Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Monday, April 15, 2013

Bawal Masam Manis & Kacang Buncis Goreng

Assalamualaikum...
Hari ni cuti lagi. Cuti peristiwa sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. So ada masa untuk masak sendiri dan makan sendiri. Orang bujang memang sendiri lah kan. huhu...

dan ini lah hidangan tengahari tadi. :D

Asyik kacang buncis je, apa hal? Haha..

Ie beli banyak last week. Beli sekali dengan ayam, ikan dan lain-lain before mak dan adik-adik datang ke sini. Diorang datang sehari aje. Ie pula kerja pada hari tersebut. So, beli lah awal-awal. Nanti senang diorang nak masak.

Tup-tup mak ie tak masak pun kacang buncis yang berlambak tu. Rela pergi petik hasil tanaman dia di belakang rumah. Buat kari ikan terung pipit. Paginya digoreng bihun dengan kangkung. Terung pipit dan kangkung tu semua ada kat belakang rumah ie ni je.

Kebun di belakang rumah ni memang mak ie yang usahakan. Sekali-sekala dia datang, memang kerjanya membersihkan kebun tu. Dalam duk bersih tu lah, nampak hasil berlambak-lambak. ie je jarang keluar tengok-tengokkan tanaman mak. Huhu..

Kacang Buncis Goreng

Goreng-goreng sayur ni senang je. Atas kita je, nak masak ke tak nak. Ini untuk 1 hingga 2 orang makan.

Bahan-bahannya mudah dan ringkas je, iaitu:
  1. 10-20 batang kacang buncis dipotong-potong lebih kurang 2 inci, bersih dan toskan
  2. 2 camb udang kering direndam di dalam air seketika. (untuk asingkan batu/pasir)
  3. 1/2 biji bawang besar dicincang
  4. 2 ulas bawang putih dicincang
  5. secubit gula
  6. 1/2 camt ++ garam
  7. secubit serbuk kunyit (sekadar untuk menambah seri warna kacang)
  8. Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah membuatnya pula:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi
  2. Masukkan udang kering dan goreng hingga garing.
  3. Masukkan pula kacang buncis. Taburkan garam, gula dan serbuk kunyit. Kacau rata.
  4. Apabila warna kacang kelihatan berubah, terus tutupkan api.
  5. Kacau seketika di dalam kuali sebelum diangkat dan dihidangkan.

Bawal Masam Manis
Eh, mana bawalnya? Nampak ekor jer..

Nah, bukti ada bawal kat bawah sos. Hakhak
Sorry, nak tunjuk bukti punya pasal terus tunjuk gambar after makan. Tak sopan betul lah. :P

Ikan bawal ni sedap sebab tu mahal. Sekilo dah RM22. Selalu ie beli seekor yang kecil je. Ikan siakap pun sedap buat masakan ni cuma saiz siakap lazimnya besar-besar. Tak habis nak makan sorang.

Jom, try buat untuk porsi 1 hingga 2 orang makan.

Bahan-bahan:
  1. 1 biji bawang besar (separuh biji dicincang, separuh lagi dipotong bulat-bulat).
  2. 2 ulas bawang putih.
  3. 1 inci halia dimayang (potong panjang-panjang)
  4. 2 camb sos tomato
  5. 2 camb sos cili
  6. 100 g atau setengah tin nanas kiub bersama jusnya (boleh juga guna nanas buah/segar)
  7. sebiji tomato dipotong dadu
  8. 6-7 tangkai lada hidup (dibelah 4 tanpa dibuang tangkainya)
  9. 1 camt ++ garam
  10. Minyak untuk menggoreng
  11. Seekor ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan putih telur bersama sedikit garam, lada hitam dan tepung jagung (boleh juga dilumur dengan garam dan kunyit sahaja)

Kaedah:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng ikan tadi di dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit jus nanas dan air. Tuangkan sos tomato dan sos cili. Biar didih.
  4. Perasakan dengan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hidup dan nanas. Kacau lagi. Rasa. 
  6. Jika dah ok, masukkan bawang yang dihiris bulat dan tomato. Tutupkan api. 
  7. Kacau seketika supaya bawang layu dan tomato masak dengan wap-wap panas.
  8. Kemudian baru lah tuangkan sos ke atas ikan yang telah diangkat tadi. Sedia dihidangkan.

Berikut dua keping gambar bawal masam manis yang pernah ie masak..

ikan yang ni digoreng garam dan kunyit sahaja

ini pula ada lada benggala. Lagi best, crunchy!! 


Sayuran biasa digunakan di dalam masakan masam manis ialah nanas, tomato, timun dan lada benggala. Kalau ada semua ni, lengkaplah masakan ni.

Selamat mencuba ya~ 




No comments:

Post a Comment