Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Thursday, April 18, 2013

Tidak Tahan Aku


Aku tidak tahan 
mendengar suara-suara batuk orang di sekelilingku,
Itu lah suara terakhir mu yang terngiang-ngiang di telinga ku,

Aku tidak tahan 
mendengar nyanyian lagu-lagu kegemaran mu,
Ada kenangan antara kita untuk setiap darinya,

dan aku paling tidak tahan 
berbicara tentang dirimu,
kerana setiap patah menyedarkan aku 
hakikat ketiadaan mu.


Al-fatihah...
buat arwah kakandaku tercinta,
Norbaya Tajul Arifin ♥
[18.04.1986-13.12.2007]

Mudah-mudahan dicucuri rahmat yang Maha Pengasih sentiasa~ Aamiin

Monday, April 15, 2013

Bawal Masam Manis & Kacang Buncis Goreng

Assalamualaikum...
Hari ni cuti lagi. Cuti peristiwa sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. So ada masa untuk masak sendiri dan makan sendiri. Orang bujang memang sendiri lah kan. huhu...

dan ini lah hidangan tengahari tadi. :D

Asyik kacang buncis je, apa hal? Haha..

Ie beli banyak last week. Beli sekali dengan ayam, ikan dan lain-lain before mak dan adik-adik datang ke sini. Diorang datang sehari aje. Ie pula kerja pada hari tersebut. So, beli lah awal-awal. Nanti senang diorang nak masak.

Tup-tup mak ie tak masak pun kacang buncis yang berlambak tu. Rela pergi petik hasil tanaman dia di belakang rumah. Buat kari ikan terung pipit. Paginya digoreng bihun dengan kangkung. Terung pipit dan kangkung tu semua ada kat belakang rumah ie ni je.

Kebun di belakang rumah ni memang mak ie yang usahakan. Sekali-sekala dia datang, memang kerjanya membersihkan kebun tu. Dalam duk bersih tu lah, nampak hasil berlambak-lambak. ie je jarang keluar tengok-tengokkan tanaman mak. Huhu..

Kacang Buncis Goreng

Goreng-goreng sayur ni senang je. Atas kita je, nak masak ke tak nak. Ini untuk 1 hingga 2 orang makan.

Bahan-bahannya mudah dan ringkas je, iaitu:
  1. 10-20 batang kacang buncis dipotong-potong lebih kurang 2 inci, bersih dan toskan
  2. 2 camb udang kering direndam di dalam air seketika. (untuk asingkan batu/pasir)
  3. 1/2 biji bawang besar dicincang
  4. 2 ulas bawang putih dicincang
  5. secubit gula
  6. 1/2 camt ++ garam
  7. secubit serbuk kunyit (sekadar untuk menambah seri warna kacang)
  8. Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah membuatnya pula:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi
  2. Masukkan udang kering dan goreng hingga garing.
  3. Masukkan pula kacang buncis. Taburkan garam, gula dan serbuk kunyit. Kacau rata.
  4. Apabila warna kacang kelihatan berubah, terus tutupkan api.
  5. Kacau seketika di dalam kuali sebelum diangkat dan dihidangkan.

Bawal Masam Manis
Eh, mana bawalnya? Nampak ekor jer..

Nah, bukti ada bawal kat bawah sos. Hakhak
Sorry, nak tunjuk bukti punya pasal terus tunjuk gambar after makan. Tak sopan betul lah. :P

Ikan bawal ni sedap sebab tu mahal. Sekilo dah RM22. Selalu ie beli seekor yang kecil je. Ikan siakap pun sedap buat masakan ni cuma saiz siakap lazimnya besar-besar. Tak habis nak makan sorang.

Jom, try buat untuk porsi 1 hingga 2 orang makan.

Bahan-bahan:
  1. 1 biji bawang besar (separuh biji dicincang, separuh lagi dipotong bulat-bulat).
  2. 2 ulas bawang putih.
  3. 1 inci halia dimayang (potong panjang-panjang)
  4. 2 camb sos tomato
  5. 2 camb sos cili
  6. 100 g atau setengah tin nanas kiub bersama jusnya (boleh juga guna nanas buah/segar)
  7. sebiji tomato dipotong dadu
  8. 6-7 tangkai lada hidup (dibelah 4 tanpa dibuang tangkainya)
  9. 1 camt ++ garam
  10. Minyak untuk menggoreng
  11. Seekor ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan putih telur bersama sedikit garam, lada hitam dan tepung jagung (boleh juga dilumur dengan garam dan kunyit sahaja)

Kaedah:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng ikan tadi di dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit jus nanas dan air. Tuangkan sos tomato dan sos cili. Biar didih.
  4. Perasakan dengan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hidup dan nanas. Kacau lagi. Rasa. 
  6. Jika dah ok, masukkan bawang yang dihiris bulat dan tomato. Tutupkan api. 
  7. Kacau seketika supaya bawang layu dan tomato masak dengan wap-wap panas.
  8. Kemudian baru lah tuangkan sos ke atas ikan yang telah diangkat tadi. Sedia dihidangkan.

Berikut dua keping gambar bawal masam manis yang pernah ie masak..

ikan yang ni digoreng garam dan kunyit sahaja

ini pula ada lada benggala. Lagi best, crunchy!! 


Sayuran biasa digunakan di dalam masakan masam manis ialah nanas, tomato, timun dan lada benggala. Kalau ada semua ni, lengkaplah masakan ni.

Selamat mencuba ya~ 




Sunday, April 14, 2013

Dinner Set

Wahahaha... bukan nak cerita resepi tapi nak tunjuk dinner set. :P

gambar edit menggunakan 'camera 360'

Actually, tak berhajat pun nak beli dinner set ni. Maklum lah orang bujang. Makan dalam pinggan plastik ke pinggan percuma ke pun tak mengapa. Tiada hal.

Al kisahnya, ie beli sebagai hadiah perkahwinan seorang kawan. Tapi ie tak jadi pergi sebab tak dapat peta. Dia orang Melaka, susahlah ie nak cari rumahnya walaupun sudah hampir tiga tahun ie tinggal di sini. Huhu.

Seminggu kemudian, ie belek lah set dinner ni. Lorr ada 5 pieces barang aje. Ingat set couple. Beli hari tu tergesa-gesa sangat. Ummm.. Guna untuk diri sendiri pun ok jugak ni. Dah lama berpinggan plastik kat rumah ni. hakhak...

Itu lah ceritanya. Ok dalam gambar kat atas tu kurang 2 pieces je iaitu cawan dan piring. Hidangan tengahari ie semalam, asam pedas ayam dan kacang buncis goreng telur. Asam pedas ayam, ie dah postkan resepinya. Boleh click kat nama untuk lihat artikel sebelum ni. Tambahan kali ni cuma sepotong tomato bagi masam lebih dan ada bunga kantan!! wah, lagi wangi asam pedas I, you~ :P

Asam Pedas Ayam

Ini pula adalah kacang buncis goreng telur. Sesuka hati ie beri nama ye. Haha.. Resepi? Tak perlu lah. Ni resepi entah apa-apa. Telur dadar yang ie goreng sehari sebelum tu tak habis ie makan sorang. So ie campak dalam rencah untuk goreng kacang ni. Tambah garam, gula dan sedikit serbuk kunyit je. So, jadi lah....

Kacang Buncis Goreng Telur

Ok, sekian cerita.

p/s: ie serius sambung belajar. Minggu ni dah cuti midsem tau. Sekejap je masa berlalu. Tapi memang tak dinafikan sibuk sangat sampai tak sedar pun masa berlalu~ Daa




Mee Bandung

kuahnya nampak lebih kuning berbanding merah; kesan effect fresh . hee
Porsi: 2 orang

Bahan:
  1. 1 sudu kacang tanah digoreng tanpa minyak (sehingga tanggal kulit arinya)
  2. 1 sudu udang kering
  3. 1 biji bawang besar (boleh guna 2 biji jika ingin kuah yang pekat)
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 inci halia
  6. 1 camb lada kisar
  7. 5-6 ekor udang
  8. 1-2 ketul isi ayam
  9. 1/2 biji tomato
  10. sedikit sawi
  11. 1 camt ++ gula
  12. 1 camt ++ garam
  13. mee kuning secukupnya
  14. minyak untuk menumis
  15. 2 gelas ++ air (air rebusan daging jika ada)
Kaedah:
  1. Kisar bahan 1 hingga 5 hingga hancur.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan udang. Gaul rata.
  4. Apabila ayam & udang kelihatan kecut, masukkan air. Kacau. Biar didih.
  5. Sementara itu, didihkan air dalam periuk lain. Celur mee kuning dan toskan.
  6. Apabila kuah telah didih, masukkan gula dan garam secukupnya. Kemudian baru masukkan sawi yang telah dipotong.
  7. Rasa. Kalau dah ok, masukkan tomato dan segera tutupkan api. Biarkan tomato masak dengan wap panas sekejap.
  8. Masukkan mee yang telah dicelur tadi ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya.
  9. Sedia dihidangkan.

Masakan ini adalah favorite ie semasa menuntut di UTM, Skudai dulu. Bila teringin, ie buat sendiri je sekarang.

Banyak resepi menggunakan rempah/rencah mee bandung yang siap dijual dalam paket tapi untuk orang bujang macam kita, tak perlu lah kot. Begitu juga dengan air rebusan daging. Jika ada, boleh lah guna. Lebih sedap!!

Jika suka, boleh juga tambah telur. Pecahkan telur setelah air/kuah mendidih. Juga boleh ditambah sos tomato untuk memekatkannya.

Ok lah selamat mencuba~ ^_^