Hari ni, terjumpa kata-kata di atas dalam facebook. Sangat setuju bahawa perkara paling penting yang seorang bapa boleh lakukan untuk anak-anaknya adalah mencintai ibu mereka.
Sweet sangat rasanya bila melihat kemesraan mak ayah suatu ketika dahulu. Paling sweet, bila masuk bilik mereka di pagi hari, mesti dapat lihat mereka tidur berpelukan.
Best sangat suatu ketika dahulu, emak selalu masak sebelum ayah pulang. Kami pasti terlompat-lompat kegirangan menyambut kepulangan ayah. Kemudian hidangan tersedia, kami selalu makan malam bersama.
Terharu sangat bila ayah tak kejutkan tetapi mengangkat dan alihkan anak-anak yang tidur bersama emak ke katil sendiri bila dia pulang lewat di tengah malam kerana outstation.
Nah, ternyata kasih sayang antara ibu dan bapa memberi kebahagiaan kepada anak-anak. Kehidupan keluarga lebih harmoni dan bahagia sekali.
Untuk aku pula, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Memanglah hidup ini tidak selalunya indah tetapi yang indah itu akan selalu hidup dalam kenangan.
Untuk aku pula, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Memanglah hidup ini tidak selalunya indah tetapi yang indah itu akan selalu hidup dalam kenangan.
Rindu keluarga ku dulu~
No comments:
Post a Comment