Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Friday, June 26, 2009

ibu




Ibu… Perjuangan seorang ibu bermula dengan mengandung. Sembilan bulan membawa kandungan yang kian hari semakin membesar ke sana ke mari. Perjuangan seorang ibu bertambah getir di saat melahirkan. Kesakitan yang dialami hanya yang pernah lalui sahaja yang tahu. Peritnya sehingga kematian kerana melahirkan umpama mati syahid. 




Ibu… bukan setakat menyusu tetapi mendidik seorang manusia yang masih belum mengenal dunia, seorang manusia yang seumpama sehelai kain putih. Kasihnya ibu tidak pernah mengenal malam dan siang dalam menjaga anaknya. Kasihnya dia sehingga Allah SWT menjanjikan pahala buat seorang ibu yang tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




Ibu… senyuman tidak pernah lekang di bibirnya tatkala menceritakan perihal kejayaan anaknya. Sentiasa bangga mempunyai seorang anak yang berjaya walaupun kejayaan yang tidak sehebat mana.




Ibu… air matanya tidak pernah hapus melihat kesukaran anaknya dalam menempuh setiap ujian dan dugaan hidup. Tidak sanggup seorang ibu mendengar jeritan kesakitan anaknya. Tidak sanggup dia melihat air mata kegagalan anaknya. Seolah ingin dia yang menggantikan tempat itu.




Ibu… Kesabarannya menggunung dalam mendewasakan anaknya menjadi manusia berguna. Kelelahannya tidak pernah minta dinilai. Kasih sayangnya terus subur, sentiasa mekar di setiap detik yang berlalu.




Ibu… Kolam matanya bertakung menitip doa buat arwah anak yang pergi dulu sebelummu. Namun tabahnya ibu menutup segala kesedihan yang terbeban di bahu. 

Ibu… hanya syurga yang layak buat insan semulia mu.

No comments:

Post a Comment