Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Friday, June 26, 2009

kehilangan


Kehilangan
Sekali lagi aku merasakan

Hebatnya dugaan Mu ini Tuhan
Di hati ini terdetik keperitan

Bila tersedar dari lamunan
Betapa aku sudah tidak berpeluang

Membahagiakan dia di dunia ini
Impian yang ku bina setiap hari
Kini punah dihempas ombak dugaan ini

Pantasnya masa berlari
Akhirnya tiba detik untuk dia pergi

Sebelum sempat aku merealisasi
Segala apa yang ku impi

Tuhan
Aku meredhai

Akan ku terus berbakti
Buat kebahagiaannya
di akhirat sana
Akan ku iringi setiap titis air mata ini
Dengan doa kudus ikhlas dariku
Teristimewa buatnya

perjalanan suatu kehidupan

Kalau masa boleh ku putar kembali
Teringin aku melewati awal tahun 2007
Bersama ibu menghantar dia ke kotaraya
Menjejaki kolej yang diidami
Cekal benar hatinya menimba ilmu
Meneruskan pelajaran jauh nun di kota


Kalau lah masa dapat berputar kembali
Teringin aku ke Ogos 2007
Meninggalkan kuliah yang tidak pernah surut
Untuk bersama-sama meraikan hari konvokesyen
Hari yang amat bermakna buat dia
Hari yang sangat ku nantikan
Untuk ku rai bersamanya
Tapi semua hanya suatu janji
Yang tidak mampu aku penuhi
Sekali ini sahaja mak, lepas ni tidak lagi
Rayu dia demi sejambak mawar
Sempena kejayaan



Kalau masa dapat diputar lagi
Ingin sekali aku kembali
Ke musim tengkujuh tahun lalu
Merenung wajah sucinya
Menyalami dan mencium tangan
Mengusap rambutnya
Mendengar celotehnya
Menenangkan kebimbangannya
Bersama-sama merasai kerisauaannya
Dan sentiasa berada di sisinya
Saat dia merasa sepi


Kalau lah masa boleh kembali
Hanyalah suatu khayalan
Yang tak mungkin terjadi
Kini dia pergi
Dan tidak mungkin akan ku temu lagi
Perkara yang sudah berlaku
Biarlah ia terus berlalu


Buat mengajar diriku erti pengalaman
Yang tidak akan pernah aku lupakan
Dan yang pasti telah mengajar aku
Menjadi seorang yang matang
Dewasa mengikut zaman
Terima kasih, Tuhan
Kurniakan lah aku lautan ketabahan.


hati ini


Bagaimana mampu ku usir apa yang tersirat di hati
Bagaimana mampu ku hadir damai di jiwa ini
Sedangkan aku seorang yang tidak betah bercerita
Jika tiada yang bertanya


Bagaimana mampu ku hilangkan kesedihan ini
Bagaimana mampu ku hamparkan keriangan di hati ini
Sedangkan semua keperitan ku tabur di sini
Sebati terpendam jauh di lubuk hati


Tuhan
Hanya kepada Mu aku mengharap
Kerana hanya kepada Mu
Aku mencurah rasa hati ini


ibu




Ibu… Perjuangan seorang ibu bermula dengan mengandung. Sembilan bulan membawa kandungan yang kian hari semakin membesar ke sana ke mari. Perjuangan seorang ibu bertambah getir di saat melahirkan. Kesakitan yang dialami hanya yang pernah lalui sahaja yang tahu. Peritnya sehingga kematian kerana melahirkan umpama mati syahid. 




Ibu… bukan setakat menyusu tetapi mendidik seorang manusia yang masih belum mengenal dunia, seorang manusia yang seumpama sehelai kain putih. Kasihnya ibu tidak pernah mengenal malam dan siang dalam menjaga anaknya. Kasihnya dia sehingga Allah SWT menjanjikan pahala buat seorang ibu yang tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




Ibu… senyuman tidak pernah lekang di bibirnya tatkala menceritakan perihal kejayaan anaknya. Sentiasa bangga mempunyai seorang anak yang berjaya walaupun kejayaan yang tidak sehebat mana.




Ibu… air matanya tidak pernah hapus melihat kesukaran anaknya dalam menempuh setiap ujian dan dugaan hidup. Tidak sanggup seorang ibu mendengar jeritan kesakitan anaknya. Tidak sanggup dia melihat air mata kegagalan anaknya. Seolah ingin dia yang menggantikan tempat itu.




Ibu… Kesabarannya menggunung dalam mendewasakan anaknya menjadi manusia berguna. Kelelahannya tidak pernah minta dinilai. Kasih sayangnya terus subur, sentiasa mekar di setiap detik yang berlalu.




Ibu… Kolam matanya bertakung menitip doa buat arwah anak yang pergi dulu sebelummu. Namun tabahnya ibu menutup segala kesedihan yang terbeban di bahu. 

Ibu… hanya syurga yang layak buat insan semulia mu.

sepi


Jika aku sedih

siapa yang sudi

berkongsi perasaan ini

Jika aku sepi sendiri

siapa yang sudi menemani

Insan sekerdil ku tiada siapa yang peduli

Entah hidup entahkan sudah tiada lagi

Andai hidup ini

ku lalui dengan jiwa yang kosong

Mampu kah ku mengemudi

Tanpa arah tanpa tujuan

Alhamdulillah

Ku menyedari

Masih ada yang sentiasa bersama ku

Walau sedih walau sendiri

Walau sepi setiap hari yang menemani

Dia sentiasa hadir menumpahkan rahmat

Jadi tiada sebab untuk ku persiakan hidup ini

Akan ku pertaruhkan jiwa ini

ke jalan Mu, ya Illahi

Bila mengenal Rabbi

Sendiri bukan lagi bererti sepi

Tiada lagi sepi kerana sendiri

Allah sentiasa di sisi

menemani


Monday, June 8, 2009

Teman


Teman..
tegurlah aku andai aku silap
bimbinglah aku andai aku sesat
bersama aku andai aku dirundung duka
dan bersama meraikan andai aku gembira

kerana hadirmu teman
membahagiakan aku
umpama sinaran bulan
yang menyuluh kelamnya malam

teman..
mendung dihatiku
ingin sekali ku dendang kepadamu
secerah suria dihatiku juga
ingin sekali ku gurindamkan buatmu

kerana bagiku
tiada hari seceria bersama seorang
yang bernama teman.