Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Saturday, February 25, 2012

SARDINE SANDWICH

Semalam hari yang cukup indah. Seronok apabila mendapat tempahan  sandwich dari Kak Lis, guru pusat sumber SMJKPS untuk kem motivasi pengawas-pengawas perpustakaan hari ini. Kak Lis tempah sebanyak 60 paket sandwich. Wah, satu cabaran! Maklum lah ie ni bukan terror masak pun. Sekali dapat tempahan pula. huhu... tapi tak apa, ie terima. ie akan cuba buat. Kalau sedap, untung-untung dapat tempahan lagi. Kalau tidak sedap pun, ie boleh jadikan ia sebagai pengalaman.

inti sardin yang sudah siap!

 Al-kisahnya dalam seronok ada nervous nya tau. Sebab risau tak sempat siapkan pukul 3.30 petang nanti. (Masa yang diminta) Jadi seawal jam 10.30 pagi, ie mula memotong bawang dan menyediakan bahan-bahan masakan. Bawang yang ie beli pula besar-besar. Sambil menyediakan bahan-bahan tersebut, ie masakkan tomyam untuk makan tengahari. Usai makan tengahari barulah ie mula menyediakan inti. Masa tu dah sekitar jam 12.30 tengahari. Alhamdulliah, Nanieytj ada di rumah. Dia bantu ie mengacau bahan di dalam kuali. So, tugas ie jadi mudah. Just campak-campak jer. Huhu...

Hasilnya... dapat dua tupperware inti!

 Proses pembungkusan pula, ie dibantu oleh adik ie yang seorang lagi, Iekatj. Ie potong roti dan sapukan inti. Manakala iekatj memasukkan sandwich ke dalam bekas dan mengetipnya. Kami mula membungkus ketika jam menghampiri pukul 2.00 petang. Lazimnya  satu hari ie membungkus 10 paket sandwich sahaja tapi hari ini 60 paket. (Ie niaga sandwich di bawah Persatuan KH dan Keusahawanan di bilik guru sekolah. :P) Bayangkan kali ini 6 kali ganda. Kalau buat seorang tak tahu lah lama mana masa diperlukan. Masa berjalan sangat pantas sehingga dalam proses tersebut, ie tak sempat menangkap satu gambar pun. Risau sandwich tak siap on time.

Ini bungkusan yang telah siap.

  Tak cukup dimasukkan ke dalam bekas, setiap paket sandwich seterusnya perlu dimasukkan ke dalam plastik pula. Memang perlukan kesabaran. Terima kasih Iekatj kerana sudi membantu.

Dari pandangan atas~

Alhamdulillah... tepat jam 3.10 minit petang kami berjaya menyiapkan 60 paket sandwich. Di rumah sewa ie tiada bakul, terpaksa lah masukkan sandwich-sandwich tadi ke dalam beg plastik lebih besar supaya senang di bawa.

1 paket 1 plastik macam ni! :|

 Syukur, akhirnya tempahan pertama yang ie terima berjaya disiapkan. ie bagi diskaun 10 sen bagi setiap paket. ie hanya jual dengan harga 90 sen sahaja 1 paket. murah? Tak apalah, untuk pelanggan pertama. Insyaallah, ada rezeki lain lagi bakal menyusul. :)

Sedia untuk dihantar! :D

 Ok, untuk tidak menghampakan anak-anak bujang semua (tak kira lelaki ke perempuan), jom  ie perturunkan ilmu untuk kalian! kihkihkihkih (poyo)~
Untuk porsi- 10 paket sahaja ok!

sardine sandwich~ yummy!

Bahan-bahan:
  1. 1/2 tin sardin yang paling kecil
  2. 1 biji bawang besar
  3. 1 biji bawang putih (jika suka)
  4. 1 camb lada kisar/boh
  5. 1/2 camt ++ garam
  6. 1 camb sos tomato
  7. 1 camb ++ kicap cair
  8. 1 biji limau kasturi
  9. sedikit minyak untuk menumis

Kaedah:
  1. Cincang 3/4 bawang besar
  2. Kisar halus/ tumbuk 1/4 lagi bawang besar bersama bawang putih hingga lumat.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang yang telah ditumbuk lumat tadi. goreng hingga berbau wangi.
  4. Masukkan lada kisar. Goreng hingga terbit minyak. (Pastikan bawang dan lada betul-betul masak).
  5. Kemudian barulah dimasukkan bawang besar cincang tadi. 
  6. Masukkan sardin yang telah dihancurkan. Tambah sos tomato dan garam. Kacau sebati.
  7. Masukkan sedikit kicap cair dan kacau lagi hingga rata.
  8. Rasa. Jika tawar, masukkan kicap cair. 
  9. Tutup api dan kacau sebentar supaya wap panas keluar. Perahkan jus limau kasturi dan jika mahu pedas boleh ditambah dengan hirisan cili padi. Kacau sebati. Biarkan sejuk.
  10. Potong 2 keping roti kepada bentuk segi tiga. Sapukan inti sardin tadi pada satu bahagian roti dan tutup inti tersebut dengan satu bahagian lagi. 
  11. Ulang langkah 10 untuk roti yang ke-2 dan seterusnya hingga habis inti tersebut.
  12. Sandwich sedia untuk dimakan. :)

2 comments:

Unknown said...

Salam, bungkusan sandwich boleh dpt di mana ya?

Unknown said...

Salam, bungkusan sandwich boleh dpt di mana ya?

Post a Comment