Bahan-bahan:
- 2-3 ketul ayam
- 1/2 camt serbuk kunyit
- 1 camt ++ garam
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 camb cili kisar
- 1 camt sos tomato
- 1 camt ++ gula
- minyak untuk menggoreng
abaikan kuali yang tak berapa nak comel tu. huhu |
Kaedah:
- Bersihkan ayam. Gaul dengan garam dan kunyit. Perap sebentar.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
- Angkat ayam. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
- Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga hancur
- Dalam kuali yang sama, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
- Masukkan sos tomato dan sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan gula. Rasa hingga sesuai.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balik sebentar bersama sambal tadi.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Resepi ni baru je beberapa minit selesai dimasakkan. Belum terasa lapar lagi, yakni belum jamah lagi. So masih di dalam kuali semasa gambar diambil. Malu sebenarnya nak masuk gambar ni coz kuali langsung tak menarik hati. waaa..
Tapi xpe, bab kata Yuyu Zulaikha; kuali xcomey tidak semestinya tuan die pun tak comey yer. wakaka...
Owh ye, resepi ni ie belajar masa di universiti dulu. hah, ganas tak? belajar masak di universiti? Itu lah untungnya ambil kos Kemahiran Hidup. wakakaka
Owh ye, resepi ni ie belajar masa di universiti dulu. hah, ganas tak? belajar masak di universiti? Itu lah untungnya ambil kos Kemahiran Hidup. wakakaka
Selamat mencuba, bujang-bujang di luar sana~ ^_^
p/s: kadangkala ie suka ganti sos tomato tu dengan buah tomato segar. fuh, yummy!!
No comments:
Post a Comment