Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Monday, February 4, 2013

Sambung Belajar?? ..part II

Maaf lah.. sejak dua menjak banyak entri pasal diri jer. blog dah jadi macam diari lak.. hakhak..

Salam semua...
Minggu lepas, ie kan sudah terima surat tawaran ke UKM. Yahooo!! Seronok sebenarnya lebih-lebih lagi bila ada yang mengucapkan tahniah. Macam perkara besar walhal awal-awal dulu hati ini berbelah bahagi. Mungkin masa tu, malas menguasai diri. Huu...

Seminggu ie ambil masa untuk buat keputusan tau. Hari pertama dapat surat, hati berbunga-bunga. Tapi bila buka dan baca segala apa yang dipos, hati berdebar-debar pula. Bersediakah aku? hoho... Dalam tempoh tu juga, 2 kali ie ke UKM.

Kali pertama (memang benar-benar kali pertama ke sana) untuk meninjau jarak perjalanan ke sana selain mengenal tempat. Kali kedua pula, menemani kawan ie membuat rayuan permohonannya. Dan dalam masa tu juge ie solat istikharah, mohon petunjuk Illahi; andai perkara ini baik buat ie, permudahkanlah ya Allah... Amin~

Ok, sekarang ie sudah ada keputusan di tangan. dan keputusannya adalah...

Jom, sambung belajar!!!

In sya Allah, keputusan ni muktamad!

Sudah banyak sebab ie pertimbangkan. Antaranya sementara ie masih di Melaka, jarak lebih kurang 1 jam ke UKM bukan lah jauh sangat berbanding dari Terengganu. Peluang yang ada ni pun mungkin belum tentu akan ada lagi. Banyak lah juga sebab yang ie tak boleh lah ceritakan kat sini.. rahsia.. hakhak..

Ie juga mahu kan perubahan dalam hidup. Sudah lebih 2 tahun bekerja di sini, rasa macam kehidupan ie berlalu sama sahaja setiap hari. Apa pun, berbalik pada niat asal ie juge; mahu menambah ilmu dan pengalaman. Belajar sesuatu yang baru kan menyeronokkan. Tak patut ie lepaskan peluang ni.

So, minggu ni ie perlu settle kan semua perkara yang diperlukan semasa pendaftaran memandangkan minggu depan ie sudah pulang ke kampung untuk cuti Tahun Baru Cina. Itu pun tak sampai seminggu tau. Rabu sudah kena datang sini. Khamisnya daftar. Uwaa.... Berkorban apa saja....

demi kerana teringin nak konvo lagi~ hakhak :P

Hari ni ie ke klinik membuat beberapa prosedur medical check up. Mujur pergi hari ni, tarikh temujanji dengan doktor 13 hb 2 tau. Sehari before pendaftaran, hari yang sama ie pulang semula ke Tampin. Fuhh.. Esok ie bercadang nak kemukan borang permohonan sambung belajar kepada pihak sekolah pula. Mungkin juga akan transfer yuran pengajian esok.

Ok lah.. sampai sini je diari kita hari ni. hakhak... Doa kan lah mudah-mudahan segala urusan ie berjalan lancar dan ie selamat menempuh pengajian ini hingga ke akhirnya.. hingga berjaya... In sya Allah~


Saturday, February 2, 2013

Sambung Belajar??

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ie kepada Allah kerana dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala yang ie ingin laksanakan.

Hampir 3 tahun lepas, suatu hari di semester akhir dalam pengajian degree.. ie menyuarakan hasrat kepada seorang rakan untuk menyambung balik pengajian ke peringkat master setelah 2 tahun bekerja. Sebabnya masa itu nanti ie sudah mempunyai pendapatan sendiri dan Anis pun telah tamat pengajian di IPG nya.

Tahun lepas, ie kembali ke UTM bersama seorang rakan guru yang sedang menyambung pengajiannya di sana. Ie ingin meninjau kos-kos yang ditawarkan di peringkat master selain daripada merasa sendiri jarak perjalanan ke sana. Fuh, lebih 2 jam ke UTM Skudai, Johor dari Melaka melalui lebuh raya.

Walaupun begitu ie tetap juge membuat permohonan menyambung pengajian ke peringkat master untuk ambilan November di UTM. Cuma masa tu, ie masih berkira-kira mahu atau tidak sebenarnya. Lastly ie tidak membayar yuran permohonan RM20 sehingga tiba hari terakhir permohonan.

Dari Selatan ke Utara...

Minggu-minggu akhir dalam penggal akhir sekolah tahun lepas, seorang sahabat mengajak ie membuat permohonan menyambung pengajian ke UKM. Masa tu, fikiran ie memang kosong. Tidak jelas dengan apa yang ie mahu. Justeru ie ikutkan sahaja. Beliau meminta ie menolongnya membuat bayaran RM30 untuk permohonan tersebut. Alang-alang ie turut membayar yuran pendaftaran sendiri juga.

Pada awalnya, ie memohon kos Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan sebagai pilihan pertama dan Pendidikan Perniagaan & Keusahawanan sebagai pilihan kedua. Kemudian ie bertanyakan pendapat seorang rakan yang sedang menyambung pengajian masternya di UPSI tentang pilihan tersebut. Katanya...


klu pentadbiran perniagaan utk pegang jawatan yang bukan mengajar, lebih mengurus. klu ko minat ok la. mcm aku, aku tak suka bidang2 mengurus ni. mcm klu satu ms nnti ko nk jd pegawai ppd, nazir, pengetua sesuai. tapi masalahnya era, utk jd pengetua x perlu sarjana dlm bidang ni, sbb dia > kpd time base.

 dan untuk pilihan kedua pula...

yg no.2 tu plak lebih kepada klu ko nk bkk perniagaan yang bebentuk business cthnya mcm nk bukak kolej, u, tadika. ok lar. tp market bg kedua2 ni mcm kurang lar era. sekadar mcm ambk seronok2.

 jadi beliau mencadangkan untuk ie ambil...


ko tak ambk penilaian dan pengukuran? skrg ni tgh hot.
 dan pengukuran snagat luas, bukan buat soalan je, tp buat analisis statistik, menilai program. byk2 la bendavide variety 
mcm aku la kn era. aku minat coz PTV, tp x byk u yg offer. so langkah aku skrg ni adalah, aku ambk je penilaian dan pengukuran. insyaAllah utk PHD nnti br aku ambk blk coz PTV


Banyak lagi yang beliau cakapkan. Ie tak tahu lah macam ie terpengaruh dengan apa yang diutarakan. Akhirnya ie menukar pilihan pertama kepada Pendidikan Pengukuran & Penilaian. Untuk pilihan kedua ie kekalkan kerana ie rasa macam nak sangat belajar tentang akaun. Ie mahu sesuatu yang berbeza.

Kalau diikutkan sejarah pendidikan ie selepas SPM, ie mengikuti program Sains Hayat di Matrikulasi. Kemudian ie menyambung degree dalam bidang yang berbeza iaitu Teknologi & Pendidikan (Kemahiran Hidup). Ternyata pertukaran bidang menyeronokkan kerana kita belajar sesuatu yang baru.

Kalau dahulu di sekolah ie sudah dalam aliran sains, di Matrik pun ie masih belajar benda yang sama. Boring dan paling dasyat result ie tidak memberangsangkan.

Mungkin dari situ ie belajar dan mungkin juga ia laluan yang telah Allah tentukan untuk ie. Sebijak mana pun ie merancang, ie percaya rancangan Allah lebih hebat buat ie. Alhamdulillah, ie jadi seperti hari ini. huhu...

Ok, tinggalkan cerita semalam. Sekarang ie ingin kongsikan satu berita baik bahawa UKM telah menghantar surat rasmi meluluskan permohonan ie menyambung pengajian ke peringkat master dalam pilihan pertama!!

Alhamdulillah...

In sya Allah, ada masa ie sambung entry ini kemudian nanti. Selamat Berhujung Minggu~



p/s: degree membawa gelaran Sarjana Muda manakala master membawa gelaran Sarjana. Ie dulu tak faham semua istilah ni. Ini pencerahan buat pembaca yang mungkin juga tak faham seperti ie dulu. huhu... :P


Sunday, January 20, 2013

Lobak Putih Masak Lemak

Lobak Putih Masak Lemak? Mmm... ini nama yang ie sesuka hati bubuh. 

Resepi dari ibunda tercinta. Salah satu favorite ie semasa di rumah. Sekarang hidup sendiri, mahu tak mahu kena lah masak sendiri kan. Huu...

Porsi: 2-3 orang

Bahan-bahan: 
  1. Sebatang lobak putih - dibuang kulit dan dipotong batonnet
  2. Seekor ikan (tak kisah jenis apa. Biasa ie guna ikan selayang atau kembong)
  3. santan dari 1/2 biji kelapa (boleh kurangkan mengikut citarasa)
  4. sebiji bawang besar - dihiris
  5. secawan air
  6. 1 camt lada hitam
  7. 1 camt ++ garam
  8. 1/4 camt ++ gula

lobak putih yang telah siap direbus

Kaedah :
  1. Rebus lobak putih bersama ikan di dalam periuk. (ikan boleh juga dipanggang).
  2. Sementara itu, tuangkan santan ke dalam periuk bersih yang lain. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul bersama santan dengan menggunakan sudu.
  3. Setelah ikan masak, tutup api. Keluarkan ikan tadi dan buang tulangnya. Isi ikan diramas dan dimasukkan ke dalam periuk santan. Gaul bersama.
  4. Letakkan periuk santan ke atas dapur dan nyalakan api dengan sederhana. 
  5. Toskan lobak putih yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam periuk santan. Kacau.
  6. Tambahkan air dan lada hitam. Kacau. 
  7. Setelah hampir mendidih (keluar buih-buih kecil), perasakan dengan garam dan gula.
  8. Apabila mendidih, rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

tadaa.. dah pun siap! siap berhias bawang lagi 2 lingkar. :P


p/s: Masakan bersantan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah minyak. Jika ingin tinggalkan, masaklah dengan api yang kecil dan sekali-sekala sahaja dikacau. 

~ Selamat Mencuba~


Saturday, January 19, 2013

Ayam Goreng Sambal

Porsi : 1- 2 orang

Bahan-bahan:
  1. 2-3 ketul ayam
  2. 1/2 camt serbuk kunyit
  3. 1 camt ++ garam
  4. 1 biji bawang besar
  5. 1 ulas bawang putih
  6. 1/2 inci halia
  7. 1 camb cili kisar
  8. 1 camt sos tomato
  9. 1 camt ++ gula
  10. minyak untuk menggoreng

abaikan kuali yang tak berapa nak comel tu. huhu















Kaedah:
  1. Bersihkan ayam. Gaul dengan garam dan kunyit. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
  3. Angkat ayam. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
  4. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga hancur
  5. Dalam kuali yang sama, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  6. Masukkan sos tomato dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan garam dan gula. Rasa hingga sesuai.
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balik sebentar bersama sambal tadi.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Resepi ni baru je beberapa minit selesai dimasakkan. Belum terasa lapar lagi, yakni belum jamah lagi. So masih di dalam kuali semasa gambar diambil. Malu sebenarnya nak masuk gambar ni coz kuali langsung tak menarik hati. waaa.. 

Tapi xpe, bab kata Yuyu Zulaikha; kuali xcomey tidak semestinya tuan die pun tak comey yer. wakaka...

Owh ye, resepi ni ie belajar masa di universiti dulu. hah, ganas tak? belajar masak di universiti? Itu lah untungnya ambil kos Kemahiran Hidup. wakakaka

Selamat mencuba, bujang-bujang di luar sana~ ^_^



p/s: kadangkala ie suka ganti sos tomato tu dengan buah tomato segar. fuh, yummy!!

Monday, January 14, 2013

Berahsia


Adakalanya terlalu berahsia itu lebih baik dari berkata-kata
Namun adakalanya terlalu berahsia itu menyesakkan jiwa

Owh Tuhan, yang mana satu harus aku lakukan....

Saturday, January 12, 2013

Seberang Takir & Bukit Puteri

Assalamu'alaikum...
Cuti sekolah penggal akhir tahun yang lalu, ie pulang ke kampung. Biasa hujung-hujung tahun adalah musim tengkujuh di Terengganu. Bagi yang malas, mesti lah duk mengadap tv dan ulang-alik ke dapur je. Ie lah tu. hakhak.. 

air banjir separas tangga pertama rumah sahaja


Tapi bagi yang rajin, saat ini lah yang dinanti-nantikan seperti adik lelaki ie, Amirul. Apabila hujan sudah tidak terlalu lebat, air juga tidak mengalir deras, dia akan pergi berenang dan memasang pukat di kawasan rendah berhampiran sungai di kampung kami.

Pandangan dari pintu utama rumah

Of course dapat ikan! Cuma ie tak ingat nama-nama ikan yang Amirul bawa balik. Cuma yang ie ingat dia pernah mengelek balik ikan Belida (namanya kalau tak silap lah) sebesar dada ke rumah. Tapi dari pukat kawan ayah yang dia tolong naikkan. Pukat sendiri pun dia dapat ikan tapi yang paling besar ikan belida itu lah. Tak percaya???

Nah, buktinya!

 Suatu hari tu kami sekeluarga keluar ke bandar. Cuaca tetap juga hujan cuma renyai-renyai. Tujuan asalnya mahu menukar kad pengenalan. Sesampai di bandar, semua jadi tension sebab tiada tempat parking. Orang terlalu ramai. Dua kali kami pusing mengelilingi jalan bandar. Lastly kami melencong ke Syahbandar. Melihat air laut sambil menenangkan fikiran yang stress. Hakhak. 

Entah siapa punya idea, nak rasa naik bot tambang ke seberang sana iaitu Seberang Takir. Cadangnya sampai di sana nanti kita minum-minum kopi dan makan-makan keropok je sekejap sebelum balik semula ke sini. ermm, feeling nostalgia zaman kecik lah tu! Tapi memang dah lama tak pergi. So, kami pun bergerak lah ke jeti Syahbandar. Sudah ada bot yang menunggu terus kami melompat naik.

jeti syahbandar

Masa bot bergerak meninggalkan jeti, hujan sudah pun reda. Mentari pun memancar silau walaupun dalam malu-malu. Huhu...

cantiknya awan

Amirul memilih tempat duduk paling belakang dari pintu masuk ke bot. Ingin melihat bahagian enjin katanya. 

Gaya orang yang biasa membawa bot

Tak sangka gaya duduk dia di hujung bot menarik perhatian seorang pelancong dari Johor. Dia menangkap beberapa keping gambar Amirul. Walaupun sporting, Amirul tetap bertanya juga kenapa? Jawab pelancong tersebut untuk buat kenangan. Haha.. 

Gambar dari kamera pelancong tu mungkin lebih baik kot. Huu

Kali terakhir ie ke Seberang Takir dengan menaiki bot ni adalah masa zaman sekolah rendah. Mungkin masa umur 10 tahun. Sekarang sudah berbelas-belas tahun. Kedai kopi yang kami pergi dahulu pun sudah tiada. Jenuh lah mencari kedai baru. Memandangkan sudah hampir pukul 1 pm kami tiba, kami terus terjah kedai nasi berlauk. Makan tengahari; nasi putih, ikan/ayam goreng dengan masak lemak petola dan sambal belacan. 

Lapar punya pasal, gambar makanan langsung tak snap. Mmm... Bagusnya, kedai ini betul-betul bersebelahan dengan sebuah surau. Sebaik sahaja selesai makan, azan Zohor berkumandang dan dapatlah kami solat terlebih dahulu.

Pemandangan dari jeti Seberang Takir

 Jeti di sini pun sudah berubah. Jeti kayu telah diganti dengan binaan batu bertangga yang memudahkan pelancong naik ke darat. Ie masih ingat dahulu terdapat jeti kayu naik ke sini.

Ini kot jeti kayu yang lama dulu

Masa kami tiba di jeti, belum ada bot lagi. Tapi kami tak menunggu lama untuk mendapatkan bot. Oh ya, tambang sekepala hanyalah RM2 sahaja. Perjalanan antara jeti Seberang Takir ke jeti Syahbandar sekitar 7 hingga 10 minit sahaja.

Seberang sana sebelah kiri adalah Syahbandar manakala sebelah kanan adalah Pulau Duyung

Jeti baru ini disediakan kemudahan tempat menunggu dan pondok tiket bagi memudahkan pelancong/ penumpang bot.

Sementara menunggu bot tiba

Ok, sekarang kami dah tiba ke Syahbandar semula. Jeti Syahbandar betul-betul bertentangan dengan Bukit Puteri. Sebelum ini tidak pernah naik ke Bukit Puteri. So ada lah cadangan untuk naik ke atas sana pula. Pada mulanya kami masuk ke Bazar Warisan iaitu bangunan baru yang dibina bertentangan dengan Pasar Kedai Payang dan betul-betul berada di kaki Bukit Puteri.

Fungsinya sama seperti Pasar Kedai Payang cuma dalam struktur yang lebih moden. Khabarnya harga sewa outlet-oulet jualan di sini lebih mahal. Ini kali pertama juga kami memasuki Bazar tersebut.

Pemandangan dari pertengahan tangga menuju ke puncak Bukit Puteri

Rupanya dalam Bazar Warisan, terdapat tangga menuju terus ke puncak Bukit Puteri. Bukit Puteri ini tidak lah setinggi mana. Kita pun tidak perlu susah payah mendaki. Gunakan sahaja tangga yang disediakan. Tiga atau empat kali tangga yang ada lebih kurang 20 anak tangga tu je. Itu pun 2 tangga pertama adalah eskalator dan ia berada dalam bangunan Bazar Warisan. Hehe.

Dapatkan tiket di hentian tangga ke 3. Kami berlima tapi tiketnya hanya RM2 sahaja. Tidak pasti atas sebab apa. Mungkin kami orang Terengganu atau mungkin sebab cuaca kembali mendung.

Pemandangan dari puncak Bukit Puteri. Bangunan paling hadapan  itu adalah bunbung Istana Maziah

Setibanya di puncak, hujan turun selebat-lebatnya. Tak sempat nak snap gambar Meriam Beranak. Nak tahu macam mana ia beranak, datanglah tengok sendiri! Jengjengjeng... Kami menunggu hujan reda di pondok yang disediakan. Dari pondok tersebut, dapatlah ie snap gambar pondok Genta ni.

Genta (loceng besar) pada zaman dahulu digunakanuntuk memberi amaran bahaya

Lama menunggu, hujan tidak juga berhenti. Ie tidak bercadang untuk naik ke bahagian puncak paling tinggi di Bukit Puteri ini. Jadi ie snap gambar dari jauh sahaja. 

Kubu terakhir yang menempatkan singgahsana Sultan.

Tapi adik-adik ie degil. Diorang ajak naik juga dalam keadaan hujan. Mak pun join sekali. Ermm.. akhirnya apabila hujan renyai sedikit ie pun ikut serta. Tidak lama selepas itu, hujan kembali lebat. Kami berteduh di pondok lain pula berdekatan dengan tangga naik ke kubu tadi.

Pemandangan laut dari puncak Bukit Puteri

Pemandangan dari pondok ini lebih cantik kerana ia mengadap laut. Kami menunggu hujan reda sebelum menuruni tangga masuk semula ke Bazar Warisan. Dalam bazar ini terdapat banyak butik-butik pakaian yang rata-rata menjual kain batik sutera dan sebagainya.

Kami cuma singgah di kedai cenderamata sahaja. Banyak betul anak-anak patung penyu dijual di sini. Maklum lah trade mark Terengganu kan penyu. Ie dah penat sangat untuk snap gambar. Sekadar memilih beberapa key chain penyu sahaja sebagai buah tangan apabila balik ke Melaka nanti.

pemandangan hadapan pintu masuk utma Bazar Warisan

Masa keluar dari Bazar Warisan, hujan masih turun dengan lebatnya. Tapi kami redah kan juga memandangkan jam sudah lebih dari angka 3 petang. 

lagi! Bazar Warisan dalam keadaan hujan

Sampai sini sahaja kisah percutian ie di negeri kelahiran. Tarikh sebenar kejadian ialah 16 Disember 2012. Tahun 2013 ini pula adalah tahun melawat Terengganu. Justeru mari lah ramai-ramai ke Terengganu. :P



Friday, January 4, 2013

Don't Forget Allah

Assalamu'alaikum...

Malam Rabu lepas, seperti biasa sebelum tidur ie selalu mendengar siaran radio ikim.fm. Malam tu ikim membuat temubual ekslusif bersama Farid Sanullah. Ie tak kenal pun siapa lah gerangannya ni.

Kemudian Dj Faiz dan Dj Mazlina meminta beliau menyanyi secara live. Syahdunya suara penyanyi ini. Kemudian lagu sebenar diperdengarkan. Dengan muzik dan dendangan suara Farid yang merdu memang terasa betul kesyahduaannya.

Syahdu yang hadir bukan terletak kepada suara dan muzik yang didendangkan tetapi kepada lirik yang dilantunkan. Ie memang benar-benar tersentuh dengan lagu ini. Paginya terus ie cari lagu yang dinyanyikan malam tadi; Don't Forget Allah.

Dengarkan...



See... tersentuh bukan?

Salam Jumaat semua~



Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

2012 bakal melabuhkan tirainya.. berlalu dalam sedar tapi pantasnya tanpa sedar...
Tidak banyak perubahan mahupun pencapaian yang dapat ie bangga kan sepanjang tahun ini.
Namun syukur pada Allah kerana ie masih dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki berpanjangan. Alhamdulillah...

sumber : fb
Saat ini adalah tinggal beberapa jam untuk melangkah ke tahun 2013. Ie tidak mahu mengulas lanjut tentang tahun 2012 yang bakal ditinggalkan. Entri kali ini sekadar untuk mengucapkan selamat tahun baru sahaja buat semua pembaca blog Selembut Bayu.

sumber : fb
Sedarilah, perkara yang paling jauh adalah masa lalu. Mudah-mudahan masa lalu yang kita tinggalkan bermanfaat dalam mengejar akhirat yang makin mendekat. Happy New Year everyone!!!

Friday, November 2, 2012

November 1st 2012



sebaris ayat mengungkapkan rasa, 
sebaris ayat juga menerbitkan rasa, 
terima kasih buat yang sudi berkongsi rasa, 
rasa itu menggembirakan jiwa.



Alhamdulillah, Allah lanjutkan usia ini hingga ke suku abad sudah. mudah-mudahan seluruh hidupku yang telah berlalu mahupun akan datang sentiasa dibawah rahmatNya~ 

Aamiin Ya Rabb...



surprise cheese cake from mak & adik-adik 

Thanks a million buat family yang menjadikan hari ini sungguh menyeronokkan. Simple cake but that one which I like.


Terharu dengan ingatan dan ucapan dari rakan-rakan. Jutaan terima kasih jua yang mampu aku katakan. Kalian membuatkan diri ku rasa dihargai.


Mudah-mudahan Allah jua yang dapat membalas doa dan kebaikan kalian semua dengan kebaikan juga. Terima kasih semua~ :D

Sunday, October 7, 2012

Ulu Bendul

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Update sikit rupa Selembut Bayu. Hehe...

Semalam, ie bersama Anis dan Ayu ke Ulu Bendul. Anis yang merancang, ie turutkan aje biar pun kepala berserabut dengan kerja-kerja yang belum dapat diselesaikan.

Selepas mengambil Ayu di kolejnya di Port Dickson, kami kembali semula ke Tampin. Dari Tampin kami memasuki jalan ke Repah iaitu jalan yang sama ke Gemencheh/ Gemas/ Segamat. Tidak berapa jauh melalui jalan tersebut, kami membelok ke kiri menuju Kuala Pilah. Berdekatan simpang tiga tersebut, terdapat sebuah sekolah menengah agama disebelah kanan.

Perjalanan ke pekan Kuala Pilah mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang jalan tersebut, kami bertemu pekan Air Mawang dan Johol. Kami turut bertemu dengan simpang ke Dangi iaitu jalan pintas ke lebuhraya Muadzam. Tengok jalan ni, hati rasa nak balik kampung je. huhu.

Jalan bengkang bengkok bab ular dipalu bahkan sampai satu kawasan keadaan jalan hampir menyamai huruf  'S' bentuknya. Namun ia tidak lah bahaya kerana jalannya landai sahaja. Akhirnya kami tiba di pekan Kuala Pilah. Pekan kecil namun kelihatan agak sesak.

Pada traffic light pertama, kami membelok ke kiri memasuki Senaling. Dari sini, dianggarkan kira-kira 20 minit lagi perjalanan dengan kereta untuk tiba ke Ulu Bendul yang terletak di Tanjung Ipoh.

Sepanjang perjalanan kali ini, kami disajikan pula dengan pemandangan sawah padi, ladang jagung dan gerai-gerai menjual ayam dan itik salai. Terdapat juga beberapa gerai menjual buah-buahan terutamanya jagung.

Akhirnya kami disambut dengan pintu gerbang Ulu Bendul di sebelah kiri. Ia terletak betul-betul di tepi jalan memudahkan kami menemuinya.


Kawasan rekreasi Ulu Bendul ini mempunyai banyak lorong sehingga kami keliru untuk memilih tempat paling sesuai meletakkan kereta. Kami akhirnya memakir kereta berhampiran dengan sebuah kolam tadahan air.


Ramai pengunjung mandi-manda di sini. Kami pula berjalan menuju ke atas untuk mencari kawasan yang lebih semulajadi.

bertebing dan berbukit
Terdapat banyak pokok yang tumbuh merendang. Keadaan air pula tidak lah sejernih mana mungkin kerana membawa terlalu banyak daun-daun kering yang jatuh berguguran.


Oleh kerana airnya cetek dan tidak sedalam mana, mood untuk mandi-manda pun hilang. Huhu. Kami sekadar merendamkan kaki ke dalam air sungainya yang sejuk dan mengalir perlahan. Tapi jangan tak tahu, walaupun cetek, kehadiran kepala air pernah menyebabkan paras air di Ulu Bendul ni meningkat dengan mendadak apabila hujan lebat. Pernah terjadi tiga adik beradik perempuan mati lemas di bawa arus deras di kawasan rekreasi ini.

Cuma satu yang best di sini ialah terdapat ikan-ikan kecil yang datang mengerumuni kaki-kaki kami. Jadilah terapi ikan semulajadi. Seronok kami melihat telatah ikan-ikan menggigit-gigit jari jemari kaki kami. Huhu...

Secara keseluruhannya perkelahan ke Ulu Bendul ok lah. Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 15 minit sahaja dari bandar Tampin. Kawasan rekreasi ini juga menyediakan kemudahan tandas dan bilik air yang agak bersih dan selesa. RM0.40 sekali masuk. Terdapat juga kedai-kedai jualan di bahagian depan berhampiran pintu masuk.

Ketika kami tiba ke sana, kerja-kerja memperluaskan jalan sedang dilaksanakan. Mungkin pada masa akan datang, keadaan kawasan rekreasi Ulu Bendul ini lebih baik. Apa pun bahagian terapi ikan percuma itu adalah yang pertama kali ie jumpa. Moga ada kesempatan lagi untuk ke sana.

Ie terlepas snap gambar kerana plan asal mahu sampai pagi tapi kami bertolak pun agak lewat jadi tiba di sana jam sekitar 12 tengahari. Masa menghambat jadi kami berada di sana selama lebih kurang 2 jam sahaja. Jadi terima kasih lah buat 'Encik Google' kerana ie mendapatkan gambar-gambar di atas daripadanya. hehe...

Jom ke Ulu Bendul~ (^_^)

Terima kasih kerana sudi membaca.