Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Thursday, August 30, 2012

SALAM MERDEKA 2012

Usah diragut kebebasan ini
Usah dicemari kedamaian ini
Dengan sengketa, dengan prasangka
Kita sudah sepakati
Memberi dan menerima
Jadi, jangan diungkit kembali
Kenapa begitu, kenapa begini
Sucikan hati, hindari iri
Marilah kita bersatu seteguh hati
Agar berpanjangan kemerdekaan ini.

Salam Merdeka yang ke-55 Malaysia ku tercinta. Mohon Tuhan panjangkan kedamaian ini~

Sunday, August 5, 2012

FOOD POISONING

Salam Ramadhan semua. Insyaallah malam ini kita akan menyambut Nuzul Quran yakni esok ada lah 17 Ramadhan, hari dimana al-Quran diturunkan. Cepat masa berlalu...

Seminggu lepas, bagaikan tak terasa masa berputar. Maklum lah apabila kita dikejutkan dengan berita tanpa disangka, apa pun berlaku di sekeliling kita kadangkala tanpa kita sedari. Bermula dengan hari Khamis, 26 Julai 2012; di saat menunggu waktu berbuka, ie dikejutkan dengan panggilan telefon dari Hospital Port Dickson (HPD). Beliau memaklumkan adik ie, Ayu dimasukkan ke wad kerana keracunan makanan.

Berdebar ie menerima panggilan tersebut. Ie bertanyakan keadaan Ayu. Beliau tak dapat jelaskan teruk atau tidak yang pasti pihak hospital telah menjalankan rawatan dengan memasukkan air ke badan. Lega rasanya. Ie menelefon hp Ayu tapi tak dapat. Jadi ie menelefon mak di kampung, sekadar memaklumkan.

Usai berbuka puasa, ie menerima panggilan dari ayah pula. Ayah memberitahu mak mahu datang ke sini. Risau ie jadinya, ialah naluri ibu biasanya apa yang dirisaukan memang benar. Ie cuba menghubungi hp Ayu sekali lagi. Kali ini bersambut tetapi dijawab oleh rakannya. Rakan Ayu memberitahu hp Ayu tercicir di dalam kereta ketika ia dibawa ke klinik.

Ie cuba tenangkan hati. Berfikir positif. Seperti biasa jam 10 ie  masuk ke bilik untuk tidur. Tetapi mata pula susah nak lelap. Sekitar jam 11.30 malam, baru nak lelap hp ie berdering lagi. Panggilan dari ayah. Ayah memberitahu bahawa pihak hospital menelefon memberitahu mereka terpaksa memasukkan Ayu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tekanan darahnya tetiba menjadi rendah dan kadar denyutan nadinya menjadi laju.

Tidak beberapa lama kemudian, emak pula menelefon dari dalam bas memaklumkan perkara yang sama. Bezanya mak dapat bercakap dengan Ayu. Ayu meminta dia pergi ke sana cepat. Mujur dia sedar masa dimasukkan ke ICU kerana kata mak kalau dalam keadaan tidak sedarkan diri itu yang bahaya.

Biasa lah bila ujian melanda, hati mana nak tenang. Mata pun tak dapat nak lelap lagi. Ie bangun menunaikan solat hajat memohon keselamatan dan kesejahteraan Ayu. Kemudian ie mengaji sehingga mata mula mengantuk kembali, baru lah ie berbaring semula. Entah pukul berapa ie lelap...

Mak tiba sekitar jam 4.30 am. Kami terus bersahur. Sekitar jam 6.40 am ie sudah bersiap keluar dari rumah ke sekolah. Ie hendak menyudahkan beberapa kerja sebelum meminta untuk pulang lebih awal. Sekitar jam 8.00 am sebelum, kelas bermula, ie berjumpa dengan GPK 1 meminta keizinan untuk pulang pukul 9.40 am selepas kelas ie berakhir. Selepas mendengar penerangan ie tentang adik yang dimasukkan ke ICU, GPK 1 terus memberi kebenaran untuk ie keluar waktu tu juga. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah segala urusan.

Walaupun balik awal, ie tak dapat bertolak waktu tu juga. Kami menunggu Anis, adik ie yang berada di Melaka Tengah pula. Sekitar jam 10.30 am baru lah kami bertolak ke sana. Kami tiba sekitar jam 11.30 am di kolej Ayu, berjumpa dengan pegawai penyiasat. Beliau memaklumkan tindakan yang telah diambil berikutan kes keracunan ini. Kami turut dimaklumkan seramai 30 orang pelajar termasuk seorang staff kolej telah keracunan makanan akibat membeli juadah berbuka dari gerai yang sama.

Tanpa melengahkan masa lagi kami membawa salah seorang rakan baik Ayu, Syu ke HPD. Mudah masuk ke wad ICU HPD cuma 2 orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu ketika. Mula-mula memandang Ayu memang menyedihkan. Wayar berselirat di dada dan kedua tangannya. Tetapi bila tengok dia ceria bercerita kepada mak, hati rasa lega.

Ayu memberitahu gambar mee sup yang dihantar kepada ie petang kelmarin itu lah menjadi penyebab keracunan. Ia, ie baru teringat petang hari Rabu, ie menghantar mesej bertanyakan Ayu tentang juadah berbukanya. Dia makan habis licin mee sup tersebut dan mula merasa tidak sedap badan apabila bangun bersahur paginya. Tekak rasa loya sehingga dia tidak berselera untuk makan. Jadi dia hanya mengambil snek untuk sahur pagi tersebut. Akibat cirit-birit dan muntah berterusan, badan dia kehilangan air yang banyak. Sementelah dia juga baru kebah dari demam.

Ketika dihantar ke klinik, badan dia terlalu lemah sehingga doktor di klinik menghantar kesnya ke HPD. Dia dibawa ke HPD dengan menaiki ambulans. Pada mulanya dia seperti rakan-rakan lain dimasukkan air, tetapi apabila suhu badannya mula naik, tekanan darah pula turun dan denyutan nadi nya menjadi laju menyebabkan dia disorong masuk ke ICU pula.

Hanya 2 orang sahaja dari kes keracunan yang dimasukkan ke ICU. Ketika Ayu sudah stabil petang tu, pesakit yang seorang lagi pula masih dalam pengawasan. Dia dimasukkan ke ICU dalam keadaan separuh sedar.

Lebih kurang jam 4.30 pm, keadaan Ayu sudah betul-betul stabil. Justeru dia dipindahkan masuk ke wad 1 (wad pesakit biasa) Di sana terdapat lebih kurang 7 orang lagi rakan se kolej nya yang turut diberi rawatan. Dua kali ie keluar, membeli barang keperluan Ayu dan mak yang akan bermalam disitu untuk menjaga Ayu. Kami bertiga bertolak pulang dalam jam 06.40 pm. Menghantar Syu semula ke kolej dan meneruskan perjalanan ke Tampin memang memenatkan. Sementelah ie pun tak cukup tidur, kepala berdenyut-denyut menahan sakit.

Usai berbuka dan solat maghrib, Ie terus tertidur keletihan.

Ie bangkit semula dalam jam 4.00 am untuk solat Isyak. Huhu.. satu hari yang haru biru.

tangan Ayu bersama sambungan wayar air dan ubat pada hari ke-2 di wad

Hari sabtu, berita keracunan makanan di kolej Ayu mendapat liputan semua akhbar dalam negara. Malam sebelum tu pun dihebahkan dalam buletin utama tv3. Muka Ayu terpampang dalam 3 akhbar iaitu Sinar Harian, Metro dan Kosmo. Em.. macam-macam ye.

3 hari ie berulang alik Tampin-Port Dickson. Hari Ahad petang kami menjemput Ayu dan membawanya pulang ke Tampin. Sebab tu ie cakap sekejap je masa berlalu, lihat lah pejam-celik pejam celik 3 hari berlalu sejak Ayu dimasukkan ke HPD.

Alhamdulillah, hari ini Ayu berada di kolejnya di PD, bakal menduduki peperiksaan semester III minggu depan. Mudah-mudahan dia sentiasa sihat sejahtera dan dalam lindungan & rahmat Allah sentiasa. Amin.