Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Showing posts with label sejuta makna. Show all posts
Showing posts with label sejuta makna. Show all posts

Monday, April 18, 2016

Poligami

Duhai lelaki... tak perlu menipu andai mahu berpoligami.
Beritahu isteri, bukan bererti memohon izin tapi..
Sebagai tanda, tiada rahsia antara kalian berdua.

Bila perkahwinan kedua tanpa pengetahuan isteri pertama terbongkar,
Sukar kita jumpa yang bertemu bahagia.
Bukan isteri pertama tak redha,
Tapi kebanyakan terasa diri bukan siapa-siapa lagi di mata suami,
Sudah ada rahsia, sudah ada jarak antara mereka.

Tanpa kepercayaan,
apalagi yang tinggal dalam sebuah perhubungan??
Perempuan, sekali ditipu selamanya tak akan lupa.
Walaupun hati telah mengatakan,
aku maaf kan kamu demi cinta kita.

Friday, April 18, 2014



Di saat kehilangan orang yang tersayang,
setiap kebaikannya terlintas di fikiran
termimpi-mimpi kenangan bersama 
bergetar bibir untuk mengatakan dia telah tiada 


pergilah sayang...
kami redha 
moga dirimu lebih bahagia di sana 
menanti kami untuk bertaut rindu 
di syurga yang Maha Agung 

In sha Allah~ 


al-Fatihah buat allahyarhamah kakanda ku
18.04.1986 - 13.12.2007


Thursday, March 20, 2014

Cakap Mak

mak selalu cakap...
dalam setandan pisang, buahnya lain-lain
seperti adik-beradik, masing-masing ada lebih dan kurang.
mak selalu pesan...
adik-beradik jangan bergaduh
esok-esok mereka lah tempat kita tumpang susah senang.

dulu bila makan minum, selalu kena kongsi...
mak kata jimat tapi sebenarnya itu petua mak eratkan kami.
dulu bila gaduh semua kena leter, kena rotan...
mak tak pernah menangkan salah sorang dari kami.

sekarang walaupun saling berjauhan
hati kami tetap satu
dalam ego kami tetap merindu
dalam doa kami boleh bersatu...

terima kasih mak & ayah
kerana bijak membesarkan kami 
dalam ikatan penuh kasih & sayang ini.
semua~

Thursday, March 13, 2014

Hidup terlalu singkat untuk kita membenci..
Andai ada sengketa, leraikanlah..
Andai ada dendam, maafkanlah..
Moga hidup ini akan lebih bererti...

Wednesday, February 26, 2014

Empat tahun tidak bersua
Rindu bermukim di dada
Moga kalian baik baik saja
Walau di mana pun berada.

UTM di hati~

Monday, February 3, 2014

Dalam hidup ini banyak perkara berlaku tanpa kita jangka
Kadangkala perjalanannya berliku tanpa kita sangka
Mungkin kerana itu lah ia bagai suatu sandiwara cerita
Tidak terduga apa, bila, kenapa dan bagaimana akan tercipta~

Friday, December 13, 2013

di saat pertolongan yg dimohon,
ditunaikan tanpa soal tanpa bicara, 
tiada yg lain dlm hati ini 
selain ucapan syukur dan doa 
agar kebaikan yg diberi dibalas kebaikan jua.

Monday, January 14, 2013

Berahsia


Adakalanya terlalu berahsia itu lebih baik dari berkata-kata
Namun adakalanya terlalu berahsia itu menyesakkan jiwa

Owh Tuhan, yang mana satu harus aku lakukan....

Tuesday, October 2, 2012

To Love their Mother

Photo: Feel free to share or tag
More @ www.allfamousquotes.net
♥

Hari ni, terjumpa kata-kata di atas dalam facebook. Sangat setuju bahawa perkara paling penting yang seorang bapa boleh lakukan untuk anak-anaknya adalah mencintai ibu mereka.

Sweet sangat rasanya bila melihat kemesraan mak ayah suatu ketika dahulu. Paling sweet, bila masuk bilik mereka di pagi hari, mesti dapat lihat mereka tidur berpelukan.

Best sangat suatu ketika dahulu, emak selalu masak sebelum ayah pulang. Kami pasti terlompat-lompat kegirangan menyambut kepulangan ayah. Kemudian hidangan tersedia, kami selalu makan malam bersama.

Terharu sangat bila ayah tak kejutkan tetapi mengangkat dan alihkan anak-anak yang tidur bersama emak ke katil sendiri bila dia pulang lewat di tengah malam kerana outstation. 

Nah, ternyata kasih sayang antara ibu dan bapa memberi kebahagiaan kepada anak-anak. Kehidupan keluarga lebih harmoni dan bahagia sekali.

Untuk aku pula, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Memanglah hidup ini tidak selalunya indah tetapi yang indah itu akan selalu hidup dalam kenangan. 

Rindu keluarga ku dulu~ 

Sunday, April 15, 2012

Lazimnya orang yang mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau atau menyakitkan hati akan lupa apa yang telah diperkatakannya TAPI orang yang mendengar kata-kata tersebut tidak akan pernah lupa apa yang telah didengarinya. 

Friday, February 24, 2012

SIBLING


Kadangkala bukan salah mereka tidak sayangkan kita tapi salah kita sebab tidak memberi peluang untuk mereka menyayangi kita~

Sunday, September 11, 2011

PERSAHABATAN

Menjalin persahabatan tidak semudah memperkenalkan diri... Persahabatan sejati adalah yang jujur dan luhur dari hati tanpa secubit pun perasaan iri dan dengki... Bersahabat lah dengan seikhlasnya... Jangan dibayangi dengan perasaan akan tewas dengan kehebatan sahabat sendiri~

Sunday, May 15, 2011

MUNAJAT KU PADA MU

Semakin menginjak dewasa... semakin banyak kisah sedih yang ie temui...
Ie tahu itu semua cara Tuhan menguji...
Sebab tu, bila kesedihan datang, hanya dengan munajat pada Tuhan dapat menghilangkan perasaan itu.

Tuhan, kuatkan lah aku menghadapi semua ujian Mu. Janganlah sesekali biarkan aku lalai dan terleka dengan dunia ini, kerana pasti ajal itu akan tiba walau lambat mahupun cepat. Aku hanya mahu mati di jalan yang Engkau redhai, sebagai hamba Mu yang beriman dan bertaqwa hanya pada Mu. Amin ya Rabb~

Sunday, December 12, 2010

MENGAPAI AWAN

Putihnya awan umpama seputih salji. Cukup indah dipandang. Ingin sekali digapai awan yang indah itu, agar dapat ku genggam dan ku hembus menjadi suatu lukisan. Lukisan sekeping hati yang paling bahagia. Awan, akan ku terus mengapai mu, walaupun sukar bagiku...

Friday, September 10, 2010

SALAM I'DILFITRI 1431H



Assalamualaikum. Hai semua... Sehari sebelum dan pada hari raya pertama memang sangat sibuk. Sampaikan Ie langsung tidak berpeluang menjamah internet. Alhamdulillah, malam ini agak berkelapangan. Tetamu terakhir pun dah pulang ketika azan Isyak sebentar tadi. Apa pun sementara mood raya masih ada, Ie ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 1431H kepada semua pembaca dan pengunjung blog Selembut Bayu di Hatiku. Ie mohon jutaan kemaafan atas setiap kesalahan Ie dalam melontarkan pendapat, mencurahkan isi hati, mengukir setiap puisi dan sebagainya. Apa pun Ie ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian anda untuk terus berkunjung ke blog yang agak sepi ini. huuu...

Saturday, April 10, 2010

Kadangkala kita merasakan bahawa kita lah orang yang paling teruk diuji~ tetapi kadang kala kita terlupa sebab di seblik ujian itu dan kita juga lupa, masih ramai lagi yang menerima ujian serupa bahkan lagi hebat dari kita. Bersyukur lah dengan segala yang telah diaturkan oleh Dia yang Maha Mengetahui atas segala yang terjadi~
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286-

Wednesday, July 1, 2009

dan sebenarnya


dalam hidup ini pasti ada rindu yang bertandang. sementelah sayang tidak pernah padam, cinta yang bersemi tanpa diundang.