Seringkali perkara yang membuatkan aku tidak puas hati adalah bila orang tidak mematuhi kehendak aku. Bukan kehendak untuk kepentingan aku seorang bahkan untuk kepentingan semua. Kalau untuk kepentingan peribadi, akal logik akan merasionalkan balik rasa tidak puas hati ku. Dan ia akan reda dengan cepat. Tapi bila aku tidak puas hati kerana aku berada di pihak yang benar, itu memang sukar untuk reda.
Aku juga tidak puas hati apabila perkara yang aku pesan berkali-kali sukar orang turuti. Apa guna aku bersuara andai orang tidak mengendahkan. Bahkan buat tidak tahu sahaja. Very annoying and frustrating lah!
![]() |
google search |
Kadangkala aku rasa tanggungjawab yang aku pikul terlalu berat. Terbeban di bahu seorang diri. Aku minta pengertian orang disekeliling tapi permintaan ku bagai mencurah air ke daun keladi, bagai debu yang ditiup angin berlalu. Siapa sudi mendengar?
Semua melihat aku boleh segalanya, aku ada serba-serbi. Mereka buat aku sesuka hati, sewenang-wenangnya. Memang lah kalau begitu sampai masa hati ku rasa marah. Tak puas hati. Aku bukannya mahu menjadi Puteri Raja atau Ratu yang mesti dipatuhi kehendak sewenangnya. Aku cuma mahu rasa diri dihargai dan dihormati selayakknya sebagai aku.
Kalau dituruti hati ni, mahu je aku halau semua yang membuatkan aku jadi begini. Tak pun biar aku aje yang pergi. Biar hidup sendiri daripada menanggung rasa hati ini~
No comments:
Post a Comment