Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Monday, April 16, 2012

ASAM PEDAS AYAM

Hari ini cuti sempena sambutan Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Jadi ie merajinkan diri untuk main masak-masak (ayat orang tak berapa pandai masak. huahuahua). Dari malam tadi lagi, ie merancang nak masak asam pedas ayam sebab sudah lama tak memasaknya. Dan juga, sebenarnya ie plan Asam Pedas kali ni nak buat masuk blog! Hakhak...



Dah siap-siap masak, satu masalah pulak timbul. Ie tak tahu di mana adik ie simpan kamera. Jadi ie tak dapat lah tangkap gambar ketika kuah masih berasap. Kat sebelah asam pedas tu pulak, kacang buncis goreng kunyit. Tak sanggup lah nak snap picture. Dah comot sangat piringnya. huu.. Adik ie tak cuti sebab dia praktikal di sekolah yang terletak di bawah pentadbiran PPD Tampin, Negeri Sembilan. Sejam selepas ie siap masak, baru dia sampai rumah. Sebaik dia sampai, kami terus makan kerana masing-masing dah lapar. Dan ie hanya tangkap gambar ni setelah hari dah petang. hoho... tak senonoh kan... huuuuu~


Tapi tak mengapa. Jangan risau kalau korang nak tengok gambar Asam Pedas Ayam yang cantik! Sila berkunjung ke Blog Mat Gebu ye. Lagipun ie cuba resepi ini dari blog dia. Cuma ada lah beberapa perubahan terpaksa ie lakukan mengikut apa yang ada kat rumah jer. Hee...

Porsi: 
2-4 orang

Bahan-bahan:
  • untuk dikisar: 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1cm kunyit, 1cm lengkuas, 1cm halia, 1 biji buah keras, 1/4 camt lada hitam (dan 3-4 biji lada jarum jika suka)
  • 1 camb lada kisar
  • 4 bahagian ayam 
  • secekak daun kesom (bersihkan dan tos)
  • 1 sudu asam jawa (bancuh dengan air untuk dapatkan jusnya & tanggalkan biji-ie guna asam jawa yang masih ada biji)
  • 1/2 camt gula
  • 1 camt ++ garam
  • air secukupnya (mungkin dalam 2-3 cawan kot. :P)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah:
  • kisar halus semua bahan untuk dikisar. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga harum.
  • Masukkan lada kisar dan tumis hingga garing.
  • Masukkan ayam bersama dengan daun kesom. Gaul rata dan biarkan sehingga ayam kecut.
  • Tambahkan air dan biar sehingga ayam betul-betul empuk.
  • Kemudian, masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidang.

 ok, sekarang silakan mencuba! :P

No comments:

Post a Comment