Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk. Semua artikel di dalam blog ini sejujurnya idea Ie sendiri kecuali pada beberapa bahagian yang telah dinyatakan sumbernya. Sebarang ulasan? Nyatakan sahaja, Ie amat menghargainya.
Namun, mohon tiada salinan semula artikel-artikel di sini melainkan dengan kredit sumber asal. Terima kasih. (^_^)

Wednesday, April 21, 2010

DALAM KENANGAN

18 April 2010
Happy Birthday to you... happy birthday to you... Happy birthday to Baya... happy birthday to you... Kali pertama dan terakhir kau tiup lilin dan memotong kek bersempena ulangtahun kelahiran mu yang ke 14. Kegembiraan jelas terbit di wajah mu yang mulus. Hari ini 18 April datang lagi. Tetapi jasad mu telah tiada untuk ku ucapkan Happy Birthday seperti tahun-tahun yang lalu. Telah tiada untuk menyambut hadiah dariku. Owh, kakanda... kau terus hidup dalam kenangan ku.


Masih jelas diingatan ku saat kau khabarkan berita duka. Doktor mengesahkan penyakit mu, lung cancer. Menggigil ku baca sms ringkas dari mu. Kata mu lagi barah itu sudah di tahap 4. Tiada kata yang mampu aku ucapkan. Hanya air mata sebagai pengganti bicara. Lewat petang itu, baru ku balas msg mu. Aku katakan kau kuat untuk hadapi semua ini. Sebab itu kau menjadi pilihan Allah untuk diuji. Berusahalah. Lewat sms kita, aku ucapkan yang aku sayangkan mu. Tulus lahir dari hati ku tika itu.

Seminggu itu kerap ayah menelefon ku. Ayah kebuntuan. Doktor menjangkakan hayat mu hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi. Kemoterapi boleh dilakukan tetapi hanya untuk memanjangkan hayat mu kerana pada tahap ini, barah sudah sukar untuk diubati. Ayah tidak dapat membuat keputusan. Dia bertanyakan pendapat ku. Aku sendiri tiada jawapan. Aku tahu nada percakapan ayah bagai menahan sebak di dada. Owh ayah. Aku pun serupa. buntu.

Akhirnya mak bertemu dengan seseorang yang sudi membantu. Adiknya seorang ustaz, mampu mengubati penyakit barah. Bahkan isterinya merupakan bekas pesakitnya sendiri. Perjumpaan dengan Ustaz Bukhari di Tok Bali memberikan harapan baru kepada kami. Berulang kali diubati, dan kali terakhir beliau mengatakan hanya tinggal 30% sahaja lagi barah di paru-paru mu.

Walaupun khabar itu sedikit sebanyak melegakan hatiku tetapi tidak pada emak. Rupanya mak telah dapat merasakan sesuatu. Ketika kau dilahirkan, bidan yang menyambut mu mengatakan umur mu tidak panjang. Ustaz Bukhari juga ada bersuara kecil, sakit ini boleh diubati tapi... Mak juga pernah terjaga dari tidur kerana terdengar suara sekumpulan gagak melintasi bumbung rumah kami. Seekor burung hantu juga pernah datang bertenggek di kandang kambing kami. Dan yang paling mak merasa tidak sedap hati ialah dia pernah bermimpi menyelimut seseorang dengan kain putih. Semua hal ini mak ceritakan setelah semuanya selamat.

dan Sesungguhnya ajal maut adalah ketentuan Allah. Dialah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Dia berkuasa atas setiap sesuatu. dan tepat pada masa yang dijanjikan-Nya, kau akhirnya pergi meninggalkan kami semua pada malam Jumaat, 13 Disember 2007, tidak sampai 3 bulan selepas kau didiagnosis.


Pagi itu, ku sedekahkan surah Yassin buat mu. Tetamu yang bertali arus berkunjung tidak ku hiraukan sehinggalah ku terpandangkan wajah teman baik mu. Waktu itu, aku bagaikan baru tersedar dari mimpi. Sepanjang malam aku tidak dapat tidur kerana hati ku menolak untuk menerima kejutan sebesar ini. Namun, demi terpandangkan wajah sahabatmu itu, aku tahu aku berpijak di bumi nyata. Kau telah pergi meninggalkan kami semua. Derai air mata tidak dapat dibendung lagi.

Ubun-ubun mu, ku cium dan ku tinggalkan kau dengan linangan air mata yang bagaikan sungai mengalir. Makin di tahan semakin parah. Satu hari, aku tidak hiraukan makan dan minum. Makan tetapi semuanya tawar. Minum tapi semuanya tidak terasa. Setiap kali selepas solat ku sedekahkan surah yassin buat mu. Ku doakan agar kau baik-baik sahaja di sana.

Aku tidak tahan berada lama di rumah. Bayangan mu seakan wujud di setiap sudut rumah. sehinggakan aku tidak sanggup menjenguk ke bilik mu. Namun aku berlakon kuat di depan mak, ayah dan adik-adik. Kau tinggalkan aku dengan tugas berat yang tidak pernah aku terfikirkan. Kini aku lah pembawa status anak sulung. Aku lah tunggak kekuatan mak dan ayah dan aku jugalah tempat bergantung adik-adik. Mujur dua minggu selepas kau pergi, aku perlu memulakan semester baru. Dapatlah aku membawa hatiku keluar dari rumah yang banyak mencipta memori kita bersama. Aku ingin merawat kedukaan hati ini.

Lebih dua bulan masa yang aku ambil. Setiap hari aku tidur bersama linangan air mata kerana bayangan mu tidak pernah hapus dari kotak ingatan ku. Ku sedekahkan yassin buat mu setiap kali selepas solat magrib. Aku membina kekuatan diri dengan mengaji dan solat sunnat. Aku bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Aku berlagak seperti biasa di hadapan semua orang. Lama kelamaan baru lah aku dapat menerima pemergiaan mu walaupun untuk melupakan mu, adalah mustahil sama sekali.

Aku tahu bukan aku seorang yang merasai kehilanganmu. Mak dan ayah apatah lagi. Adik-adik juga semestinya. Teman-teman akrab mu juga. Kau sememangnya permata yang menyinari kehidupan kami. Pemergianmu telah menyuramkan hidup ini. Sememangnya engkau lah insan istimewa, pinjaman Tuhan kepada kami buat sementara cuma.


Ya Allah, aku tidak pernah jemu berdoa dari hari pertama dia pergi hingga ke saat ini. Hanya satu pintaku, bahagiakanlah dia di sana. Cukuplah deritanya di dunia ini sebagai penghapus dosa. Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan ku, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Kak... selamat hari jadi~ I'm really really miss you... so much!
oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang MEMILIKI dan MENGUASAI tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan. Yaasin : 83


Sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

Tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

Ohh pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

Maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

Izinkan Ku Pergi

Saturday, April 10, 2010

Kadangkala kita merasakan bahawa kita lah orang yang paling teruk diuji~ tetapi kadang kala kita terlupa sebab di seblik ujian itu dan kita juga lupa, masih ramai lagi yang menerima ujian serupa bahkan lagi hebat dari kita. Bersyukur lah dengan segala yang telah diaturkan oleh Dia yang Maha Mengetahui atas segala yang terjadi~
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286-

Friday, April 9, 2010

Teristimewa Buat Teman-Teman Seperjuangan

Teman,
Aku sedar diri ini serba kekurangan
Sering salah dalam berbicara
Sering menyakiti dalam menyapa
Sering terkasar tingkah dan tutur kata
Namun janganlah kiranya
Kekurangan ini membawa sengketa
Antara kita.

Teman,
Ku mohon jutaan kemaafan
Sudilah kiranya diampunkan setiap kekhilafan
Kerana aku juga hanya lah seorang insan
Yang tidak lepas dari kesilapan.

Teman,
Di akhir pertemuan ini
Jambangan terima kasih ku hadiahkan
Buat kalian semua
Ketahuilah teman
Sesungguhnya kalian telah mewarnai
Kanvas perjuangan ku
Di menara gading ini
Dengan lukisan yang terindah
Untuk ku tatap sepanjang zaman.

Teman,
Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi
Walau dalam suasana yang berbeza
Namun kemesraan itu tetap terasa.

Dan kepada Tuhan,
Ku bermohon agar
Ikatan persahabatan ini terus berkekalan
Selagi hayat dikandung badan.

Thursday, April 8, 2010

SALAM PERPISAHAN

Salam pertemuan dihulur
Dengan seribu satu persepsi
Ada yang cantik, ada yang kacak
Ada yang pintar, ada yang berlagak
Ada yang petah, ada yang pendiam
Ada yang merendah diri, ada yang baik hati
Pelbagai versi.

Selama empat tahun meniti hari
Suka dan duka bersama direnangi
Kini hampir semua sudah dikenali
Pertemuan yang terbina dahulu
Telah menjadi suatu ikatan yang teguh
Bagaikan sukar untuk dirungkaikan lagi.

Namun perpisahan ini harus terjadi
Kerana itu hukum alam, ketetapan Tuhan
Tetapi berpisah bukanlah bererti

Tamatnya sudah kisah antara kita
Dan bukan sebagai tanda terlerainya
Ikatan yang telah dibina.

Bahkan sebenarnya
pengerat kasih di kejauhan
Terus utuh dalam ukhwah yang berpanjangan.

Monday, April 5, 2010

PERISA VANILLA

Sudah lama ingin ku tulis berkenaan hal ini. Namun baru hari ini aku diberi kekuatan untuk berbuat demikian. Terima kasih kepada seorang teman, yang menyedarkan tentang keterlanjuran ku hingga mungkin telah mengguris perasaan teman-teman yang lain. Bukan niat ku untuk menghindar diri dari kalian, apatah lagi aku dengan sukarelanya ingin turut serta keluar bersiar-siar bersama.

Teman, sedari lah. Aku adalah anak seorang perokok. Sejak kecil aku dibesarkan dengan asap rokok bapa ku. Aku ingat lagi, ketika kecil aku sangat suka menghirup kepulan asap rokok Camel yang dilepaskan dari kerongkong ayah. Baunya harum semerbak. Ketika itu bagi ku adalah adab jika seorang lelaki merokok. Sangat janggal jika mengenali seorang lelaki yang tidak merokok.

Suatu hari, salah seorang insan yang amat aku sayang, yang telah menemani kehidupan ku lebih 20 tahun di dunia ini di jemput Tuhan kembali kepada-Nya. Apa dayaku untuk menghalang pemergiaan dia. Aku redha dia pergi kerana ketika sakitnya aku sendiri pernah mendoakan, andai hidup ini lebih baik buatnya sembuhkanlah dia dan kembali kan kesihatan dia seperti dulu, Ya Allah. Tetapi andai mati itu lebih baik buatnya, aku redha Engkau mengambil dia dari kami.

Lungs cancer atau barah paru-paru, punca kematian. Artikel demi artikel yang ku baca dari internet dan media cetak, mengaitkan penyakit ini dengan rokok. Hairan sekali, bagaimana mungkin ini terjadi. Sedangkan dia bukan perokok. Memang sudah suratan ketentuaan Allah menjadikan semua yang mustahil boleh berlaku. Namun kekesalan itu tidak dapat ku bendung dari membalut hati ini. Tapi siapa aku untuk membenci ayah sendiri, insan yang banyak berkorban demi anak-anaknya. Bahkan ku lihat ayah sangat bersedih dengan pemergian arwah. Jika ini aku kesalkan, ayah apatah lagi. Dia lah satu-satunya perokok dalam rumah kami.

Sejak itu lah aku jadi pembenci. Pembenci kepada rokok. Hingga kan sampai satu tahap aku pernah bertekak hanya kerana rokok. Mujur teman menegur ku. Dan baru-baru ini sekali lagi tindakan ku rupanya mengundang persepsi negatif teman-teman. Aku cuba menerima rakan-rakan yang merokok. Aku cuba elakkan dari bertengkar lagi kerana semua orang sudah sedia maklum bahaya rokok dan pasti salah satu hujah perokok, dah merokok memang susah nak berhenti.

Kali ini, kami minum-minum di sebuah restoran dan seorang kawan menempah shisha perisa vanilla. Kata salah seorang teman baunya memang seperti vanilla tapi agak masam sedikit namun pada deria ku baunya tidak ubah seperti muntah. Aku cuba bertahan. Aku minum air laici ku sambil sedaya upaya cuba kurangkan menghirup udara dalam-dalam. Namun aku tidak dapat bertahan lama dan mengalihkan tempat duduk ku jauh sedikit dari tempat mereka-mereka yang sedang menghisap shisha.

Ketika itu aku langsung tidak memikirkan perasaan mereka. Apa yang penting aku tidak mahu menuturkan apa-apa yang boleh mengundang pertengkaran dan aku juga tidak mahu terus-terusan menghirup asap shisha itu. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang sudah berjauh hati dengan ku. Justeru kesempatan ini, andai ada teman-teman yang membaca coretan ini, jutaan maaf ku pohon.

Mungkin aku telah mengguris hati kalian namun ku mohon pengertian dari teman-teman. Aku sudah mencuba menerima perokok-perokok di sekeliling ku namun apa daya ku. Kebencian sudah tertanam jauh di sudut hatiku sehingga pernah ku katakan andai aku orang yang paling berkuasa, produk pertama yang akan aku hapuskan di pasaran dunia adalah rokok durjana.

Saturday, February 27, 2010

RAHSIA

Terselindung di sebalik senyuman
Tidak tersingkap dengan perkataan
Terus terhijab dengan keceriaan
Apakah hati ini pendamkan.

Tidak terucap rahsia ini
Antara realiti dan fantasi
Terus terpendam kukuh sekali
Tanpa lidah mengingkari.

Berat bibir menutur bicara
Kering kolam mata tanpa mutiara
Kelihatan semua seperti biasa
Rupanya tersirat secebis duka.

Mahu mengapa tidak
Mahu sekali diluahkan
Rahsia sekeping hati ini
Tetapi kepada siapa.

Dapatkah mereka dipercayai
Tegarkah mereka memahami
Atau hanya cemuhan bakal meniti
Lantas hati terus dilukai.

Biarlah rahsia ini terus terpendam
Dan terluah hanya kepada Tuhan
Andai itu yang dapat membahagiakan semua
Sekalipun hati ini terus terluka.

Tuesday, February 23, 2010

SUARA SEORANG GURU

Anak-anak didik ku
Berdirinya aku di sini
Bukan untuk bermegah
Dengan pangkat dan kepandaian
Bukan untuk membandingkan
Siapa yang lebih hebat di antara kita.

Tetapi hadirku di sini adalah untuk
Mencurahkan ilmu tanpa jemu
Mengajar mu mengenal dunia
Mendidikmu tanpa mengenal lelah
Mengajakmu ke arah kebenaran dan kebaikan
Mendorongmu mencapai cita-cita
Memikul amanah menjadi ibu bapa kedua
Dengan penuh rela.

















Wahai anak-anak didikku
Aku memandang diriku dalam dirimu semua
Kerna aku juga pernah melalui jalan yang sama
Sentiasa dahagakan setitis ilmu
Teraba-raba mencari secebis sinar
Demi masa depan yang lebih bahagia.

Duhai anak-anak didik ku
Bukan kemegahan yang aku cari
Bukan wang ringgit yang aku tuntuti
Bukan pangkat dan darjat aku kejari
Tetapi yang aku impi
Adalah melihat dirimu bukan sahaja
cemerlang akademik, jaguh sukan, petah berpidato
Bahkan aku mengharapkan
Dirimu cemerlang menjadi seorang manusia selayaknya
Yang berupaya mengikut rentak arus duniawi
Dengan pegangan yang tidak pernah kabur
Juga yang mampu tersenyum bahagia
Dalam perjalanan menuju ukhrawi yang abadi.

Dengarlah anak-anak didikku
Suara hatiku, guru mu.

Monday, January 4, 2010

Puteri Kecil

Puteri kecil itu
Lahirnya bahagia
Ditimang dan disayang
Walau keras hatinya sukar dilawan
Sukar mendidik bukan alasan
Akhirnya dia muncul cemerlang

Secerah mana pun mentari
Belum tentu tiada mendung menanti
Lantas membawa hujan di tengahari
Membasahi sekeping hati

Hilang sudah bahagia
yang selama ini menyelimuti
lena si Puteri bersama mimpi
yang ada cuma igauan ngeri

Sayap puteri bagaikan patah sebelah
Sukarnya untuk terbang membelah awan
Getirnya hidup dalam kegelapan
Ngilunya rasa suatu pertengkaran

Bonda, ayahanda..
bukan ini yang puteri pinta
kembali lah bersatu seperti dulu
hilangkanlah segala duka di hatiku

Masa terus berlalu
tetapi kita masih seperti dulu
Puteri hari ini bukan lagi seperti dulu
Puteri kini lebih banyak senyum dalam air mata
Puteri yang lebih banyak meragui
harga sesebuah perhubungan

Bantu lah puteri
hapuskanlah igauan ngeri ini
izinkanlah puteri merasakan lagi
bahagia yang pernah puteri nikmati

Langkah Kaki Ini

Detik demi detik yang berlalu
Mendewasakan aku menjadi aku
Menghayun langkah kaki kian deras
Mengejar sinaran suria di penghujung jalan
Aku adalah aku
Insan yang berdiri mencari pelangi
Di celah mendungnya awan
Mengharap setiap titis hujan
Membawa sejuta kebahagiaan

Aku adalah aku
Yang tega menempuh ranjau berduri
Menoreh hatiku, berdarah
Namun aku masih gagah
Kian cekal menghayun langkah
Walau luka itu terus berdarah
Hingga akhirnya sembuh sendiri
meninggalkan bekas

Aku adalah aku
Yang bisa berdepan ombak dan badai bergelora
Menghempas aku, keras
Namun aku masih utuh
Terus berpaut pada layar yang teguh
Walau tangan ini seakan patah
Tidak sekali pun akan ku mengalah.

Aku adalah aku
Yang tidak mudah berserah
Mendengar deru angin dan ribut taufan
Mencampak aku ke tengah, rebah
Namun aku akan berdiri semula
Walau kaki ini kian lemah
Tetap akan ku teruskan langkah

Aku adalah aku
Yang akan terus melangkah dan melangkah
Untuk mengecap cerahnya suria itu
Untuk menjamah indahnya pelangi itu
Sehingga ke suatu masa yang telah ditetapkan
Aku pasrah menerima ketentuan
Kerana aku hanya seorang insan
Hamba yang sentiasa berlindung
Dan menyandar seluruh harapan
Kepada kekuasaan Mu, Tuhan.

Saturday, December 26, 2009

Final Semester

Sudah menghampiri empat tahun aku di sini, UTM, Skudai. Dalam tempoh yang bukan lah singkat bahkan terlalu lama tanpa ku sedari. Patut lah aku rasa ak sudah kenal benar dengan jalan-jalan dalam kampus UTM ini. Bukan sahaja simpang bahkan biji-biji bonggol pun ak tahu benar di mana letaknya. =D

Final sem juga kadangkala membawa aku menggembara jauh dalam imaginasi. Berangan menjadi seorang guru yang petah berkata-kata antara santapan minda ku saat berkhayalan. Haha.. teringat pula aku pada kelas Nilai-nilai Murni minggu lepas. Pensyarah bertanyakan matlamat ak dan dengan jujurnya aku menjawab "Guru Cemerlang." Beliau mempersoalkan, guru cemerlang atau guru yang cemerlang? Keduanya ada beza. Jawapan ku dua-dua. =D

Aku memang teringin mendapat pangkat Guru Cemerlang dgn DG48. Walau bagaimanapun pada dasarnya keutamaan ku bukan lah pada pangkat. Matlamat utama ak apabila berkerjaya nanti adalah untuk menjadi guru yang cemerlang, yang bukan sahaja dapat mencurah ilmu kepada anak-anak bangsa bahkan juga dapat menyumbang sesuatu kepada agama dan negara. Insyaallah.



Leka ak dalam keseronokan dan keperitan meniti kehidupan sebagai pelajar. Akhirnya ak berdiri di gerbang terakhir pengajian ku di sini, untuk kali ini. Namun kekuatan memburu kejayaan masih belum tersisa. Bahkan makin menggunung apatah lagi memikirkan keputusan semester lepas yang pernah mengganggu lena tidur ku untuk beberapa malam.

Aku mengharapkan kejayaan yang cemerlang bukan setakat cukup makan. Kejayaan yang ku buru itu, bukan untuk ku bangga-banggakan. tapi tulus dariku, ak mahukan kejayaan itu untuk ku balut menjadi hadiah terindah buat susah payah, pengorbanan mak dan ayah. sebagai cahaya kegembiraan, pengubat kedukaan mereka berdua setelah satu demi satu ujian getir yang datang melanda.

Bantu lah aku ya Allah... Permudahkanlah segala urusan ku....

Thursday, December 24, 2009

Pergi Dulu

Andai takdir hidup ku
Hanya sampai di sini
Jangan ditangisi perginya aku
Teruskanlah kehidupan mu di dunia ini
Teruskanlah perjuangan di jalan Illahi
Teruskanlah memburu impian hidupmu
Kerana kejayaan mu kebahagiaanku jua.

Andai aku ditakdirkan pergi dulu
Jangan dilupa diri ku
Bukan dengan titis air mata sesal
Tetapi dengan doa kudus ikhlas dari mu
Hadiah yang pasti membahagiakan aku.



Benarlah kata orang
Kita akan lebih menghargai
Setelah kita kehilangan
Namun, ingatlah
jangan sesekali dikesali
Ketentuan Illahi
Setiap yang dijadikan-Nya
Terselindung hikmah disebaliknya.

Saturday, September 12, 2009

I'dilfitri

Saban tahun Syawal di nanti
Di akhir Ramadhan
Perantau resah membilang hari
Seakan kampung halaman memanggil diri

Takbir raya indah berkumandang
Tamatnya Ramadhan dengan penuh kejayaan
Anak-anak yang dinanti sudah pulang
Ibu dan ayah tersenyum girang

Pelita dipasang menyeri halaman
Menambah kemeriahan di malam I’dilfitri
Kanak-kanak riang berkejaran
Sambil bermain bunga api

Salam bersalam di pagi Syawal
Saling bermaafan sesama kita
Gelak tawa memecah kesunyian
Semua orang bergembira
Ketupat, lemang menghiasi meja
Rendang dan serunding tidak dilupa
Buat juadah tetamu yang tiba

Dalam kita bergembira
Doakan juga kepada yang telah tiada
Moga roh mereka di alam sana
Sentiasa aman bahagia




Fikiran perantau sudah jauh terbang
Padahal hari ini masih di rantauan
Mak ayah, tunggu lah hamba pulang
Agar I’dilfitri bersama kita raikan

Sepuluh jari kemas ku susun
Mohon jutaan maaf dan ampun
Moga Syawal sebagai titik permulaan
Ikatan ukhwah yang kekal berpanjangan

Salam I’dilfitri 1430 H
Maaf zahir dan batin

Wednesday, September 9, 2009

10 Ramadhan terakhir

Ie bakal pulang ke kampung seminggu lagi. Ie ingin sekali kongsikan fadhilat tarawih pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sebelum pulang beraya. Fadhilat mlm2 sebelum ini, Ie slalu catatkn sbagai status skype Ie. Tp utk yg 10 ini istimewa Ie pahatkn di bayudihatiku.

Menurut Dr. Ustaz. Hj. Fadzil Hj. Ahmad dalam bukunya Hidup Ibadat;
"Rasulullah s.a.w. mberi penerangan khas mengenai fadhilat sembahyang Tarawih sepertimana dlm sabda Baginda yang disampaikan melalui Saiyyidina Ali Karramallahu wajhah:

Pada malam ke-20: dia diberi pahala sebanyak pahala para Syuhada' dan Solihin.
Pada malam ke-21: Allah mmbangunkan sebuah rumah dari cahaya di syurga.
Pada malam ke-22: di hari Kiamat dia datang dengan keadaan aman dari segala susah dan duka.
Pada malam ke-23: Allah membangunkan baginya sebuah kota di dalam syurga.
Pada malam ke-24: baginya 24 doa yang dikabulkan.
Pada malam ke-25: Allah menghapuskan siksa kubur daripadanya.



Pada malam ke-26: Allah meningkatkan baginya pahala selama empat puluh tahun.
Pada malam ke-27: di hari kiamat dia melewati jambatan (siratal mustaqim) dgn mudah lg cepat laksana kilat menyambar.
Pada malam ke-28: Allah mengangkat seribu darjat baginya di dalam syurga.
Pada malam ke-29: Allah memberikan kepadanya padala seribu ibadah Haji yang diterima.
Pada malam ke-30: Allah berfirman; Makanlah buah-buahan syurga, mandilah dgn air salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Aku adalah Tuhan mu dan engkau adalah hambaKu.

Kita hendaklah ingat bhw walaupun sembahyang Tarawih itu sunat ttp ia datang setahun sekali dan belum tentu kita akan temuinya lagi pada tahun hadapan.

Apa pun, niat kan lah segala Ibadah kita hanya kepada Allah. Jadi kan lah fadhilat-fadhilat ini sebagai pembakar semangat utk melaksanakn ibadah ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan Illahi. Amin...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang Ramadhan


29 Sya'ban 1430 H. Cuaca cerah pagi tadi di Skudai, Johor. Namun mendung berarak menjelang petang. Jam menghampiri 4, guruh berdetum, kilat sambar menyambar dan hujan mula gugur menyimbah bumi nan tua. Dunia yang kian tua menanti penghujung segalanya yang akan tiba pada bila-bila masa mengikut ketentuaan Allah S.W.T, Penguasa segala-galanya.

Hari demi hari dunia semakin uzur. Penularan wabak penyakit berterusan saban tahun meragut nyawa ramai manusia. Terkini penyebaran Selsema Babi (H1N1), yang telah menjadi igauan setiap yang bernama manusia. Wabak yang khabarnya merupakan senjata biologi manusia-manusia yang berhasad dengki. Dunia semakin tenat menanggung manusia-manusia kejam yang sanggup berbunuhan demi kepentingan diri sendiri. Nilai kemanusiaan sudah tidak bernilai lagi.

Tanpa disedari, ini semua ketentuan Tuhan. Segala yang terjadi tersirat maksud dan hikmah disebaliknya. Mungkin ini semua ujian dari Allah atau mungkin juga bala buat manusia-manusia yang semakin alpa menjalani hidup di dunia ini sebagai Khalifah di muka bumi sekaligus sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

Ramadhan... aku menanti hadir mu. Aku pasti ramai Muslim, Muslimin, Mukmin dan Mukminin diluar sana turut menanti hadirmu. Moga kedatangan mu nanti akan membawa setitis rahmat buat penawar dunia ini. Semoga setiap ujian Allah, dapat kita lalui dengan mudah. Semoga setiap bala yang ditimpa dapat dijauhkan dari kita semua.

Namun, andai Ramadhan ini yang terakhir, aku mengharapkan kita semua dapat menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran. Moga berakhirnya hidup kita di dunia ini dengan cara yang baik, dalam keadaan suci, Islam dan beriman agar kebahagiaan menanti dalam kehidupan kita dalam episod seterusnya di akhirat sana. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Buat semua pengunjung blog Bayu di Hati ku, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang telah berlalu. Amin...

Wednesday, August 12, 2009

Sayang, kau pergi dulu


Sayang..
Setiap detik yang berlalu..
Setiap hela nafasku..

Setiap mimpi yang bertamu..

Ingatan padamu tidak kunjung luput..
Kasih dan sayangku tidak pernah surut.


Sayang..
Kau pergi dulu..

Tinggalkan aku..

Lemas dalam rindu..

Kuyup dalam sendu..

Sepi tanpa siapa yang tahu..

Sayang..
Biar berlalu..
Setiap detik dan waktu..

Kenangan indah bersamamu..
Terus terpahat padu di hatiku..

Moga abadi mu di sana, sayang..

Sejahtera di bawah rahmat yang Esa.

Monday, July 27, 2009

Michael Jackson

Mungkin agak terlewat untuk Ie perkatakan tentang hal ini. Ie sendiri tidak pasti dan tertanya-tanya berkenaan cerita sebenar di sebalik kematian Michael Jackson. Andainya benar beliau dibunuh kerana memeluk Islam, memang ia sesuatu yang patut dihebohkan kepada umum. Dan buat arwah moga rohnya tenang dan aman di sana. Buat semua pembaca yang ingin tahu lebih lanjut apa yang telah Ie baca di Mangga Online yang ditulis oleh Norman Ismail, bertajuk "Ada konspirasi bunuh MJ?" jengah lah sebentar ke http://www.manggaonline.com.my. Artikel ini telah disiarkan sejak 21 Julai 2009 yang lalu.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat). (Surah Al-Fatihah: 5-7)

Semoga roh semua umat Islam yang berjuang ke jalan Mu, Ya Allah, dicucuri rahmat. Amin...

Sunday, July 26, 2009

Marwa Al Sharbini

Pertengahan Julai lalu, Ie menerima email dari seorang kawan. Tajuknya antara Michael Jackson dan Marwa Al-Sharbini. Pastinya Michael Jackson, Ie kenali kerana kepopulariti yang dimilikinya. Tapi siapa Marwa Al-Sharbini? Tak pernah pun wajah pemilik nama ini tercetak di media cetak mahupun elektronik.. Lantas Ie baca artikel email berbahasa Indonesia tersebut.


"Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.
Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson.

Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya.
Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli."


Terkedu Ie. Perasaan sedih menyesak jiwa Ie tatkala menyudahkan bacaan artikel tersebut. Terima kasih kepada yang menulis berita ini. Tanpa anda mungkin masih ramai yang tidak tahu akan hal ini. Ie ada forward kan artikel ini buat teman-teman tapi Ie rasakan masih ramai yang tidak tahu akan hal ini. Jadi ruangan yang ada, Ie siarkan artikel ini. Moga kisah ini jadi iktibar buat semua pembaca. Amin...

Ya Allah, cucuri rahmat buat roh arwah Marwa dan tempatkanlah dia di tempat selayaknya sebagai pejuang agama Mu. Amin...

Saturday, July 25, 2009

Alpa

Tuhan,
Janganlah engkau biarkan aku terleka
Dengan kenikmatan dunia Mu
Tunjukkanlah aku ke arah jalan yang benar
Ke arah mencapai nikmat Syurga Mu

Tuhan,
Sungguh aku akui
Aku hanya insan kerdil
Lemah dan tidak berdaya
Hanya dengan kuasa Mu aku bisa berdiri
Menghadapi setiap ujian dalam hidup ini

Tuhan,
Sedarkanlah aku dari setiap kealpaan
Bangkitkanlah aku dari setiap kekecewaan
Tabahkanlah aku menghadapi setiap dugaan
Kuatkanlah aku sepanjang perjalanan kehidupan

Tuhan,
Hanya pada Mu
Aku sandarkan harapan.

Wednesday, July 1, 2009

dan sebenarnya


dalam hidup ini pasti ada rindu yang bertandang. sementelah sayang tidak pernah padam, cinta yang bersemi tanpa diundang.

Friday, June 26, 2009

kehilangan


Kehilangan
Sekali lagi aku merasakan

Hebatnya dugaan Mu ini Tuhan
Di hati ini terdetik keperitan

Bila tersedar dari lamunan
Betapa aku sudah tidak berpeluang

Membahagiakan dia di dunia ini
Impian yang ku bina setiap hari
Kini punah dihempas ombak dugaan ini

Pantasnya masa berlari
Akhirnya tiba detik untuk dia pergi

Sebelum sempat aku merealisasi
Segala apa yang ku impi

Tuhan
Aku meredhai

Akan ku terus berbakti
Buat kebahagiaannya
di akhirat sana
Akan ku iringi setiap titis air mata ini
Dengan doa kudus ikhlas dariku
Teristimewa buatnya