berlalu..
Setiap detik dan waktu..

Kenangan indah bersamamu..
Terus terpahat padu di hatiku..

Moga abadi mu di sana, sayang..

Sejahtera di bawah rahmat yang Esa.