Sesiapa yang tak pernah makan spaghetti, jangan cakap ia tak sedap sebelum cuba. Cuba dahulu anda pasti terpikat. Restoran yang biasa menyediakan hidangan ini mestilah restoran berasaskan makanan barat dan paling terkenal ialah Restoran Pizza Hut. Sekali cuba pasti nak lagi.
Tak ingin korbankan duit terlalu kerap di Pizza Hut? Ok, jom cuba buat sendiri menggunakan resepi paling mudah. Macam masak Maggi, sekejap je dah siap. Huhu...
Kita guna sos segera iaitu sos spaghetti Prego. Cepat dan sedap! :D
untuk porsi 3 orang, guna 1 tin kecil sos spaghetti prego. ie selalu beli yang warna hijau sebab rasa sosnya yang asli dan ada tambahan cendawan butang. Segenggam spaghetti dan beberapa biji bebola ayam (jika suka boleh ganti atau tambah dengan bebola daging).
Cara memasaknya; rebus spaghetti di dalam periuk bersama secubit garam hingga empuk. Kemudian masukkan bebola ayam/ daging ke dalam periuk yang sama. Sementara menunggu spaghetti dan bebola empuk, panaskan sos spaghetti prego di dalam periuk/kuali.
Angkat dan toskan bebola yang telah empuk dan teruskan merebus spaghetti (biasanya bebola lebih cepat empuk berbanding spaghetti). Masukkan bebola ke dalam kuali berisi sos yang telah mendidih. Gaul rata. Tutup api.
Setelah empuk angkat dan toskan spaghetti. Masukkan ke dalam pinggan, tuangkan sos bersama bebola ke atasnya. Siap!
Cepat bukan? percaya lah ia cepat dan mudah. Ini lah antara makanan yang sangat sesuai untuk orang yang berkerjaya dan terlalu sibuk! huhu
Selamat mencuba~
No comments:
Post a Comment