Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Friday, June 26, 2009

perjalanan suatu kehidupan

Kalau masa boleh ku putar kembali
Teringin aku melewati awal tahun 2007
Bersama ibu menghantar dia ke kotaraya
Menjejaki kolej yang diidami
Cekal benar hatinya menimba ilmu
Meneruskan pelajaran jauh nun di kota


Kalau lah masa dapat berputar kembali
Teringin aku ke Ogos 2007
Meninggalkan kuliah yang tidak pernah surut
Untuk bersama-sama meraikan hari konvokesyen
Hari yang amat bermakna buat dia
Hari yang sangat ku nantikan
Untuk ku rai bersamanya
Tapi semua hanya suatu janji
Yang tidak mampu aku penuhi
Sekali ini sahaja mak, lepas ni tidak lagi
Rayu dia demi sejambak mawar
Sempena kejayaan



Kalau masa dapat diputar lagi
Ingin sekali aku kembali
Ke musim tengkujuh tahun lalu
Merenung wajah sucinya
Menyalami dan mencium tangan
Mengusap rambutnya
Mendengar celotehnya
Menenangkan kebimbangannya
Bersama-sama merasai kerisauaannya
Dan sentiasa berada di sisinya
Saat dia merasa sepi


Kalau lah masa boleh kembali
Hanyalah suatu khayalan
Yang tak mungkin terjadi
Kini dia pergi
Dan tidak mungkin akan ku temu lagi
Perkara yang sudah berlaku
Biarlah ia terus berlalu


Buat mengajar diriku erti pengalaman
Yang tidak akan pernah aku lupakan
Dan yang pasti telah mengajar aku
Menjadi seorang yang matang
Dewasa mengikut zaman
Terima kasih, Tuhan
Kurniakan lah aku lautan ketabahan.


No comments:

Post a Comment