Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Ayam Masak Halia



Hari ini buka peti, tengok isi ayam aje yang tinggal. Bahagian isi dengan tulang dah habis guna. Ingat nak buat sup tapi bahagian isi tak sedap dimasak sup. Jadi tengahari tadi ie masak ayam masak halia. Resepi asal dari koleksi resepi subjek makanan dan pemakanan di UTM dulu. Jom try buat!

Porsi:
1-2 orang

Bahan:
  1. 200g isi ayam/ 1 bahagian ayam
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 2 inci halia
  4. 2 helai daun bawang (ie abaikan)
  5. 1/2 camt minyak jagung* (tiada jadi ie ganti dengan minyak masak cap buruh tu hah)
  6. 1/2 camt ++ minyak bijan*
  7. 1/2 camt sos tiram
  8. 1/2 camt kicap manis
  9. 1/2 camt garam
  10. 100 ml air
Kaedah:
  1. Isi ayam dipotong dadu. Cuci dan toskan.
  2. Halia dan bawang putih dikisar/dicincang halus.
  3. Ayam dimasukkan ke dalam mangkuk bersama halia, bawang putih, minyak jagung, minyak bijan, sos tiram, kicap manis dan garam. Gaul rata dengan menggunakan sudu.
  4. Perap ayam bersama bahan tadi selama 15 minit.
  5. Panaskan kuali dan masukkan ayam sambil dikacau rata.
  6. Masukkan air dan biarkan hingga ayam masak dan kering.
  7. Jika menggunakan daun bawang, potong daun tersebut 1 inci panjang. Masukkan daun tersebut ke dalam kuali dan gaul sebentar.
  8. Sedia dihidangkan.
Ini cara buku. Mak ie selalu jugak masak masakan ni. Ayam
Masak Halia resepi mak warnanya lebih cantik sebab tak guna kicap dan penggunaan halia lebih banyak. Entri di lain hari nanti ie masukkan resepi Ayam Masak Halia resepi air tangan bonda ie ye. hee~

juadah tengahari orang bujang. Jom makan! :P

No comments:

Post a Comment