Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Sunday, December 12, 2010

PUISI, DUNIAKU~

Ketika menghadiri temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Ogos lalu, panel 1 yang membelek-belek folder sijil ie telah berhenti di halaman sijil penghargaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Multimedia/powerpoint Kategori Sajak-sajak Patriotik sempena sambutan perayaan bulan kemerdekaan ke-47 tahun 2004.




Sijil yang diterima di perhimpunan mingguan sekolah

Beliau bertanyakan ie, pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah ke ni? Ie terpegun sekejap sebab ie tak pernah sertai mana-mana pertandingan deklamasi sajak. Kalau adapun ketika sekolah rendah. Itu pun peringkat kelas aje. Owh itu, baru teringat! “Iya, encik! Tapi tu bukan pertandingan mendeklamsi sajak tapi pertandingan menulis sajak.” Huu...

Balik ke rumah ie ingat-ingat balik sajak apa yang ie hantar ke pertandingan itu. Ie memang betul-betul sudah lupa mengenainya. Hanya baru-baru ini ie meluangkan masa mengeledah rak buku. Ie terjumpa lah beberapa puisi yang pernah ie tulis ketika dibangku sekolah dulu.

Antaranya ialah Sahabat yang Dirindui, Sajak Buat Guru, Deritaku, Damar dan Puisi untuk seorang Guru. Ada di antaranya telah ie poskan di blog ini. (Click pada tajuk untuk membaca sajak-sajak tersebut).

Sedih pula rasanya kerana sajak yang ie hantar ke Pertandingan Multimedia/powerpoint itu tidak ie temui. Mungkin tiada salinan kedua dan yang ie hantar adalah salinan asal. Sayangnya… Nak buat camner... dah tak da rezeki untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Huhu…


Buku ini mula digunakan pada tahun 1996

Sebenarnya minat ie kepada dunia puisi bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ketika di tahun 3, ie telah mula mengumpul sajak, syair, gurindam dan pantun dari akhbar didik yang ie langgan di sekolah. Ie gunting dan tampal dalam buku latihan. Ie suka membaca puisi-puisi ketika itu mungkin kerana ia lebih ringkas berbanding karangan.




Antara koleksi puisi ie

Setahun kemudian, buku setebal 124 muka surat itu sudah hampir penuh. Namun tiada kesinambungan kepada buku kedua kerana ie berpindah ke sekolah baru dan tidak lagi melanggan akhbar didik.

Penulisan puisi pula bermula apabila kisah duka mula menyirami hidup ie ketika tahun 2002. Ie bukanlah seorang yang pandai membicarakan isi hati yang sedih. Ie tidak suka menagih simpati orang. Tapi untuk terus memendam perasaan, jiwa ini rasa lemas. Justeru, ie meluahkan perasaan dengan menulis sajak.



Sajak yang pernah dideklamasikan ketika di tahun 4


Alhamdulillah, sehingga hari ini menulis sajak menjadi kebiasaan bagi ie terutama ketika menghadapi hari-hari yang sukar. Walaupun sajak-sajak ie tidaklah sehebat karya-karya agung dari mana-mana penulis masyur, bagi ie cukuplah sekadar ia mampu menerbangkan pergi segala perasaan yang terbuku di hati ini. Itu sudah lebih membahagiakan.


Walau bagaimanapun, dengan blog Selembut Bayu ini, ie tidak lupa bahawa ie berkongsi dengan followers dan pembaca-pembaca yang mengikuti blog ini. Jadi, di samping puisi ie selitkan juga dengan perkara-perkara lain seperti artikel, pendapat dan sebagainya supaya blog ini sentiasa hidup dengan entri-entri baru. Idea berpuisi bukan selalu datang tau. huhu..


Ie juga akan berusaha menghasilkan puisi yang lebih bebas dari perasaan hati sendiri kepada tema yang lebih luas untuk tatapan anda. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment