Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Saturday, September 8, 2012

Pisang Sira


Comel jer 4 ketul pisang ni yer? Huhu... Ni pisang dari pokok yang tumbuh di belakang rumah sewa ie. Buah nya banyak dalam setandang dan besar-besar pula. Kalau untuk makan seorang memang tak habis. Ie agih-agihkan kepada jiran-jiran dan kawan. Hampir 10 sikat kot, ie dah lupa. Ni masa Ramadhan lepas.

Ie ambil sesikat jer. Ye lah nanti duk teringat nak makan juga. Pisang ni manis. Namaya pisang nangka kot. Tapi ada orang panggil pisang tanduk. entahlah. Dalam gambar di atas, sebenarnya sebiji pisang jer tu. Belah dua dan setiap belahan dipotong lagi dua. Jadi lah 4 ketul tu.

Ok jom buat kuih mudah sesuai untuk muda mudi bujang macam kita. Opps, peringatan! Tak semua pisang sesuai untuk kuih ni ye.


Porsi: 1-2 orang

Bahan-bahannya hanyalah:
  1. 2 biji pisang masak (Boleh tambah mengikut saiz perut :D)
  2. 2 sudu hirisan Gula Melaka (Nissan=panggilan di Terengganu)
  3. Sedikit air (beberapa sudu je)
Cara Membuatnya:
  1. Belah pisang kepada dua. Jika pisang agak panjang, potong setiap belahan itu kepada dua juga.
  2. Masukkan sedikit air ke dalam periuk sebagai medium elak panas terus kepada pisang. 
  3. Masukkan pisang yang telah dibelah tadi.
  4. Taburkan gula melaka yang telah dihiris nipis ke atas pisang. Boleh tambah atau kurangkan kuantitinya mengikut citarasa anda.
  5. Setelah gula melaka cair, gaul rata bersama pisang tadi. Tutup api. Sedia dimakan.

*Jangan masak terlalu lama. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk hidangan sejuk. 

Sunday, September 2, 2012

MAJLIS KESYUKURAN

Salam I'dilfitri 1433H semua... maaf lah, rasanya agak terlewat ie mngucapkannya memandangkan ucapan hari merdeka terlebih dahulu ie post kn.

Pada 05 Syawal yang lalu, ie sekeluarga telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran. Majlis yang sudah lama dirancang ini telah dihebohkan di facebook. Kami invite lebih kurang 150 orang tetamu. Kemudian pada hari raya pertama hingga ke empat, kami tidak putus-putus menjemput saudara mara dan rakan taulan yang ditemui untuk menghadiri majlis ini. Kami menjangka kan lebih kurang 100 orang tetamu akan hadir.

Pada malam 4 Syawal, kami menyediakan goodies bag berisi kuih raya dan kerepek sebagai buah tangan kepada tetamu. Kami turut membuat tapai pulut dan diisi ke dalam bekas-bekas kecil sebagai dessert. Keesokkan paginya, kami menyediakan beberapa uncang bunga rampai sebagai hadiah kepada tetamu yang datang untuk bacaan yasin. Kami target 20 orang tetamu akan tiba awal sekaligus dapat mengikuti majlis bacaan Yasin tersebut. Ie turut menyediakan tiga biji kek coklat kukus sebagai penyeri majlis.

dalam bakul buku Yasin ini juga berisi bunga rampai, dihias dengan bunga tisu. wangi~ 

Sebelah malamnya, kami mula bertungkus lumus menyediakan bahan untuk membuat sup, memasak kuah kacang, gulai ikan tongkol, membuat pulut kuning, menyusun perabot di bahagian ruang tamu dan menyediakan bekas-bekas untuk mengisi juadah esok.

bacaan Yasin dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi
Seawal jam 6 pagi, emak dan Anis ke pasar borong membeli 15 ekor ayam. 13 ekor ayam telah digunakan untuk membuat sup untuk juadah soto, selebihnya dibuat rendang untuk dimakan bersama pulut kuning dan lemang.

pulut kuning; sebahagian diagihkan kepada tetamu 
lemang; sekitar 10 batang dengan harga RM50
selain itu, biskut-biskut raya turut disediakan
betik dan tembikai sebagai pencuci mulut

Penyediaan soto sebenarnya agak cerewat. Menjelang pukul 10.30 am, ia belum dapat dihidangkan sepenuhnya. Kami mula kalut, memotong nasi himpit, mencelur sayur, mee kuning dan bihun serta mencarikkan isi ayam.

nasi himpit (di dalam bekas bertutup), mee kuning dan bihun sup akhirnya dapat disediakan 

dimakan bersama carikkan isi ayam, bawang goreng, daun sup, begedil dan sambal lada (ayah tak suka taruk kicap)

sup (dihidangkan dalam fluks) dan air strawberri
Ie puas melihat semua juadah. Memang beria dan bersungguh lah majlis kali ini. Tak pernah ada majlis sebesar ini di rumah kami sejak pemergian arwak kakak. Setelah hampir 5 tahun berlalu, baru kali ini kami mengadakan majlis kesyukuran.

Majlis ini untuk meraikan adik Ie, Anis yang berjaya menerbitkan novel pertamanya di bawah syarikat SR Publication, manakala Ie pula sudah sah jawatan dalam perkhidmatan sejak awal tahun baru ini. Ie dan Anis berkongsi bajet mengadakan majlis ini. Di samping tarikh yang dipilih pula tepat pada ulangtahun kelahiran Ayu iaitu 23 Ogos manakala bacaan Yasin untuk adik bongsu kami Aro yang akan menduduki UPSR tak lama lagi.

Ok setakat ini dahulu, jika ada kelapangan ie akan sambung lagi cerita tentang majlis ini ye. :D

p/s: kek coklat dan tapai terlepas pandang. Tak tertangkap gambarnya dari hp ie ni. huu