Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Wednesday, April 18, 2012

18 APRIL 2012


love can touch us one time
And last for a lasttime
And never let go till were gone

love was when I loved you
One true time I hold to
In my life well always go on...


Hampir 5 tahun kau pergi tinggalkan kami. Terasa baru semalam semua terjadi. Andai kau masih bernafas di dunia ini, hari ini pasti akan terukir sebuah lagi sejarah sambutan ulangtahun kelahiran mu yang ke -26. 

Tapi aku tahu, Allah lebih menyayangimu. Kau pergi di kala usia muda, baru 21 tahun. Menyentap hati seluruh ahli keluarga.

Setelah pemergian mu, baru ku tahu. Betapa kami sangat menyayangi mu. Sangat. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa sayang dan rindunya kami terhadapmu.

Mudah-mudahan rohmu di limpah rahmat yang Esa sentiasa dan semoga Allah mempertemukan kita semua di syurgaNya kelak. Perkenankanlah ya Allah~

TERUKIR DI BINTANG


Tuesday, April 17, 2012

FIKSYEN 302

Dah baca novel ini? hikhik...


Novel ni baru terbit penghujung tahun lepas. Ie baru selesai baca semalam. 

Minggu lepas, ie temankan Naniey, adik ie ke Popular di Jusco, Melaka Tengah untuk membelanjakan baucar buku 1 Malaysianya. Dia baru dapat baucar tersebut seminggu sebelum tu. Padahal tarikh luputnya pula 24 April tak lama lagi. So, apalagi? Dia mahu habiskan baucar tu sekaligus hari itu juga.

Dan ie pun pujuk dia supaya belikan ie novel ini. Sebenarnya ie dah tengok novel ni di Karnival Buku Karangkraf bersama Kolej UNITI di PD akhir Mac lalu. Siap Encik Ramlee Awang Murshid tu didatangkan khas untuk bertemu peminat lagi. Tapi ie tak minta autograf pun sebab ie tak beli novel ni masa tu walaupun ada di jual dengan diskaun 20 peratus di situ. Ie memang sayang duit untuk beli novel. Pada fikiran ie, novel hanya dibaca sekali aje pastu tak akan baca dah. Kan membazir. huhu...

RM200 harga yang agak besar bagi kami yang jarang berbelanja dengan jumlah itu. Jadi satu masalah pula apabila Naniey nak habiskan baucarnya. Mungkin sebab itu lah dia setuju belikan novel ini khas untuk bacaan ie. Thanks a million, Naniey. Dapat jugak ie baca novel ni. 

Kalau baca novel biasanya berminggu-minggu ie ambil masa. Tapi untuk yang ni tak sampai seminggu. Masuk bab tengah, terus tak senang duduk. Rasa ingin tahu menyebabkan ie rela baca terus-menerus. Alhamdulillah, sudah juga akhirnya. Habis je menyudahkan bacaan, ie update status facebook seperti di bawah:


Hah, tengok ada yang like. Dan yang like tu pula sudah baca. Ingat ie di antara yang terawal tapi rasa macam orang yang terakhir pula tahu tentang novel ini best. >_<

Ok, sekarang ie cerita serba sedikit kisah Fiksyen 302 ni. Ia bermula apabila Farid baru keluar dari hospital sakit jiwa. Tak lama kemudian beberapa siri pembunuhan berlaku. Semuanya dibuat oleh orang yang berlainan terhadap beberapa orang yang saling berkaitan. Yang menghairankan, cara serah diri mereka kepada pihak polis adalah sama. Mereka juga semuanya baru keluar dari hospital jiwa yang sama dengan Farid dan Farid sendiri adalah pembunuh terakhir yang ditangkap.

Mereka mengatakan bahawa Zonan yang menyuruh mereka membunuh. Pakar jiwa mengesahkan mereka masih mempunyai masalah mental. Justeru mereka terlepas dari hukuman seksyen 302 yang mengenakan hukuman mati mandatori. Sebaliknya mereka dimasukkan semula ke hospital jiwa. Semua orang percaya bahawa Zonan tidak wujud di alam realiti, cuma wujud di alam fantasi pesakit-pesakit mental ini sahaja.

2032, anak mangsa terakhir yang dibunuh, mengikuti satu eksperimen di mana dia telah kembali semula ke tahun tragedi itu berlaku. Pada cubaan pertama Rita dihantar ke tahun 2012. Namun dalam cubaan ke-2, Rita dihantar ke tahun 2014 tanpa disedarinya. Pada tahun tersebut, watak yang dipilih Rita telah mati dibunuh.

Belum sempat Rita kembali semula ke tahun 2032, Zonan telah muncul mengucar-kacirkan eksperimen tersebut. Akibatnya, Rita tersedar semula tapi dalam watak orang lain. Dia mengenali Zonan yang datang membunuh watak yang dipilihnya. Zonan diumpan untuk keluar. 

Rita kemalangan dalam cubaan Zonan untuk membunuhnya. Namun dia terselamat sebaliknya Zonan pula yang terperangkap. Hikmah dari kemalangan itu, Rita kembali ke watak asalnya semula manakala rahsia Zonan terbongkar. Dia lah perancang utama semua siri pembunuhan atas alasan membalas dendam. Tapi caranya bagaimana? Baca lah sendiri. haha....

Ok, ie cerita serba sedikit sahaja. kalau cerita semua, tak syok lah korang nak baca. Sekarang dapatkan novel ini, dan baca lah. 

"Jangan Percaya!"
:D



Monday, April 16, 2012

ASAM PEDAS AYAM

Hari ini cuti sempena sambutan Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Jadi ie merajinkan diri untuk main masak-masak (ayat orang tak berapa pandai masak. huahuahua). Dari malam tadi lagi, ie merancang nak masak asam pedas ayam sebab sudah lama tak memasaknya. Dan juga, sebenarnya ie plan Asam Pedas kali ni nak buat masuk blog! Hakhak...



Dah siap-siap masak, satu masalah pulak timbul. Ie tak tahu di mana adik ie simpan kamera. Jadi ie tak dapat lah tangkap gambar ketika kuah masih berasap. Kat sebelah asam pedas tu pulak, kacang buncis goreng kunyit. Tak sanggup lah nak snap picture. Dah comot sangat piringnya. huu.. Adik ie tak cuti sebab dia praktikal di sekolah yang terletak di bawah pentadbiran PPD Tampin, Negeri Sembilan. Sejam selepas ie siap masak, baru dia sampai rumah. Sebaik dia sampai, kami terus makan kerana masing-masing dah lapar. Dan ie hanya tangkap gambar ni setelah hari dah petang. hoho... tak senonoh kan... huuuuu~


Tapi tak mengapa. Jangan risau kalau korang nak tengok gambar Asam Pedas Ayam yang cantik! Sila berkunjung ke Blog Mat Gebu ye. Lagipun ie cuba resepi ini dari blog dia. Cuma ada lah beberapa perubahan terpaksa ie lakukan mengikut apa yang ada kat rumah jer. Hee...

Porsi: 
2-4 orang

Bahan-bahan:
  • untuk dikisar: 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1cm kunyit, 1cm lengkuas, 1cm halia, 1 biji buah keras, 1/4 camt lada hitam (dan 3-4 biji lada jarum jika suka)
  • 1 camb lada kisar
  • 4 bahagian ayam 
  • secekak daun kesom (bersihkan dan tos)
  • 1 sudu asam jawa (bancuh dengan air untuk dapatkan jusnya & tanggalkan biji-ie guna asam jawa yang masih ada biji)
  • 1/2 camt gula
  • 1 camt ++ garam
  • air secukupnya (mungkin dalam 2-3 cawan kot. :P)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah:
  • kisar halus semua bahan untuk dikisar. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga harum.
  • Masukkan lada kisar dan tumis hingga garing.
  • Masukkan ayam bersama dengan daun kesom. Gaul rata dan biarkan sehingga ayam kecut.
  • Tambahkan air dan biar sehingga ayam betul-betul empuk.
  • Kemudian, masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidang.

 ok, sekarang silakan mencuba! :P

Sunday, April 15, 2012

Lazimnya orang yang mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau atau menyakitkan hati akan lupa apa yang telah diperkatakannya TAPI orang yang mendengar kata-kata tersebut tidak akan pernah lupa apa yang telah didengarinya.