Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Tuesday, October 26, 2010

Contest Mortar Board "The Beuty In Ugly": Ucapan Paling Unik


Sebagai seorang yang suka bermadah berpuisi (biarpun ada yang merapu.. huhu), Ie nak sertai juga contest anjuran Mr. Edy (click pada nama tadi, link terus ke blog dia) bagi kategori ke dua. Untuk tambah feeling pembaca, Ie taipkan ucapan kat atas gambar berikut:

Buat yang tak dapat membaca tulisan ucapan ini dengan jelas, Ie sertakan lagi sekali kat bawah.
Sahabat-sahabatku,
Akhirnya perjuangan ini,
sampai ke titik koma nya,
Segulung ijazah kini milik kita,
Lontaran mortar board menjadi saksi,
Kejayaan yang dicipta bersama,
Sejambak haruman tahniah,
Hadiahku buat semua.

Sebenarnya panjang lagi ucapan ie buat kawan-kawan tapi Mr. Edy kata nak 30 patah perkataan je jadi terpaksa dipendekkan. Cukup-cukup 30 patah je. Huu…
Untuk kategori yang ni, Ie ingin mengundang Adawiah Ibrahim dan Naniey TJ untuk turut serta dalam contest yang best sangat ni. Tak susah pun, korang just buat ucapan teristimewa buat diri ku ini pun tak ape. hehe~ uit, jangan tangguh-tangguh. tarikh tutup 31.10.2010 daa.. click sini skrg jugak!!!: Contest Mortar Board

Ok lah buat semua yang menyertai contest ni, selamat Berjaya. Buat sahabat-sahabat blogger yang belum sertai, jom lerr join sama. Sekadar suka-suka dari buang masa. Hehe..
Time to say good bye.. adios!

p/s: isi penting kandungan kedua-dua entri contest Mortar Board ini sebenarnya ditulis sejak 18.10.2010 lalu. Alhamdulillah akhirnya berjaya di post jugak. Mr. Edy, pasni wat contest yang hadiah nya berupa broadband lah sebijik. kihkihkih....

Sunday, October 24, 2010

" CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly "


Assalamualaikum… wah, lama bayu tidak bertiup di mukim hati ini. Sepi blog ini ditinggalkan sendiri. Bukan sahaja tiada entri baru, hiasan blog pun dah tak berapa nak indah. Kekangan masa dan wang menjadi factor utama blog ini tidak seaktif dulu. Untuk entri yang ni, ie siap kan di rumah sebelum di upload di cyber cafĂ© PB yang menjadi tempat baru ie berteduh mencari line internet. Sewanya RM2 sejam.

Ok lah. Terima kasih buat cik seri di blog selendangkapas kerana memperkenalkan ie dengan contest mortar board. Ie tak pernah join mana-mana contest online sebelum ini tapi untuk contest ni ie tertarik untuk join sebab masih dalam mood konvokesyen. Terbayang-bayang lagi hari bahagia tu. Huhu. Terima kasih buat encik Edy atas penganjurannya. Menang atau kalah bukan soal dalam contest ni tapi perkongsiaan kegembiraan dan kebahagiaan itu yang penting. So berikut gambar pilihan ie.

Gambar ini dirakam menggunakan kamera rakan ie. Ie muat turun gambar ni dari facebook beliau. Very nice and happening picture. Gambar orang kemaruk konvo pun ada. Haha... Apa pun terima kasih buat semua model. Kalau yang mengenali ie, korang pasti dapat cam model yang mana satu diri ini. hakhak... Buat yang tak mengenali pula, pandai-pandailah korang teka ye. =D

Pencahayaan gambar ni sebenarnya kurang memuaskan. So, ie edit dengan memasukkan frame yang warna striking tu je bagi timbul mood ceria. hope penganjur benarkan ye. Huhu…
Dijemput musafir, fiq dan semua blogger yang mengikuti blog ie untuk menyertai contest ni. jika anda 24 jam mengadap laptop+internet, tiada masalah untuk anda berbuat demikian untuk tempoh masa yang hanya tinggal 5 hari sahaja lagi. Sila ke blog Mr. Edy untuk maklumat lanjut.