Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Saturday, May 28, 2011

RAPUH


Detik waktu terus berjalan,
Berhias gelap dan terang,
Suka dan duka, tangis dan tawa,
Tergores bagai lukisan,
Seribu mimpi, berjuta sepi,
Hadir bagai teman sejati,

Di antara lelahnya jiwa,
Dalam resah dan air mata,
Ku persembahkan kepada Mu,
Yang terindah dalam hidupku,

Meskipun rapuh dalam langkah,
Kadang tak setia kepada Mu,
Namun cinta dalam jiwa,
Hanyalah pada Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri Mu yang bertakhta

Sunday, May 15, 2011

MUNAJAT KU PADA MU

Semakin menginjak dewasa... semakin banyak kisah sedih yang ie temui...
Ie tahu itu semua cara Tuhan menguji...
Sebab tu, bila kesedihan datang, hanya dengan munajat pada Tuhan dapat menghilangkan perasaan itu.

Tuhan, kuatkan lah aku menghadapi semua ujian Mu. Janganlah sesekali biarkan aku lalai dan terleka dengan dunia ini, kerana pasti ajal itu akan tiba walau lambat mahupun cepat. Aku hanya mahu mati di jalan yang Engkau redhai, sebagai hamba Mu yang beriman dan bertaqwa hanya pada Mu. Amin ya Rabb~

Shoutul Amal - Guruku.wmv


Aku memulakan pelayaran internet ku pagi ini di laman youtube. mendengar beberapa buah lagu berkisar tentang guru. Sungguh banyak lagu yang mendendangkan pengorbanan guru. Salah satu aku share kn di facebook. Untuk blog pula aku terus mencari sehingga lah bertemu video lagu ini. Sama-sama kita dengarkan sempena menyambut hari guru 16 Mei 2011 esok.

Tiba-tiba hp ku berdering. Panggilan masuk dari mak su. Mak su sampaikan satu berita tentang Kamal.

Kamal adalah anak saudara mak su. Mak Su pula adalah isteri kepada bapa saudara ku, Pak Su. Ketika aku di tahun 1 pengajian di UTM, aku pernah kemalangan. Oleh kerana kecederaan ku tidak teruk, maka aku tidak balik ke Terengganu. Melalui Kamal, mak mengirimkan keropok sira. Aku tahu sebenarnya supaya Kamal dapat lihat keadaan aku. Jadi dia dapat mengiyakan kepada ibu bapa ku, yang aku tak apa-apa. Ketika itu Kamal sudah di tahun akhir pengajiannya dalam kursus pendidikan Kimia.

Tiga tahun kemudian, aku bertemu buat kali ke-2 dengan Kamal pada 2010 ketika majlis perkahwinan adik Mak Su. Beberapa bulan lagi, Kamal bakal melangsungkan perkahwinan dia pula. Ketika itu, dia sudah bekerja sebagai guru di Sarawak manakala aku berada di tahun akhir pengajianku.

dan baru sebentar tadi, berita yang Mak Su sampaikan adalah Kamal sudah meninggal dunia. Dia rebah dan terus pergi. Innalillah...

Jenazahnya masih di Sarawak, dalam proses dibawa pulang. Arwah meninggalkan seorang isteri bersama seorang anak kecil yang belum pun berusia setahun. Walaupun hanya bertemu sebanyak dua kali, tapi sudah cukup mengenalkan aku dengan seorang manusia baik hati bernama Kamal.

Pemergiannya pasti meninggalkan kesan besar dalam keluarga beliau kerana sebagai anak sulung, beliau lah pengganti tunggak keluarga yang telah pergi dulu.

Ya Allah, tempatkanlah arwah dalam kalangan hamba-hamba Mu yang soleh dan bertaqwa. Ampunilah dosa dan cucurilah rahmat-Mu buat arwah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Kaya.

Budi yang baik di bawa mati. Terima kasih, Kamal.

Al-Fatihah buat arwah Kamal. Meninggal pada 15.05.2011 di usia 27 tahun.

Saturday, May 14, 2011

Jasa Bonda


Terima kasih mak. Atas segala pengorbanan mak, ambe berdiri di sini seperti hari ini. Tanpa mak, entah siapa ambe kini.
Mudah-mudahan Allah sentiasa mengampunkan dosa mak, mencurahkan rahmat-Nya buat mak, dibahagiakan mak dunia akhirat dan mengasihi mak seperti mana mak mengasihi ambe sejak dari kecil. Semoga hari-hari mendatang, memberikan ambe lebih banyak peluang untuk membahagiakan mak.
Selamat Hari Ibu, mak. Sentiasa menyanjungi dan menyayangi mu semalam, hari ini dan selamanya. Insyaallah.