Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Sayur Campur @ Masak Air

Kalau di Terengganu, orang panggil Masak Air sebab resepinya mudah. Warna air yang dimasukkan pun tak berubah sangat berbanding kalau masak rendang, gulai or sambal. 100% berubah warna air yang dimasukkan kan? (pandai jer ie reka cerita~ hakhak)

Ini resepi ke-2 hari ini. Ayam Masak Halia ialah masakan kering. Kuahnya hampir tiada. Jadi untuk dapatkan kuah eloklah kita masak Sayur Campur aka Masak Air ni. Sayur yang digunakan pun lebihan sayur buat tomyam semalam. Opps entri tomyam tak pernah post pun. (Belum sempat nak snap gambar, dah telan! Cmno nak masuk blog? huhu)

Porsi: 1-2 orang

Bahan:
  1. 1/2 - 1 ulas bawang besar (kalau bawang terlalu besar, guna separuh sudah lerr)-Mayang halus
  2. 2 ulas bawang putih-diketuk@dihentak
  3. Seketul isi ayam dihiris nipis
  4. 5-7 biji lada hijau (boleh ganti dengan lada hitam jika suka)
  5. 1 putik jagung
  6. 1/2 batang lobak merah
  7. sedikit bunga kobis (tak tahu nak sebut banyak mana. terpulang lah. huhu)
  8. secawan ++ air
  9. 1/2 ++ camt garam
  10. 1/2 camt gula
  11. Sedikit minyak untuk menumis
Kaedah:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan putih. Goreng hingga berbau wangi. Masukkan isi ayam dan biarkan hingga berubah warna.
  2. Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan lada, garam dan gula.
  3. Masukkan jagung dan lobak yang telah dihiris nipis.
  4. Masukkan bunga kobis yang dipotong sederhana kecil
  5. Gaul bersama. Rasa dan sedia dihidangkan.
Mudahkan. Ie belajar masak resepi ini melalui pemerhatian je. Tu pun jeling-jeling jer time mak masak. (Maksudnyer bukan tak sudi tapi time tu bukan serius nak belajar masak pun. Alih-alih kerja jauh dari family, terpaksa juga memasak. huhu) Kalau malas sangat nak masak or dah terlalu lapar, tak payah fikir lama, terus masak ni je. Senang dan cepat. Selamat mencuba~

Ayam Masak Halia



Hari ini buka peti, tengok isi ayam aje yang tinggal. Bahagian isi dengan tulang dah habis guna. Ingat nak buat sup tapi bahagian isi tak sedap dimasak sup. Jadi tengahari tadi ie masak ayam masak halia. Resepi asal dari koleksi resepi subjek makanan dan pemakanan di UTM dulu. Jom try buat!

Porsi:
1-2 orang

Bahan:
  1. 200g isi ayam/ 1 bahagian ayam
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 2 inci halia
  4. 2 helai daun bawang (ie abaikan)
  5. 1/2 camt minyak jagung* (tiada jadi ie ganti dengan minyak masak cap buruh tu hah)
  6. 1/2 camt ++ minyak bijan*
  7. 1/2 camt sos tiram
  8. 1/2 camt kicap manis
  9. 1/2 camt garam
  10. 100 ml air
Kaedah:
  1. Isi ayam dipotong dadu. Cuci dan toskan.
  2. Halia dan bawang putih dikisar/dicincang halus.
  3. Ayam dimasukkan ke dalam mangkuk bersama halia, bawang putih, minyak jagung, minyak bijan, sos tiram, kicap manis dan garam. Gaul rata dengan menggunakan sudu.
  4. Perap ayam bersama bahan tadi selama 15 minit.
  5. Panaskan kuali dan masukkan ayam sambil dikacau rata.
  6. Masukkan air dan biarkan hingga ayam masak dan kering.
  7. Jika menggunakan daun bawang, potong daun tersebut 1 inci panjang. Masukkan daun tersebut ke dalam kuali dan gaul sebentar.
  8. Sedia dihidangkan.
Ini cara buku. Mak ie selalu jugak masak masakan ni. Ayam
Masak Halia resepi mak warnanya lebih cantik sebab tak guna kicap dan penggunaan halia lebih banyak. Entri di lain hari nanti ie masukkan resepi Ayam Masak Halia resepi air tangan bonda ie ye. hee~

juadah tengahari orang bujang. Jom makan! :P

Tuesday, October 11, 2011

Sebuah Persahabatan

Hubungan ini
Kadangkala mengecewakan
Kadangkala membingungkan
Kadangkala menyakitkan
Bersahabat
Tetapi sendirian
Dekat tapi berjauhan
Hati tertanya-tanya
Apakah salah diri
Di mana silapnya
Oh Tuhan,
Sakitnya sebuah persahabatan
Andai tidak bersulam keikhlasan

~19 Jun 2011, Tampin~

Monday, October 10, 2011

Cucur Ayam


Petang-petang sedap pekena cucur atau kuih bergoreng kan? Mmm.. dulu masa kecil2, petang masa untuk bermain. Sekarang dah tua ni, duk kat rumah aje. Kemudian mula lah perut berkeroncong. Nak tunggu makan malam lambat lagi. Jadi selalu lah memikirkan juadah minum petang.
Petang ni ie buat Cucur Ayam. Asal resepi ini adalah daripada idea adik ie, Nanieytj. Dia ni sangat suka kan ayam berbanding ikan. Semua ikan akan bertukar menjadi ayam kalau dapat kat dia. Dulu mak selalu buat cucur ikan bilis atau cucur ikan. Tapi bila Nani sudah mula memasak, suatu hari dia buat cucur dengan menukar ikan kepada ayam. Sedap woo...
Hari ni cucur Nani menjadi salah satu kegemaran kami adik-beradik. huhu... Ok, jom tengok bahan-bahan dan kaedah membuatnya.

Bahan-bahan:
  1. 1 bahagian ayam
  2. 2 biji ubi kentang
  3. 2 biji bawang merah (jika suka)
  4. 1 biji telur
  5. 300g ++ tepung gandum
  6. 1 camt garam
  7. 1/2 camt serbuk lada hitam
  8. sedikit air
  9. minyak untuk menggoreng
Kaedah:
  1. Ayam dibuang tulang dan isinya dipotong dadu. Bersihkan.
  2. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu.
  3. Bawang merah dihiris nipis. Boleh juga guna bawang besar.
  4. Masukkan ayam, ubi kentang dan bawang ke dalam mangkuk adunan.
  5. Pecahkan telur dan kacau dengan menggunakan sudu.
  6. Tambahkan gandum, garam, lada hitam dan sedikit air. Jika adunan keras, tambahkan air. Jika sebaliknya tambahkan gandum. Kacau adunan hingga rata.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali. Sudukan adunan tadi satu persatu.
  8. Goreng hingga warna kekuningan. Angkat. Sedia dihidangkan panas-panas.
Porsi: 2 orang
~Enak di makan bersama sos cili dan mayonis. Selamat mencuba~

Friday, October 7, 2011

Nasi Goreng Kampung



Pertama-tama sekali ie nak pesan; jika anda tukang masak or orang yang pro dalam masak-memasak hati-hati bila baca entri di bawah label baru yang ie perkenalkan ni. Ie risau korang rasa seperti ini; "huh, kacang jer! tu pun nak ajar ker." hukhukhuk.
Nah, entri ini khas buat semua yang tak tahu masak tapi ingin belajar memasak atau cuba memasak. Dibawah label Resepi Bujang ini, ie akan kongsi kan beberapa masakan yang ie masakkan menggunakan resepi sendiri mahupun dari beberapa sumber (kalau ie guna, nanti ie link kan kepada resepi sebenar). Semuanya resepi simple2, menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan dimasak dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Actually ie tak pandai memasak pun sebab tu ie fikir banyak kali untuk post entri berkaitan masakan ni. Tapi tak apa, yang penting ada minat dan tak pandai memasak bukan bermakna tidak boleh memasak kan? Apa yang penting ada kesungguhan. Jom kita cuba memasak!

Resepi pertama yang ie nak share ialah nasi goreng kampung. kihkihkih... punye lah lawak resepi ko nak ajar iera insyirah! :P
Layan je lah~

Bahan-bahan:
  1. 1 ulas bawang putih
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1/2 genggam ikan bilis
  4. 1/2 potong fish cake
  5. 1 camt lada kisar
  6. 3-5 tangkai cili padi
  7. 1 biji telur
  8. sedikit kicap cair
  9. garam dan gula secukupnya
  10. nasi putih semangkuk
  11. Sedikit minyak
  12. 5 batang kangkung

Kaedah:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi. Masukkan lada kisar. Goreng hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis dan fish cake. Kemudian, tambahkan garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan nasi. Gaul nasi dengan rencah tadi menggunakan sudip dan sudu besar supaya mudah rata. (Pastikan nasi tidak berketul).
  4. Tempatkan nasi di sebelah kuali dan tahan menggunakan sudip. Di sebelah lagi, pecahkan telur dan biar ia masak sedikit. Kacau telur tadi dan gaul bersama nasi.
  5. Tambahkan kicap cair dan rasa. (jika tawar, tambahkan lagi kicap cair/masin. Jangan ditambah garam)
  6. Akhir sekali masukkan cili padi dan kangkung yang sudah dihiris dan gaul bersama nasi. Biar kangkung sedikit kecut.
  7. Tutup api dan sedia di hidangkan.
Porsi Hidangan: 1 orang sahaja :p

*Sedap dimakan bersama keropok ikan ataupun telur mata lembu.