Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Friday, October 7, 2011

Nasi Goreng Kampung



Pertama-tama sekali ie nak pesan; jika anda tukang masak or orang yang pro dalam masak-memasak hati-hati bila baca entri di bawah label baru yang ie perkenalkan ni. Ie risau korang rasa seperti ini; "huh, kacang jer! tu pun nak ajar ker." hukhukhuk.
Nah, entri ini khas buat semua yang tak tahu masak tapi ingin belajar memasak atau cuba memasak. Dibawah label Resepi Bujang ini, ie akan kongsi kan beberapa masakan yang ie masakkan menggunakan resepi sendiri mahupun dari beberapa sumber (kalau ie guna, nanti ie link kan kepada resepi sebenar). Semuanya resepi simple2, menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan dimasak dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Actually ie tak pandai memasak pun sebab tu ie fikir banyak kali untuk post entri berkaitan masakan ni. Tapi tak apa, yang penting ada minat dan tak pandai memasak bukan bermakna tidak boleh memasak kan? Apa yang penting ada kesungguhan. Jom kita cuba memasak!

Resepi pertama yang ie nak share ialah nasi goreng kampung. kihkihkih... punye lah lawak resepi ko nak ajar iera insyirah! :P
Layan je lah~

Bahan-bahan:
  1. 1 ulas bawang putih
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1/2 genggam ikan bilis
  4. 1/2 potong fish cake
  5. 1 camt lada kisar
  6. 3-5 tangkai cili padi
  7. 1 biji telur
  8. sedikit kicap cair
  9. garam dan gula secukupnya
  10. nasi putih semangkuk
  11. Sedikit minyak
  12. 5 batang kangkung

Kaedah:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi. Masukkan lada kisar. Goreng hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis dan fish cake. Kemudian, tambahkan garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan nasi. Gaul nasi dengan rencah tadi menggunakan sudip dan sudu besar supaya mudah rata. (Pastikan nasi tidak berketul).
  4. Tempatkan nasi di sebelah kuali dan tahan menggunakan sudip. Di sebelah lagi, pecahkan telur dan biar ia masak sedikit. Kacau telur tadi dan gaul bersama nasi.
  5. Tambahkan kicap cair dan rasa. (jika tawar, tambahkan lagi kicap cair/masin. Jangan ditambah garam)
  6. Akhir sekali masukkan cili padi dan kangkung yang sudah dihiris dan gaul bersama nasi. Biar kangkung sedikit kecut.
  7. Tutup api dan sedia di hidangkan.
Porsi Hidangan: 1 orang sahaja :p

*Sedap dimakan bersama keropok ikan ataupun telur mata lembu.

No comments:

Post a Comment