Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Tuesday, February 23, 2010

SUARA SEORANG GURU

Anak-anak didik ku
Berdirinya aku di sini
Bukan untuk bermegah
Dengan pangkat dan kepandaian
Bukan untuk membandingkan
Siapa yang lebih hebat di antara kita.

Tetapi hadirku di sini adalah untuk
Mencurahkan ilmu tanpa jemu
Mengajar mu mengenal dunia
Mendidikmu tanpa mengenal lelah
Mengajakmu ke arah kebenaran dan kebaikan
Mendorongmu mencapai cita-cita
Memikul amanah menjadi ibu bapa kedua
Dengan penuh rela.

















Wahai anak-anak didikku
Aku memandang diriku dalam dirimu semua
Kerna aku juga pernah melalui jalan yang sama
Sentiasa dahagakan setitis ilmu
Teraba-raba mencari secebis sinar
Demi masa depan yang lebih bahagia.

Duhai anak-anak didik ku
Bukan kemegahan yang aku cari
Bukan wang ringgit yang aku tuntuti
Bukan pangkat dan darjat aku kejari
Tetapi yang aku impi
Adalah melihat dirimu bukan sahaja
cemerlang akademik, jaguh sukan, petah berpidato
Bahkan aku mengharapkan
Dirimu cemerlang menjadi seorang manusia selayaknya
Yang berupaya mengikut rentak arus duniawi
Dengan pegangan yang tidak pernah kabur
Juga yang mampu tersenyum bahagia
Dalam perjalanan menuju ukhrawi yang abadi.

Dengarlah anak-anak didikku
Suara hatiku, guru mu.

2 comments:

Iera Insyirah said...

puisi ni ak tulis sbgai tugasan individu utk kelas nilai2 murni dlm pendidikn. sudh da suntingan d sini, memandangkan karya aslnya agk pjg (3 m/s). =D

iera insyirah said...

karya asal (penuh) di upload dlm my notes di fb. buat pembace yg mengenali diri ini d fb, sila lh berkunjung ke sane ye~ hee... tq

Post a Comment