Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Monday, October 10, 2011

Cucur Ayam


Petang-petang sedap pekena cucur atau kuih bergoreng kan? Mmm.. dulu masa kecil2, petang masa untuk bermain. Sekarang dah tua ni, duk kat rumah aje. Kemudian mula lah perut berkeroncong. Nak tunggu makan malam lambat lagi. Jadi selalu lah memikirkan juadah minum petang.
Petang ni ie buat Cucur Ayam. Asal resepi ini adalah daripada idea adik ie, Nanieytj. Dia ni sangat suka kan ayam berbanding ikan. Semua ikan akan bertukar menjadi ayam kalau dapat kat dia. Dulu mak selalu buat cucur ikan bilis atau cucur ikan. Tapi bila Nani sudah mula memasak, suatu hari dia buat cucur dengan menukar ikan kepada ayam. Sedap woo...
Hari ni cucur Nani menjadi salah satu kegemaran kami adik-beradik. huhu... Ok, jom tengok bahan-bahan dan kaedah membuatnya.

Bahan-bahan:
  1. 1 bahagian ayam
  2. 2 biji ubi kentang
  3. 2 biji bawang merah (jika suka)
  4. 1 biji telur
  5. 300g ++ tepung gandum
  6. 1 camt garam
  7. 1/2 camt serbuk lada hitam
  8. sedikit air
  9. minyak untuk menggoreng
Kaedah:
  1. Ayam dibuang tulang dan isinya dipotong dadu. Bersihkan.
  2. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu.
  3. Bawang merah dihiris nipis. Boleh juga guna bawang besar.
  4. Masukkan ayam, ubi kentang dan bawang ke dalam mangkuk adunan.
  5. Pecahkan telur dan kacau dengan menggunakan sudu.
  6. Tambahkan gandum, garam, lada hitam dan sedikit air. Jika adunan keras, tambahkan air. Jika sebaliknya tambahkan gandum. Kacau adunan hingga rata.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali. Sudukan adunan tadi satu persatu.
  8. Goreng hingga warna kekuningan. Angkat. Sedia dihidangkan panas-panas.
Porsi: 2 orang
~Enak di makan bersama sos cili dan mayonis. Selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment