Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Wednesday, February 29, 2012

AYAM GORENG KUNYIT

Hari ini, ie makan sebungkus nasi lemak, 2 keping sandwich dan sebungkus bihun goreng sahaja sepanjang 9 jam berada di sekolah. Sebaik sahaja pulang dari sekolah, ie tertidur keletihan. Kemudian bermalas-malasan di depan tv, internet dan sebagainya. Malam ni baru terasa lapar sangat. 

Buka peti, hanya ada sebiji tomato je. Ingat nak buat sambal ayam tapi leceh lah nak kena goreng dulu. Pastu kena tumis bawang dan lada lagi. Fikir-punya fikir, terdetik lah nak buat ayam goreng kunyit. Ringkas dan mudah. Sesuai lah untuk kita-kita yang bujang ni. :)


Porsi: 1-2 orang

Bahan-bahan:
  1. satu bahagian ayam- buang tulang dan potong isinya kepada kepingan kecil
  2. 1 biji bawang besar- dihiris nipis
  3. 2 ulas bawang putih- dihentak (boleh juga di hiris)
  4. 5-6 biji lada hijau
  5. 1/2 ++ camt garam
  6. 1/2 ++ camt kunyit debu (serbuk kunyit)
  7. minyak untuk menggoreng (perlu banyak kerana masakan ini jenis berminyak) 
  8. air untuk merebus ayam

Kaedah:
  1. Rebus isi ayam sehingga masak/ air mendidih. Simpan sedikit air rebusan tersebut.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan isi ayam yang telah direbus tadi. Kemudian diikuti oleh hirisan bawang besar. Goreng hingga bawang layu.
  4. Masukkan bawang putih dan lada. Goreng seketika.
  5. Taburkan kunyit debu dan perasakan dengan garam. Boleh ditambah sedikit kicap cair jika suka. Kacau rata.
  6. Masukkan sedikit (5 ++ camb) air rebusan ayam tadi dan goreng lagi seketika.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Resepi asal dari internet tapi ie lupa dah dari web mana. Yang ie buat ni tanpa sayur tau sebab dah kehabisan stok. Jika mahukan sayur, pastikan ia dimasukkan last sekali atau selepas dimasukkan air rebusan ayam. Goreng seketika sahaja supaya zat sayur masih tersimpan di dalamnya. 

Sayur yang sesuai untuk masakan ini ialah kacang buncis atau bunga kobis. Walau bagaimanapun lain-lain sayuran juga boleh dicuba. ok, jom masak!

No comments:

Post a Comment