Guru,
Tak pernah jemu, bersemangat jitu
Tidak kecundang di medan ilmu
Dalam memanusiakan manusia dungu
Guru,
Bersemarak jiwanya penuh kasih
Sayang yang tidak memilih
Sabar mendidik dengan gigih
Walau jasad terasa letih
Guru,
Andai diri mu tidak dipeduli, sabarlah
Andai kesabaran mu terus diuji, bertahanlah
kerana jika bukan di dunia ini
Akhirat pasti menanti
Ganjaran yang dijanji Illahi.
Selembut bayu menyapa.. mengusap lembut seraut wajah.. menyentuh sekeping hati yang sedang leka bermusafir sendiri. Selembut bayu itu menyedarkan hati ini dari perjalanan kisah yang panjang.. menghembuskan suatu kekuatan buat jari jemari ini menari-menari di atas papan kekunci.. menari mengikut rentak kata hati.. melakar suatu coretan sebagai bingkisan buat semua yang sudi.
Assalamualaikum...
Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)
Tuesday, May 6, 2014
Friday, April 18, 2014
Di saat kehilangan orang yang tersayang,
setiap kebaikannya terlintas di fikiran
termimpi-mimpi kenangan bersama
bergetar bibir untuk mengatakan dia telah tiada
pergilah sayang...
kami redha
moga dirimu lebih bahagia di sana
menanti kami untuk bertaut rindu
di syurga yang Maha Agung
In sha Allah~
al-Fatihah buat allahyarhamah kakanda ku
18.04.1986 - 13.12.2007
Thursday, March 20, 2014
Cakap Mak
mak selalu cakap...
dalam setandan pisang, buahnya lain-lain
seperti adik-beradik, masing-masing ada lebih dan kurang.
mak selalu pesan...
adik-beradik jangan bergaduh
esok-esok mereka lah tempat kita tumpang susah senang.
dulu bila makan minum, selalu kena kongsi...
mak kata jimat tapi sebenarnya itu petua mak eratkan kami.
dulu bila gaduh semua kena leter, kena rotan...
mak tak pernah menangkan salah sorang dari kami.
sekarang walaupun saling berjauhan
hati kami tetap satu
dalam ego kami tetap merindu
dalam doa kami boleh bersatu...
terima kasih mak & ayah
kerana bijak membesarkan kami
dalam ikatan penuh kasih & sayang ini.
semua~
Thursday, March 13, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Monday, February 3, 2014
Thursday, January 16, 2014
Incredible Journey
Lagu iklan yang selalu buat diriku terimbas zaman kanak-kanak, zaman di mana aku punya seorang kakak dan dua orang adik perempuan.
Lagu yang kadang kala buat aku meremang bila dengar. Betapa sudah jauh masa aku tinggalkan.. betapa sudah terlalu lama kenangan itu berlalu pergi~
We've only just met.. but I feel sure.. We will be best friends...
Sharing the joy of every step.. We take together...
This journey what we're on.. Where both of us go strong...
This journey that.. We'll make it together...
al-Fatihah for my late sister~
(1986 - 2007)
Sunday, January 12, 2014
Tragedi Disember
Assalam...
Blog yang tak terupdate. Nasib baik selalu update status di facebook. Ini antara pengalaman getir di musim tengkujuh tahun 2013. ie copy dari facebook and paste di sini untuk entri malam ini. Terima kasih kerana sudi baca~
01 Disember 2013 - Tampin
melihat wajah-wajah kesayangan berada depan mata. Terima kasih, sudi bersusah payah naik bas datang ke Tampin. semua~
saat keluarga datang bercuti. Kami ke Melaka dan Kuala Lumpur.
04 Disember 2013 - Cherating
jam 02.00 pagi bertolak dari Tampin namun tersangkut di Muadzzam Syah akibat tanah runtuh & jalan putus sekitar jam 4.20 pagi.
bermalam di Petronas lebih kurang sejam dua sebelum berpatah balik sekitar jam 07.00 pagi melalui Bera masuk ke Temerloh dan seterusnya memasuki lebuhraya Pantai Timur sekitar 09.30 pagi.
Keluar tol gambang tapi tersangkut pula berhampiran Permatang Badak, air melimpah dan jam. Sekali lagi berpatah balik masuk semula ke lebuhraya dan berjaya keluar dari tol Jabor.
Sekitar jam 12.00 tghari, lebih kurang 10km memasuki Jabor, stuck pula dgn air pintas melebihi paras lutut. lagi, berpatah balik memasuki Kemaman melalui jalan pantai.
1 lorong shj dibuka dari arah bertentangan dan kami dinasihatkan utk tidak meneruskan perjalanan krn air naik, jalan sesak dan keadaan berbahaya. namun kami tetap teruskan pjlanan walaupun akhirnya kami tersadai di Sungai Ular. setelah lebih 12 jam perjalanan, kami redha dgn perancanganNya.
Amirul juga seperti sdah merelakan Alllahyarham P.Nik (bapa saudara yg paling rapat dgnnya) dikebumikan tanpa menunggu dia. Agak tkilan krn tidak berjaya menemukan Amirul dgn arwah sedangkan menurut ayah, nama Mirul meniti di bibir arwah petang sebelum ajal mjemputnya pulang. dan berderai air mata Mirul menerima pkhabaran pemergian arwah.
Kami semua redha, tiada rezeki buat kami.
saat kami menerima perkhabaran duka. Memaksa kami memulakan perjalanan di awal pagi. Namun perjalanan itu tidak semudah yang disangka. Terpaksa bermalam di Petronas pada malam pertama dan bernasib baik menemui sebuah resort yang masih kosong pada hari kedua. Jumlah perjalanan kami mengambil masa hampir 36 jam untuk sampai ke destinasi.
06 Disember 2013- Kuala Terengganu
"mu tinggal pak nik 2 hari je Yo, tapi pak nik tinggal mu sapa bile2" - kata2 yg mngundang lagi titisan air mata Amirul.
sungguh terasa khilangan tp aku pasti mirul lebih merasainya. mirul sangat rapat dgn arwah, shga kami gelarkan dia sbgai ayahanda mirul. tabah lah, mirul. yg pergi ttp pergi...
al-Fatihah buat arwah Pak Nik, Awang bin Salleh (bapa saudara) yg telah pergi mhadap Illahi beberapa minit sebelum jam 01:00a.m., 04.12.2013. mudah2an dicucuri rahmat & ditempatkan dlm kalangan yg beriman.
saat malam pertama kami menghadiri majlis tahlil arwah. Ramai kenalan arwah mengenali Amirul. Tidak hairan lah mereka seolah2 mengucapkan takziah kepada Amirul walaupun Amirul hanya sekadar seorang anak saudara. Dan ternyata kesedihan Amirul bagai arwah seperti bapanya sendiri pula.
Selamat Tinggal 2013. Setiap yang Allah aturkan ada nikmat dan hikmahnya. Moga menjadi panduan menghadapi hidup pada masa akan datang.

Tuesday, January 7, 2014
Ragu
Harus kah aku
Bersuara bagai dewasa
yang sangat mengerti hidup ini
Perlu kah aku
Memulakan semula sebuah kisah
agar tiada duka, tiada derita
Mampukah aku
Mengukirkan senyum di matanya
yang sekian lama tidak bercahaya
Ragu...
Tuhan,
Kuatkan aku... bantulah aku...
Mendepani hidup yang penuh berliku~
Bersuara bagai dewasa
yang sangat mengerti hidup ini
Perlu kah aku
Memulakan semula sebuah kisah
agar tiada duka, tiada derita
Mampukah aku
Mengukirkan senyum di matanya
yang sekian lama tidak bercahaya
Ragu...
Tuhan,
Kuatkan aku... bantulah aku...
Mendepani hidup yang penuh berliku~
Sunday, December 29, 2013
Perantau
Rumah terindah aku tinggalkan
dengan harapan masih ada peluang
untuk ku pulang menjengah halaman
dengan harapan masih ada peluang
untuk ku pulang menjengah halaman
Rumah kenangan jauh dari pandangan
demi tugas yang dipertanggungjawabkan
merelakan diri hidup di perantauan
demi tugas yang dipertanggungjawabkan
merelakan diri hidup di perantauan
Salam 2014 Masihi~
Friday, December 13, 2013
Sunday, November 10, 2013
Tenggiri Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan
pertama kali ie cuba masak lemak cili padi tanpa menggunakan sebiji bawang mahupun sebatang serai. resepi asal dari Intai Dapur iaitu resepi Haruan masak lemak cili padi. daun kesom menggantikan serai dan termyata sedap juga bau dan rasanya. hee...
- 5 ketul ikan tenggiri
- santan daripada 1 biji kelapa
- sekeping asam gelugor
- 1 inci kunyit hidup
- segenggam cili padi (ikut suka)
- secekak daun kesom
- 1 camt++ garam
- 1camt gula
Kaedah
- kisar kunyit hidup dan cili padi dengan sedikit air.
- masukkan santan ke dalam periuk (tambah dengan 1 cawan air sbb ie guna santan pekat).
- campurkan dengan bahan kisar dan asam gelugor. masak dengan api perlahan hingga mendidih
- sementara itu, bersihkan ikan dengan air perahan limau atau air asam jawa.
- masukkan ikan dan daun kesom ke dalam santan yang telah mendidih. biar seketika.
- perasakan dengan garam dan gula.
pertama kali ie cuba masak lemak cili padi tanpa menggunakan sebiji bawang mahupun sebatang serai. resepi asal dari Intai Dapur iaitu resepi Haruan masak lemak cili padi. daun kesom menggantikan serai dan termyata sedap juga bau dan rasanya. hee...
untuk sayur, ie gandingkan juadah ini dengan sambal tempe dan bilis. mahupun resepinya?
tunggu dalam entri seterusnya. haha...
SAMBAL TEMPE & BILIS

Bahan-bahan
ok lah, selamat makan tengahari semua. ;)
SAMBAL TEMPE & BILIS

Bahan-bahan
- sekeping tempe - potong nipis dan goreng hingga garing
- segenggam bilis - digoreng garing
- 2 camb lada kisar
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 camt++ garam
- 1 camt gula
- minyak masak
- sedikit air asam jawa
- sedikit kicap (jika suka)
Kaedah
- kisar bawang besar dan putih.
- panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama lada kisar hingga pecah minyak.
- masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
- apabila agak kering, masukkan tempe dan bilis yang telah digoreng garing.
- simbahkan dengan beberapa titik kicap. gaul rata.
- rasa dan sedia dihidang.
ok lah, selamat makan tengahari semua. ;)
Thursday, April 18, 2013
Tidak Tahan Aku
Aku tidak tahan
mendengar suara-suara batuk orang di sekelilingku,
Itu lah suara terakhir mu yang terngiang-ngiang di telinga ku,
Aku tidak tahan
Itu lah suara terakhir mu yang terngiang-ngiang di telinga ku,
Aku tidak tahan
mendengar nyanyian lagu-lagu kegemaran mu,
Ada kenangan antara kita untuk setiap darinya,
dan aku paling tidak tahan
Ada kenangan antara kita untuk setiap darinya,
dan aku paling tidak tahan
berbicara tentang dirimu,
kerana setiap patah menyedarkan aku
kerana setiap patah menyedarkan aku
hakikat ketiadaan mu.
Al-fatihah...
buat arwah kakandaku tercinta,
Norbaya Tajul Arifin ♥
[18.04.1986-13.12.2007]
Mudah-mudahan dicucuri rahmat yang Maha Pengasih sentiasa~ Aamiin
[18.04.1986-13.12.2007]
Mudah-mudahan dicucuri rahmat yang Maha Pengasih sentiasa~ Aamiin
Monday, April 15, 2013
Bawal Masam Manis & Kacang Buncis Goreng
Hari ni cuti lagi. Cuti peristiwa sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. So ada masa untuk masak sendiri dan makan sendiri. Orang bujang memang sendiri lah kan. huhu...
![]() |
| dan ini lah hidangan tengahari tadi. :D |
Ie beli banyak last week. Beli sekali dengan ayam, ikan dan lain-lain before mak dan adik-adik datang ke sini. Diorang datang sehari aje. Ie pula kerja pada hari tersebut. So, beli lah awal-awal. Nanti senang diorang nak masak.
Tup-tup mak ie tak masak pun kacang buncis yang berlambak tu. Rela pergi petik hasil tanaman dia di belakang rumah. Buat kari ikan terung pipit. Paginya digoreng bihun dengan kangkung. Terung pipit dan kangkung tu semua ada kat belakang rumah ie ni je.
Kebun di belakang rumah ni memang mak ie yang usahakan. Sekali-sekala dia datang, memang kerjanya membersihkan kebun tu. Dalam duk bersih tu lah, nampak hasil berlambak-lambak. ie je jarang keluar tengok-tengokkan tanaman mak. Huhu..
![]() |
| Kacang Buncis Goreng |
Goreng-goreng sayur ni senang je. Atas kita je, nak masak ke tak nak. Ini untuk 1 hingga 2 orang makan.
Bahan-bahannya mudah dan ringkas je, iaitu:
- 10-20 batang kacang buncis dipotong-potong lebih kurang 2 inci, bersih dan toskan
- 2 camb udang kering direndam di dalam air seketika. (untuk asingkan batu/pasir)
- 1/2 biji bawang besar dicincang
- 2 ulas bawang putih dicincang
- secubit gula
- 1/2 camt ++ garam
- secubit serbuk kunyit (sekadar untuk menambah seri warna kacang)
- Sedikit minyak untuk menumis
Kaedah membuatnya pula:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi
- Masukkan udang kering dan goreng hingga garing.
- Masukkan pula kacang buncis. Taburkan garam, gula dan serbuk kunyit. Kacau rata.
- Apabila warna kacang kelihatan berubah, terus tutupkan api.
- Kacau seketika di dalam kuali sebelum diangkat dan dihidangkan.
![]() |
| Bawal Masam Manis |
Eh, mana bawalnya? Nampak ekor jer..
![]() |
| Nah, bukti ada bawal kat bawah sos. Hakhak |
Sorry, nak tunjuk bukti punya pasal terus tunjuk gambar after makan. Tak sopan betul lah. :P
Ikan bawal ni sedap sebab tu mahal. Sekilo dah RM22. Selalu ie beli seekor yang kecil je. Ikan siakap pun sedap buat masakan ni cuma saiz siakap lazimnya besar-besar. Tak habis nak makan sorang.
Jom, try buat untuk porsi 1 hingga 2 orang makan.
Jom, try buat untuk porsi 1 hingga 2 orang makan.
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar (separuh biji dicincang, separuh lagi dipotong bulat-bulat).
- 2 ulas bawang putih.
- 1 inci halia dimayang (potong panjang-panjang)
- 2 camb sos tomato
- 2 camb sos cili
- 100 g atau setengah tin nanas kiub bersama jusnya (boleh juga guna nanas buah/segar)
- sebiji tomato dipotong dadu
- 6-7 tangkai lada hidup (dibelah 4 tanpa dibuang tangkainya)
- 1 camt ++ garam
- Minyak untuk menggoreng
- Seekor ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan putih telur bersama sedikit garam, lada hitam dan tepung jagung (boleh juga dilumur dengan garam dan kunyit sahaja)
Kaedah:
- Panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak menggoreng ikan tadi di dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan sedikit jus nanas dan air. Tuangkan sos tomato dan sos cili. Biar didih.
- Perasakan dengan garam. Kacau rata.
- Masukkan lada hidup dan nanas. Kacau lagi. Rasa.
- Jika dah ok, masukkan bawang yang dihiris bulat dan tomato. Tutupkan api.
- Kacau seketika supaya bawang layu dan tomato masak dengan wap-wap panas.
- Kemudian baru lah tuangkan sos ke atas ikan yang telah diangkat tadi. Sedia dihidangkan.
Berikut dua keping gambar bawal masam manis yang pernah ie masak..
![]() |
| ikan yang ni digoreng garam dan kunyit sahaja |
![]() |
| ini pula ada lada benggala. Lagi best, crunchy!! |
Sayuran biasa digunakan di dalam masakan masam manis ialah nanas, tomato, timun dan lada benggala. Kalau ada semua ni, lengkaplah masakan ni.
Selamat mencuba ya~
Sunday, April 14, 2013
Dinner Set
![]() |
| gambar edit menggunakan 'camera 360' |
Actually, tak berhajat pun nak beli dinner set ni. Maklum lah orang bujang. Makan dalam pinggan plastik ke pinggan percuma ke pun tak mengapa. Tiada hal.
Al kisahnya, ie beli sebagai hadiah perkahwinan seorang kawan. Tapi ie tak jadi pergi sebab tak dapat peta. Dia orang Melaka, susahlah ie nak cari rumahnya walaupun sudah hampir tiga tahun ie tinggal di sini. Huhu.
Seminggu kemudian, ie belek lah set dinner ni. Lorr ada 5 pieces barang aje. Ingat set couple. Beli hari tu tergesa-gesa sangat. Ummm.. Guna untuk diri sendiri pun ok jugak ni. Dah lama berpinggan plastik kat rumah ni. hakhak...
Itu lah ceritanya. Ok dalam gambar kat atas tu kurang 2 pieces je iaitu cawan dan piring. Hidangan tengahari ie semalam, asam pedas ayam dan kacang buncis goreng telur. Asam pedas ayam, ie dah postkan resepinya. Boleh click kat nama untuk lihat artikel sebelum ni. Tambahan kali ni cuma sepotong tomato bagi masam lebih dan ada bunga kantan!! wah, lagi wangi asam pedas I, you~ :P
![]() |
| Asam Pedas Ayam |
Ini pula adalah kacang buncis goreng telur. Sesuka hati ie beri nama ye. Haha.. Resepi? Tak perlu lah. Ni resepi entah apa-apa. Telur dadar yang ie goreng sehari sebelum tu tak habis ie makan sorang. So ie campak dalam rencah untuk goreng kacang ni. Tambah garam, gula dan sedikit serbuk kunyit je. So, jadi lah....
![]() |
| Kacang Buncis Goreng Telur |
Ok, sekian cerita.
p/s: ie serius sambung belajar. Minggu ni dah cuti midsem tau. Sekejap je masa berlalu. Tapi memang tak dinafikan sibuk sangat sampai tak sedar pun masa berlalu~ Daa
Mee Bandung
![]() |
| kuahnya nampak lebih kuning berbanding merah; kesan effect fresh . hee |
Bahan:
- 1 sudu kacang tanah digoreng tanpa minyak (sehingga tanggal kulit arinya)
- 1 sudu udang kering
- 1 biji bawang besar (boleh guna 2 biji jika ingin kuah yang pekat)
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 camb lada kisar
- 5-6 ekor udang
- 1-2 ketul isi ayam
- 1/2 biji tomato
- sedikit sawi
- 1 camt ++ gula
- 1 camt ++ garam
- mee kuning secukupnya
- minyak untuk menumis
- 2 gelas ++ air (air rebusan daging jika ada)
Kaedah:
- Kisar bahan 1 hingga 5 hingga hancur.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan udang. Gaul rata.
- Apabila ayam & udang kelihatan kecut, masukkan air. Kacau. Biar didih.
- Sementara itu, didihkan air dalam periuk lain. Celur mee kuning dan toskan.
- Apabila kuah telah didih, masukkan gula dan garam secukupnya. Kemudian baru masukkan sawi yang telah dipotong.
- Rasa. Kalau dah ok, masukkan tomato dan segera tutupkan api. Biarkan tomato masak dengan wap panas sekejap.
- Masukkan mee yang telah dicelur tadi ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah ke atasnya.
- Sedia dihidangkan.
Masakan ini adalah favorite ie semasa menuntut di UTM, Skudai dulu. Bila teringin, ie buat sendiri je sekarang.
Banyak resepi menggunakan rempah/rencah mee bandung yang siap dijual dalam paket tapi untuk orang bujang macam kita, tak perlu lah kot. Begitu juga dengan air rebusan daging. Jika ada, boleh lah guna. Lebih sedap!!
Jika suka, boleh juga tambah telur. Pecahkan telur setelah air/kuah mendidih. Juga boleh ditambah sos tomato untuk memekatkannya.
Ok lah selamat mencuba~ ^_^
Monday, February 4, 2013
Sambung Belajar?? ..part II
Maaf lah.. sejak dua menjak banyak entri pasal diri jer. blog dah jadi macam diari lak.. hakhak..
Salam semua...
Minggu lepas, ie kan sudah terima surat tawaran ke UKM. Yahooo!! Seronok sebenarnya lebih-lebih lagi bila ada yang mengucapkan tahniah. Macam perkara besar walhal awal-awal dulu hati ini berbelah bahagi. Mungkin masa tu, malas menguasai diri. Huu...
Seminggu ie ambil masa untuk buat keputusan tau. Hari pertama dapat surat, hati berbunga-bunga. Tapi bila buka dan baca segala apa yang dipos, hati berdebar-debar pula.Bersediakah aku? hoho... Dalam tempoh tu juga, 2 kali ie ke UKM.
Kali pertama (memang benar-benar kali pertama ke sana) untuk meninjau jarak perjalanan ke sana selain mengenal tempat. Kali kedua pula, menemani kawan ie membuat rayuan permohonannya. Dan dalam masa tu juge ie solat istikharah, mohon petunjuk Illahi; andai perkara ini baik buat ie, permudahkanlah ya Allah... Amin~
Ok, sekarang ie sudah ada keputusan di tangan. dan keputusannya adalah...
In sya Allah, keputusan ni muktamad!
Sudah banyak sebab ie pertimbangkan. Antaranya sementara ie masih di Melaka, jarak lebih kurang 1 jam ke UKM bukan lah jauh sangat berbanding dari Terengganu. Peluang yang ada ni pun mungkin belum tentu akan ada lagi. Banyak lah juga sebab yang ie tak boleh lah ceritakan kat sini..rahsia.. hakhak..
Ie juga mahu kan perubahan dalam hidup. Sudah lebih 2 tahun bekerja di sini, rasa macam kehidupan ie berlalu sama sahaja setiap hari. Apa pun, berbalik pada niat asal ie juge; mahu menambah ilmu dan pengalaman. Belajar sesuatu yang baru kan menyeronokkan. Tak patut ie lepaskan peluang ni.
So, minggu ni ie perlu settle kan semua perkara yang diperlukan semasa pendaftaran memandangkan minggu depan ie sudah pulang ke kampung untuk cuti Tahun Baru Cina. Itu pun tak sampai seminggu tau. Rabu sudah kena datang sini. Khamisnya daftar. Uwaa.... Berkorban apa saja....
Hari ni ie ke klinik membuat beberapa prosedur medical check up. Mujur pergi hari ni, tarikh temujanji dengan doktor 13 hb 2 tau. Sehari before pendaftaran, hari yang sama ie pulang semula ke Tampin. Fuhh.. Esok ie bercadang nak kemukan borang permohonan sambung belajar kepada pihak sekolah pula. Mungkin juga akan transfer yuran pengajian esok.
Ok lah.. sampai sini jediari kita hari ni. hakhak... Doa kan lah mudah-mudahan segala urusan ie berjalan lancar dan ie selamat menempuh pengajian ini hingga ke akhirnya.. hingga berjaya... In sya Allah~
Salam semua...
Minggu lepas, ie kan sudah terima surat tawaran ke UKM. Yahooo!! Seronok sebenarnya lebih-lebih lagi bila ada yang mengucapkan tahniah. Macam perkara besar walhal awal-awal dulu hati ini berbelah bahagi. Mungkin masa tu, malas menguasai diri. Huu...
Seminggu ie ambil masa untuk buat keputusan tau. Hari pertama dapat surat, hati berbunga-bunga. Tapi bila buka dan baca segala apa yang dipos, hati berdebar-debar pula.
Kali pertama (memang benar-benar kali pertama ke sana) untuk meninjau jarak perjalanan ke sana selain mengenal tempat. Kali kedua pula, menemani kawan ie membuat rayuan permohonannya. Dan dalam masa tu juge ie solat istikharah, mohon petunjuk Illahi; andai perkara ini baik buat ie, permudahkanlah ya Allah... Amin~
Ok, sekarang ie sudah ada keputusan di tangan. dan keputusannya adalah...
Jom, sambung belajar!!!
In sya Allah, keputusan ni muktamad!
Sudah banyak sebab ie pertimbangkan. Antaranya sementara ie masih di Melaka, jarak lebih kurang 1 jam ke UKM bukan lah jauh sangat berbanding dari Terengganu. Peluang yang ada ni pun mungkin belum tentu akan ada lagi. Banyak lah juga sebab yang ie tak boleh lah ceritakan kat sini..
Ie juga mahu kan perubahan dalam hidup. Sudah lebih 2 tahun bekerja di sini, rasa macam kehidupan ie berlalu sama sahaja setiap hari. Apa pun, berbalik pada niat asal ie juge; mahu menambah ilmu dan pengalaman. Belajar sesuatu yang baru kan menyeronokkan. Tak patut ie lepaskan peluang ni.
So, minggu ni ie perlu settle kan semua perkara yang diperlukan semasa pendaftaran memandangkan minggu depan ie sudah pulang ke kampung untuk cuti Tahun Baru Cina. Itu pun tak sampai seminggu tau. Rabu sudah kena datang sini. Khamisnya daftar. Uwaa....
| demi kerana teringin nak konvo lagi~ hakhak :P |
Hari ni ie ke klinik membuat beberapa prosedur medical check up. Mujur pergi hari ni, tarikh temujanji dengan doktor 13 hb 2 tau. Sehari before pendaftaran, hari yang sama ie pulang semula ke Tampin. Fuhh.. Esok ie bercadang nak kemukan borang permohonan sambung belajar kepada pihak sekolah pula. Mungkin juga akan transfer yuran pengajian esok.
Ok lah.. sampai sini je
Saturday, February 2, 2013
Sambung Belajar??
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur ie kepada Allah kerana dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala yang ie ingin laksanakan.
Hampir 3 tahun lepas, suatu hari di semester akhir dalam pengajian degree.. ie menyuarakan hasrat kepada seorang rakan untuk menyambung balik pengajian ke peringkat master setelah 2 tahun bekerja. Sebabnya masa itu nanti ie sudah mempunyai pendapatan sendiri dan Anis pun telah tamat pengajian di IPG nya.
Tahun lepas, ie kembali ke UTM bersama seorang rakan guru yang sedang menyambung pengajiannya di sana. Ie ingin meninjau kos-kos yang ditawarkan di peringkat master selain daripada merasa sendiri jarak perjalanan ke sana. Fuh, lebih 2 jam ke UTM Skudai, Johor dari Melaka melalui lebuh raya.
Walaupun begitu ie tetap juge membuat permohonan menyambung pengajian ke peringkat master untuk ambilan November di UTM. Cuma masa tu, ie masih berkira-kira mahu atau tidak sebenarnya. Lastly ie tidak membayar yuran permohonan RM20 sehingga tiba hari terakhir permohonan.
Dari Selatan ke Utara...
Minggu-minggu akhir dalam penggal akhir sekolah tahun lepas, seorang sahabat mengajak ie membuat permohonan menyambung pengajian ke UKM. Masa tu, fikiran ie memang kosong. Tidak jelas dengan apa yang ie mahu. Justeru ie ikutkan sahaja. Beliau meminta ie menolongnya membuat bayaran RM30 untuk permohonan tersebut. Alang-alang ie turut membayar yuran pendaftaran sendiri juga.
Pada awalnya, ie memohon kos Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan sebagai pilihan pertama dan Pendidikan Perniagaan & Keusahawanan sebagai pilihan kedua. Kemudian ie bertanyakan pendapat seorang rakan yang sedang menyambung pengajian masternya di UPSI tentang pilihan tersebut. Katanya...
dan untuk pilihan kedua pula...
jadi beliau mencadangkan untuk ie ambil...
Banyak lagi yang beliau cakapkan. Ie tak tahu lah macam ie terpengaruh dengan apa yang diutarakan. Akhirnya ie menukar pilihan pertama kepada Pendidikan Pengukuran & Penilaian. Untuk pilihan kedua ie kekalkan kerana ie rasa macam nak sangat belajar tentang akaun. Ie mahu sesuatu yang berbeza.
In sya Allah, ada masa ie sambung entry ini kemudian nanti. Selamat Berhujung Minggu~

klu pentadbiran perniagaan utk pegang jawatan yang bukan mengajar, lebih mengurus. klu ko minat ok la. mcm aku, aku tak suka bidang2 mengurus ni. mcm klu satu ms nnti ko nk jd pegawai ppd, nazir, pengetua sesuai. tapi masalahnya era, utk jd pengetua x perlu sarjana dlm bidang ni, sbb dia > kpd time base.
dan untuk pilihan kedua pula...
yg no.2 tu plak lebih kepada klu ko nk bkk perniagaan yang bebentuk business cthnya mcm nk bukak kolej, u, tadika. ok lar. tp market bg kedua2 ni mcm kurang lar era. sekadar mcm ambk seronok2.
jadi beliau mencadangkan untuk ie ambil...
ko tak ambk penilaian dan pengukuran? skrg ni tgh hot.
dan pengukuran snagat luas, bukan buat soalan je, tp buat analisis statistik, menilai program. byk2 la bendavide variety
mcm aku la kn era. aku minat coz PTV, tp x byk u yg offer. so langkah aku skrg ni adalah, aku ambk je penilaian dan pengukuran. insyaAllah utk PHD nnti br aku ambk blk coz PTV
Banyak lagi yang beliau cakapkan. Ie tak tahu lah macam ie terpengaruh dengan apa yang diutarakan. Akhirnya ie menukar pilihan pertama kepada Pendidikan Pengukuran & Penilaian. Untuk pilihan kedua ie kekalkan kerana ie rasa macam nak sangat belajar tentang akaun. Ie mahu sesuatu yang berbeza.
Kalau diikutkan sejarah pendidikan ie selepas SPM, ie mengikuti program Sains Hayat di Matrikulasi. Kemudian ie menyambung degree dalam bidang yang berbeza iaitu Teknologi & Pendidikan (Kemahiran Hidup). Ternyata pertukaran bidang menyeronokkan kerana kita belajar sesuatu yang baru.
Kalau dahulu di sekolah ie sudah dalam aliran sains, di Matrik pun ie masih belajar benda yang sama. Boring dan paling dasyat result ie tidak memberangsangkan.
Kalau dahulu di sekolah ie sudah dalam aliran sains, di Matrik pun ie masih belajar benda yang sama. Boring dan paling dasyat result ie tidak memberangsangkan.
Mungkin dari situ ie belajar dan mungkin juga ia laluan yang telah Allah tentukan untuk ie. Sebijak mana pun ie merancang, ie percaya rancangan Allah lebih hebat buat ie. Alhamdulillah, ie jadi seperti hari ini. huhu...
Ok, tinggalkan cerita semalam. Sekarang ie ingin kongsikan satu berita baik bahawa UKM telah menghantar surat rasmi meluluskan permohonan ie menyambung pengajian ke peringkat master dalam pilihan pertama!!
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
In sya Allah, ada masa ie sambung entry ini kemudian nanti. Selamat Berhujung Minggu~
p/s: degree membawa gelaran Sarjana Muda manakala master membawa gelaran Sarjana. Ie dulu tak faham semua istilah ni. Ini pencerahan buat pembaca yang mungkin juga tak faham seperti ie dulu. huhu... :P
Sunday, January 20, 2013
Lobak Putih Masak Lemak
Lobak Putih Masak Lemak? Mmm... ini nama yang ie sesuka hati bubuh.
Resepi dari ibunda tercinta. Salah satu favorite ie semasa di rumah. Sekarang hidup sendiri, mahu tak mahu kena lah masak sendiri kan. Huu...
Porsi: 2-3 orang
Bahan-bahan:
- Sebatang lobak putih - dibuang kulit dan dipotong batonnet
- Seekor ikan (tak kisah jenis apa. Biasa ie guna ikan selayang atau kembong)
- santan dari 1/2 biji kelapa (boleh kurangkan mengikut citarasa)
- sebiji bawang besar - dihiris
- secawan air
- 1 camt lada hitam
- 1 camt ++ garam
- 1/4 camt ++ gula
Kaedah :
- Rebus lobak putih bersama ikan di dalam periuk. (ikan boleh juga dipanggang).
- Sementara itu, tuangkan santan ke dalam periuk bersih yang lain. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul bersama santan dengan menggunakan sudu.
- Setelah ikan masak, tutup api. Keluarkan ikan tadi dan buang tulangnya. Isi ikan diramas dan dimasukkan ke dalam periuk santan. Gaul bersama.
- Letakkan periuk santan ke atas dapur dan nyalakan api dengan sederhana.
- Toskan lobak putih yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam periuk santan. Kacau.
- Tambahkan air dan lada hitam. Kacau.
- Setelah hampir mendidih (
keluar buih-buih kecil), perasakan dengan garam dan gula. - Apabila mendidih, rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
p/s: Masakan bersantan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah minyak. Jika ingin tinggalkan, masaklah dengan api yang kecil dan sekali-sekala sahaja dikacau.
~ Selamat Mencuba~
Saturday, January 19, 2013
Ayam Goreng Sambal
Porsi : 1- 2 orang
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 2-3 ketul ayam
- 1/2 camt serbuk kunyit
- 1 camt ++ garam
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 camb cili kisar
- 1 camt sos tomato
- 1 camt ++ gula
- minyak untuk menggoreng
![]() |
| abaikan kuali yang tak berapa nak comel tu. huhu |
Kaedah:
- Bersihkan ayam. Gaul dengan garam dan kunyit. Perap sebentar.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
- Angkat ayam. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
- Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga hancur
- Dalam kuali yang sama, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
- Masukkan sos tomato dan sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan gula. Rasa hingga sesuai.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balik sebentar bersama sambal tadi.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Resepi ni baru je beberapa minit selesai dimasakkan. Belum terasa lapar lagi, yakni belum jamah lagi. So masih di dalam kuali semasa gambar diambil. Malu sebenarnya nak masuk gambar ni coz kuali langsung tak menarik hati. waaa..
Tapi xpe, bab kata Yuyu Zulaikha; kuali xcomey tidak semestinya tuan die pun tak comey yer. wakaka...
Owh ye, resepi ni ie belajar masa di universiti dulu. hah, ganas tak? belajar masak di universiti? Itu lah untungnya ambil kos Kemahiran Hidup. wakakaka
Owh ye, resepi ni ie belajar masa di universiti dulu. hah, ganas tak? belajar masak di universiti? Itu lah untungnya ambil kos Kemahiran Hidup. wakakaka
Selamat mencuba, bujang-bujang di luar sana~ ^_^
p/s: kadangkala ie suka ganti sos tomato tu dengan buah tomato segar. fuh, yummy!!