Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Sunday, April 14, 2013

Mee Bandung

kuahnya nampak lebih kuning berbanding merah; kesan effect fresh . hee
Porsi: 2 orang

Bahan:
  1. 1 sudu kacang tanah digoreng tanpa minyak (sehingga tanggal kulit arinya)
  2. 1 sudu udang kering
  3. 1 biji bawang besar (boleh guna 2 biji jika ingin kuah yang pekat)
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 inci halia
  6. 1 camb lada kisar
  7. 5-6 ekor udang
  8. 1-2 ketul isi ayam
  9. 1/2 biji tomato
  10. sedikit sawi
  11. 1 camt ++ gula
  12. 1 camt ++ garam
  13. mee kuning secukupnya
  14. minyak untuk menumis
  15. 2 gelas ++ air (air rebusan daging jika ada)
Kaedah:
  1. Kisar bahan 1 hingga 5 hingga hancur.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan udang. Gaul rata.
  4. Apabila ayam & udang kelihatan kecut, masukkan air. Kacau. Biar didih.
  5. Sementara itu, didihkan air dalam periuk lain. Celur mee kuning dan toskan.
  6. Apabila kuah telah didih, masukkan gula dan garam secukupnya. Kemudian baru masukkan sawi yang telah dipotong.
  7. Rasa. Kalau dah ok, masukkan tomato dan segera tutupkan api. Biarkan tomato masak dengan wap panas sekejap.
  8. Masukkan mee yang telah dicelur tadi ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya.
  9. Sedia dihidangkan.

Masakan ini adalah favorite ie semasa menuntut di UTM, Skudai dulu. Bila teringin, ie buat sendiri je sekarang.

Banyak resepi menggunakan rempah/rencah mee bandung yang siap dijual dalam paket tapi untuk orang bujang macam kita, tak perlu lah kot. Begitu juga dengan air rebusan daging. Jika ada, boleh lah guna. Lebih sedap!!

Jika suka, boleh juga tambah telur. Pecahkan telur setelah air/kuah mendidih. Juga boleh ditambah sos tomato untuk memekatkannya.

Ok lah selamat mencuba~ ^_^



No comments:

Post a Comment